Wednesday, March 30, 2011

SUKPA 2011 kawasan Gombak

Ahad lepas, 27/3/11.. p anta Damia sukan sekolah, Sukan Pasti 2011...






 abg ngan adik... abg: dik, lari laju2 nanti tau adik: Ok, abg!
 salah la cikgu Pasti ni eja nama Mia ni, 'R' tinggal la pulak...  berpintal-pintal aku atas katil  menahan sakit masa nk bersalin Damia kt Damai dulu tau...hehehe.. penat mencarik, mengeja..  last minute baru nk carik nama... cm tu la. buku nama2 bayi tu pun buku pinjam.. bukan fikiyah tp fikriyah.. (bermaksud cerdik pandai... Amin)







Mia dh menguap.. penat bediri tu, yg lain pun sama... macam2 karenah anak2 besar ni.. tu belum yg menangis, yang nk terkucil, yg nk itu, nk ini...

Perbarisan...








ni sekolah Mia, Pasti Ehsan 1


Sukan ni di rasmikan oleh YB Dato Dr Hassan Mohamed Ali.. bila telinga ni dengar Dr Hassan Ali, teringat la sangat2 masa Farhan sekolah Pasti tahun 2008 (6 thn).. masa tu ade kan tahun Pilihanraya Malaysia.. tiap kali balik sekolah  mesti Farhan cakap... nanti ibu ngan ayah pegi mengundi, pangkah Dr Hassan Ali ye... hahh??? hahahaha.... adoii budak 6 tahun pun dh pandai ckp macam tu, katanya cikgu yang suruh pesan kt mak ayah mcm tu..... hehehe, pandai tul cikgunya menyambil... Tapi sayang, kami tak mengundi kt kaw Gombak. Aku kt Sri Damansara, MK lak kt Sg Kepong, Gemencheh...  sah-sah tak ade nama Dr Hassan Ali kt dua kawasan tu, tp budak2 umur mcm tu, mana nak faham lagi... bila kita kata tak, dia nangih lak... jawab ye je la... hehehe tp kami mengundi yang sewaktu dengannya la... uisshhh.. undi anda adalah rahsia... 



 Ni la dia, Dr Hassan Ali..walaupun rambut dh putih tp handsome lagi... haha. Ni dia ngan salah sorang kanak2 Sek Pasti..


Ni je la satu2 acara yg Mia masuk... sebenarnya dua, tp yg satu lagi tu ade masa latihan Mia tak datang, so cikgu letak nama orang lain... dia ok je... tp acara lari dalam guni ni, kumpulan dia kalah... tujuh kumpulan, dpt no tujuh.... last la tu kan...

Muka penat, muka kalah... sebelum dia start mengamuk dan tanya kenapa tak dapat hadiah walaupun x menang... moh la kita balik... hehe

Monday, March 28, 2011

Makan Seafood kt Jeram

Sabtu lepas, 26/3/11 anta mak balik kg, setelah 2 minggu duk kt rumah kami, sian mak.. pening dia lama2 duduk bukan rumah dia sementara abah p menunaikan umrah...tapi dari sorang2 kt kg tu, baik duk ngan sape2 kt KL nie ye tak.. senang hati kami... 

gmbr ni namanya, ngantuk dah ilang tapi tak sampai2 rumah jugak... hehe
otw nk balik KL semula... tak sompek lunch kt kg, mak bekal gulai ikan parang..  Pearl Haya (kedai tudung yg cantik2 tu kt Senawang..) pun x sempat singgah... ishhh... kena balik KL cepat2, coz petang Acik (adik MK, pak cik pd anak2 aku le) nk blanjo makan, yeah!!


Family acik dari Kundang, kena tunggu dia org somewhere....

MK, berenti tunggu adik dia betul2 iklan nih...





otw... langit cerah... gmbo ni jer yg mendung...haha.. dari dalam kereta..
dah sampai... air laut surut...

Laila.. semakin lasak, mulut pun bising..
mula-mula jer dia org tu duduk diam... peh tu...

 peace Qaseh ngan satu jari je.. cute dia

Ni la antara seafoodnya... gmbr ikan.. x sempat.. haha





makan dah... buat bising dah.. hari pun dh nak senja... balikkk..

Friday, March 25, 2011

Isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku!

Isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku!

Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.


Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.


Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.
Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata:
" semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini."


Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..


Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.


Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla 'Llahu 'alayhi wa aalihi wa sallam);


"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."[1]


Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia." Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku..


Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta'ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya. Semoga Allah Ta'ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya."


Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan.

Wednesday, March 16, 2011

Bosan

kerja ari ni tak tau nape... rasa bosan sangat-sangat. kerja byk tp malas nk buat.. ditolak ketepi je.. kalau boleh jauh2 dari meja aku ni lagi bagus.. hehehe tapi x boleh, ko ingat ko sape??? aduhai.. boss aku ari ni pun sama... bad mood sungguh, nk memekik je kerjanya... mcm dah bosan lak dgr suara dia memekak mcm tu.... hahaha

Saturday, March 5, 2011

Makan kt Johnny's JJ Wangsa Maju



  




  


Gambar2 kami p lunch kt Johnny's, JJ Wangsa Maju... biasa2 je.. Seminggu lagi cuti sekolah bermula, seminggu... rasanya tak kemana... . Abah & one of adik lelaki aku akan p menunaikan umrah musin cuti nie... Mak tak ikut... nak suh dia duduk ngan kami 2 minggu ni, sian mak... tentu boring kan duk sorang2 kt kampung..... partner x ade...