Showing posts with label Damia. Show all posts
Showing posts with label Damia. Show all posts

Friday, January 6, 2012

Anak daraku dah darjah 1

Tahun 2012, Damia naik darjah satu. Nangis2 sumer tak ada hokay, gumbira je mukanya dapat jumpa ramai kawan2 baru.  Aku nak temankan,  dia pun dah mula malu...ishhh..ishhh. Dua hari aku cuti, untuk ajar dia banyak benda baru di alam persekolahan. Alhamdulillah, dia cepat dapat... 


Bulat sunggguh muka anak dara ni...


Tahun ni waktu persekolah Farhan & Damia dah terbalik antara dua tu. Farhan (darjah 4, van ambik kul 6.30am), Sek Kebangsaannya dah waktu pagi, Sek Kafa pulak petang. Damia pulak Sek Keb, petang & Sek Kafa, pagi... hehehe... sian pulak tengok, adik jumpa abang waktu dh abih sekolah petang (sampai rumah pun dekat kul 7pm).. 



Ni Sek Kafa- darjah 1 Mahabbah

Moga anak ibu ni jadi anak yang solihah & cerdik pandai dalam pelajaran...Amin

Saturday, August 6, 2011

Damia berpuasa..


Tak sangka la pulak Damia boleh berpuasa tahun ni... Hari ni dah masuk 6 hari kita berpuasa ni, Mia  dah puasa 4 hari. Pagi semalam... bangun sahur, dia cakap macam tak sihat, tapi makan jugak, sebelum pergi taska (sekolah pun x pergi), dia muntah... sampai taska cakap dengan penjaga tu, kalau dia tak larat, suruh dia buka puasa... sampai ke petang waktu nak ambik dia balik, tengok dia menangih-nangih... rasa badan panas sangat... "la.. dah rasa tak sihat, kenapa tak buka puasa?"... penjaga taska- " dia tak nak kak, nak puasa juga"... hehe.. tengok jam kt tangan dah pukul 6.15pm... sayangnya kalau dia buka sekarang kan... tapi kesian pulak tengok macam dia tak larat sangat... 

Hari ni awal2 pagi dah cakap 'adik tak payah puasa ye'... mungkin dah terbiasa beberapa hari ni, dia tetap jugak bangun sahur tuk makan. Hari ni kena bawak dia pi klinik..


Masa hari kedua berpuasa ari tu... Mia mintak aiskrim, nak makan waktu buka... ye2 aku pi supermarket depan rumah tu beli aiskrim.. beli yang ni, supaya semua orang boleh rasa... sedap tau yang ni, aku suka... tapi, dia tak nak...



Adik nak aiskrim yang selalu tu.... aiskrim batang... tak mo yang ibu beli ni... sungguh.. dia tak sentuh pun aiskrim yang aku beli tu... (Ibu ngan abg An je la yang makan... ayah ngan abg daus pun tak mo...haha)... bila tanya the next day pulak, dah tak nak...

 dua aiskrim batang  favourite Mia...   

aiskrim tropicana yg sgt sedap...

Petang ni aku dan adik beradik yang lain balik kampung, berbuka puasa. Angah pun ada, dia yang nak sangat balik. Sian tengok dia... last aku jeguk dia 30/7/11, risau kenangkan dia. Sekarang ni, kadang2 tu macam dah tak ingat pulak benda-benda yang berlaku di sekeliling dia... orang datang ziarah dia pun, ade yang dia tak tau siapa. Takut la pulak kan. Adik Lily cakap mak dia sekarang bukan main sensitif. Tak boleh salah sikit, mesti nangis... sian jugak kat abang ipar aku, mcm dah buntu nak buat apa bila tengok keadaan Angah macam tu. Namun kami tidak sekali berputus asa tuk beriktiar, cari jalan tuk Angah sihat..   tengok nanti kalau aku boleh ambik gambar dia. Pada yang tau keadaan Angah aku, terima kasih atas doa kalian tuk tgk Angah sembuh semula.

Wednesday, April 27, 2011

Sehari Sebelum Mia Lahir

Hari ni dah 26hb April 2005.. baru 3 hari lepas pergi buat check-up yg ke 36 minggu... 4 weeks to go, hati dah mula berdebar-debar... anak sulung la katakan, pengalaman zero... tak boleh nk berfikir apa yg akan berlaku. Perasaanku masa tu, bercampur-baur..suka, sedih, takut & macam-macam lagi.. MK lak, dia lebih relax, ye lah dia dh ade dua anak lelaki dgn arwah isteri..... tp ade ketikanya muka dia mcm cuak jugak,  Insyallah yg ni, kami bakal menimang bayi perempuan...terfikir jugak macam mana la rasanya ade anak perempuan nie....

Aku kerja seperti biasa... walaupun dah sarat, tetap kena pandu sendiri ke tempat kerja.. MK kt Wangsa Maju, aku lak ke Kepong... berlainan sunguh hala tujunya kan... Ingat lagi pagi tu, 26 April, birthday Nurul, kawan yg aku dah berkawan berkurun lamanya.. hehehe. Pagi2 lagi aku dah call dia, wish happy birhday... 

Na  -  Happy birthday!!moga kau panjang umur, murah rezeki, moga cepat2 dpt jodoh...moga itu.. moga ini...hehehe
Rol  - Thank you... ehhh Na! kau tak beranak lagi ke??? (soklan concern la konon... hahaha)
Na  -  Bolum lagi la, aku baru 36 minggu... ade byk minggu lagi.. tak ade rasa apa pun hari ni..ok je
Rol  - Kau tak boleh beranak ari ni ke? Alaa Na... kau beranak la ari nie, anak kau buleh sama birth date ngan aku... hehehe (suka-suka hati dia suh aku beranak sama birth date ngan dia..)
Na- Pandai la kau... tapi kan... best gak kan, anak aku sama tarikh lahir dgn kawan baik aku.... (wink.. wink.. berangan!).... eehhhhh....tak la rasanya, tak ade rasa apa pun... tgk la petang2 kang aku call kau lagi, bagitahu ade chance tak aku beranak ari ni...

Hari tu diteruskan seperti biasa.. Petang waktu lepas kerja otw nak balik rumah aku kena singgah dulu kt SG tengok kt satu printing company nih, nk tgk draft souvenir (pen) yg dia org buat tuk off aku... tapi sebelum keluar office petang tu, aku sempat lagi call Nurul bagitahu... "macam tak ade harapan la anak aku nak sama tarikh lahir ngan ko... hehehe"... "eleh... tak pe, hari ni panjang lagi, mana tau malam ni kau beranak lak"... adoiii nak jugak...Ok la, Insyallah.... doakan aku yang baik-baik ye..."

Petang tu keadaan aku masih tak ade tanda2 nak melahirkan... boleh lagi naik tangga ke tingkat tiga kt printing company tu... sampai kt rumah, kena naik tangga lagi..(rumah tinggi kan...) tp masa ni aku ade bibik.. An kecik lagi..baru 2 tahun, Daus lak baru darjah lima...tugas2 rumah memang aku serahkan semua kt Dewi (bibik aku ni dah ade anak dua kt Indon)...  Borak-borak aku ngan MK petang tu macam biasa... lebih pada citer apa yg berlaku ari ni kt tempat kerja dia, kt tempat kerja aku... tapi.... senja tu, selepas bagi salam solat Mahgrib.. air ketuban pecah & aku tak tau pun itu air ketuban.. MK lak otw nk balik rumah lepas aku suh dia belikan aku McD Double cheese burger... cemas, takut... nasib Dewi ade, dia cuba tenangkan aku, dia cakap itu memang air ketuban... kain telekung aku dah basah... takut rasanya nak bergerak, ambik aku salinan yg lain...tapi air ketuban keluar tak berenti... tp rasa lega, MK cepat sampai rumah... aku mula menangis, cemas... MK pun panik bila tengok aku mula menangis... kami ambik keputusan pergi hospital.... Kebetulan Mak aku memang ade kt KL masa tu (kt rumah mak cik aku kt Cheras).. dan pada waktu kejadian Along & Ibu Uda pun ade kt Cheras... Aku sempat call mak tapi Along aku yg cakap banyak........ " tak ade apa tu, sabar.. sakit tak??  air ketuban tu biarkan jer..., nanti sampai hosp, doc akan tengok macam mana nanti...tengok pintu rahim dah terbukak banyak ke belum....ok, sabar... makan dulu burger tu, toksah risau lebih2 sgt...nanti Along ngan Ibu Uda pergi Hospital yek.." nasihat tu aku dengar satu-satu coz aku tak ade rasa sakit langsung... perasaan masa tu lebih pada risau..
  
Apa yang aku rasa memang tak boleh nak di gambarkan dengan kata-kata... tapi lebih pada cuak & risau.. mcm mana la masa-masa nak bersalin nanti.. MK lebih banyak nasihat.. semuanya ok. Sesampainya depan pintu masuk Damai Hospital, aku tengok  Along & Ibu Uda dah sampai... lawak la pulak, dia orang yang sampai dulu dari aku...Aku dimasukkan ke wad... Nurse tu check pintu rahim aku tapi masih tak besar lagi... terbukak cuma 2cm jer... kena tunggu dulu. Rasa susah hati pulak, air ketuban dah keluar banyak tp pintu rahim terbukak sikit...Dalam pala otak aku fikir, kalau air ketuban kurang... macam mana dengan baby kt dalam tu????

Dalam rasa susah hati tu, aku sempat gak sms Nurul kata aku dah masuk hospital, mungkin akan bersalin malam ni jugak, boleh la sama birth date ngan dia.... hahahaha... ilang risau aku sekejap. Dua kakak aku tu dh balik. Aku kena bermalam kt wad... MK temankan... tapi sampai ke tenggah malam, setiap kali nurse check pintu rahim... masih terbukak hanya 2cm tu jugak.. Dia orang berikan aku ubat yang boleh untuk mempercepatkan prosses bersalin...

Namun tak ade apa2 jugak.. sampai la keesokkan hari 27 April.. Sakit makin terasa namun pintu rahim masih lagi terbukak untuk 2cm sahaja... tapi dalam sakit-sakit ni sempat gak aku ngan MK carik nama tuk puteri kami ni... Mulanya aku nak bagi nama Nur Farisha Sofea.. tapi bila MK tanya apa maksud Farisha... aku gelak jer, tak tau pun maksudnya, tapi aku suka nama tu... MK cakap nama Sofea tu pulak, dia tak mau sebab anak jiran sebelah rumah kami, nama anak-anak daranya semua ade Sofea... hehehe... Akhirnya, kami sepakat memilih nama... Nur (cahaya nur) Fikriyah (cerdikpandai) Damia (keberkatan)... lebih kurang mcam tu la maksudnya....

Sakit....Hanya Allah saja yang tau sakit masa tu, Betul orang kata, sakit nak bersalin... diumpakan seperti nyawa di hujung pedang... antara hidup dan mati. Tangan MK merah aku tekan tika menahan sakit.. ikut hati nak gigit jer... tapi melampau lak pulak kan... hehehe.  Doktor Halim datang dan bincang dengan MK pagi tu.. kalau sampai pukul 12pm, aku masih lagi macam ni, dia akan buat pembedahan... jauh di sudut hati aku, memang benda yang bukan-bukan aku fikirkan... Nauzubillah.. jauhkan la kami dari benda-benda yang tak baik, Ya Allah...
Hari dah hampir kul 3pm.. akhirnya aku di masukkan ke bilik bedah... setelah 40 minit.. pembedahan selesai... lahir la seorang puteri.. putih melepak la jugak, ade birth mark kt punggung dia...hehe Dalam keadaan mamai, sempat gak Doktor Halim berlawak... ibu ni kan.. semuanya,  tak sempat-sempat... nak beranak pun nak cepat-cepat...(cisss kau doc!... walaupun dia doktor tapi dia tetap seorang lelaki yang tak dapat rasa bagaimana sakitnya bila seseorang wanita yang nak melahirkan....kannn.. setakat faham je la, aku maafkan kau doc!!... hahaha... nasib kau handsome..)

Happy Birthday to both of you... love both of you so...so.. much

Thursday, December 2, 2010

Mia masa kecik-kecik

Ntah kenapa hari ini rasa rindu & teringat sgt masa Damia kecik2 dulu... dari tak ade, baby yg tak nak keluar cara normal ni... membesar, tgk gmbr2 dia dr baby, rasa sejuk hati ni, rasa bersyukur sangat2 padaNYA.. kurniaan & nikmat yg tak terhingga diberikan pada kami... tapiiii.... sekarang dh jadi kawan bergaduh... gerammm.. kadang2 dia buat derk je dgn ckp aku... hehe.. aku suka cubit pipi dia.. & kdg2 dia ckp... "suka cubit adik... adik masuk dlm perut ibu balik la"... hahaha. Gambar dia kecik2 nie aku ambik balik dari himpunan gmbr dlm fotopages aku dulu....

ni baru 3 bulan.. kenduri cukur rambut & Aqiqah

Ni masa 6 bulan... x larat nk dokong dh... nasib masa tu ade bibik...





ni dah 10 bulan..

Ni dh besar skt... 2 tahun
  


Wednesday, July 29, 2009

Isu Rambut Damia

Bukan la bergaduh tapi bertekak je... hehe. Citer tentang rambut Mia nie mmg topik aku ngan MK bertekak... Dia tetap dgn pendirian dia x nak gunting rambut anak sorang nie.. tapi aku dah tak larat. Rambut dia makin lama makin panjang.. Memang la cantik eps hujung rambutnya perang... tp nak bela sampai bila... nie pun dh takat pinggang. Mia mmg tak rasa rimas coz dh dari lahirnya rambut tu tak pernah kami potong... hanya potong yg depan je. MK pulak, aku faham, dua anak lelaki, bila dapat yg nie, keterujaan dia dapat anak pompuan yang rambutnya mcm yg dia inginkan tu mmg tak habih2 lagi. Semalam lagi cakap benda yang sama.. Persetujuan tahun lepas kata nak potong rambut dia masa 5 tahun dah di tunda ke 7 tahun... lama tu bang!

Nak tgk rambut Mia.... See See.. panjang kan



Rambut Mia nie mengikut rambut aku. Along & Angah selalu ckp dulu rambut aku memang curl sgt2 mcm mee maggie tu...(anak mak yg nie je pulak rambut cm tu, kakak ku yg dua tu lurus rambutnya) kalau mak bela terus mmg mengancam tp malangnya mak tak suka, pantang rambut panjang skt, kena potong... tp walaupun selalu potong curl tu tak hilang malah sampai sekarang curl tu tetap ade...

Mak aku tak kisah sgt coz berpengalaman dgn rambut aku tapi my beloved mother in law itu??? My MIL memang selalu bising pasal rambut Mia nie.. Dia selalu kata , Kalau den nie, dah lama den ropang rambut adik nie... hehehe faham? meaning... kalau dia, dah lama dia potong rambut mia nie... mentalah lagi my MIL tak ade anak perempuan so tentang rambut2 panjang memang tak bokonan kek dio (tak berkenan kt dia.)



Dan sekarang... conclusionnya... aku tak kira, by the end of this year calendar aku mesti potong rambut Mia.. Tak kisah la apa MK nak kata tp sementara nie aku pujuk la dia hehehe. Aku memikirkan tahun depan dia dah nak masuk sekolah tadika. Plan tu nak masukkan dia Tadika Pasti (Tunas Islam), dah sah2 kena pakai tudung.... Kalau rambut lagi panjang dari sekarang bayangkan dh di pakaikan tudung, sanggulnya besar mana??? sape nak jawab. Niat kt hati nak dia dia pakai tudung darj satu dan seterusnya sampai bila-bila... so kalau rambutnya pendek kan memudahkan aku... tak gitu MK.