Showing posts with label Novel n Drama. Show all posts
Showing posts with label Novel n Drama. Show all posts

Wednesday, December 18, 2013

The Inheritors (The Heirs)


Best, fresh & in love dengan drama ni walaupun aku rasa cam tak sesuai Lee Min Ho & Kim Woo Bin tu jadi budak sekolah, umur 17, 18tahun haha.. Dua2 tu tingginya kan main, masing2 peluk maknya dh mcm peluk gf or baby sister dia org je tapi kalau dah nama drama tu, yg tak logik pun ye kan je la (untuk hiburan ok). Drama ni disiarkaan di 13 buah negara termasuk kt sini, Astro One HD (Ch 393- tiap Rabu & Khamis 8.55mlm) cuba bezanya kt South Korea (SBC) dah abis 12 Dec lepas. Kt sini, mlm ni (18 Dec) baru nak masuk eps 13. Tapi dgn kecanggihan yg terlebih sekarang, after few hours siar kt SBC, midnite, dah boleh tengok eps2 baru kt internet, berlumba-lumba masing2 men download.. 


"The Heirs" is about the friendships, rivalries and love lives of young, rich heirs led by Kim Tan (Lee Min Ho). The series follows a group of privileged, rich, elite high school students as they are groomed to take over their families' business empires. These wealthy students seem to have everything under control, except their love lives. Kim Tan is a handsome and wealthy Korean heir to a large conglomeration who is sent to study abroad in the U.S. In reality, it's a form of exile, as his elder half-brother back home, Kim Won (Choi Jin Hyuk) schemes to take over the family business. 
While in the States, Kim Tan bumps into Cha Eun Sang (Park Shin Hye), who has arrived from Korea in search of her older sister. Slowly, he feels himself falling for her, never realizing that she's the daughter of his family's housekeeper. When Kim Tan's fiance, Rachel Yoo (Kim Ji Won) arrives to bring him back to Korea, his heart is torn between love and duty. Meanwhile, Rachel's future stepbrother and Kim Tan's former best friend, Choi Young Do (Kim Woo Bin) goes to the same school as Kim Tan and Eun Sang. The troubles arise as the heirs realize the differences between money and the real world.

Ni kalau ade yang nak tgk OST, lagu-lagu yang ade dalam setiap episod, most downloaded kat youtube.. THE-HEIRS- OST


Link kt tepi ni, cerita fashion (baju, accessories, etc) yang LeeMinHo pakai dalam drama ni. Aku ade baca semua tu koleksi dia sendiri, tak main la wardrobe production semua tu..haha, kelass ko Oppa KimTan!  THE HEIRS-KIM-TANS FASHION-EP1-20  (paling suka tgk dlm Eps 15, d blue colour thirt & jacket, Gucci Fall 2013)

Wednesday, October 30, 2013

OST #LYMA: Salahkah Kita



Salahkah kita - Asmirandah & Robin Hood
Bila waktu terus memanggil
Agar dua hati dapat menyatu
Bukan aku tak ingin cinta
Tapi aku takut menyakitimu

Dan kini aku jauh darimu
Ada yang hilang dari hatiku
Cinta tak dapat ditebak apa maunya hati
Salahkah kita
Bukan maksud menduakanmu
Aku tak ingin mendustai hati
Aku juga mencintaimu
Ku menjauh hanya untuk berfikir
Dan kini aku jauh darimu
Ada yang hilang dari hatiku
Letih memandang wajah hari
Yang memanduku tuk mencarimu
Cinta tak dapat ditebak apa maunya hati
Salahkah kita
Hanya tak bisa dustai hati untuk mencinta
Salahkah kita
Bukan aku tak ingin cinta
Tapi aku takut menyakitimu
Dan kini aku jauh darimu
Ada yang hilang dari hatiku
Letih memandang wajah hari
Yang memanduku tuk mencarimu
Cinta tak dapat ditebak apa maunya hati
Salahkah kita
Hanya tak bisa dustai hati untuk mencinta
Salahkah kita
Biarlah semua kini kita berpisah
Namun hati kita tetap menyatu
Ku sangat rindu ingin bertemu sampai
Tujuh purnama ku tetap menunggu
Bila waktu terus memanggil

Wednesday, July 3, 2013

Teduhan Kasih Finale at Rasta @TTDI

Salam semua... ni citer petang semalam 2/7/13, pas abis kerja ai pergi tengok finale drama Teduhan Kasih kt Rasta@TTDI, Sg Penchala dengan my geng2 novel .. Of course ramai la kan sampai parking pun  ke seberang sana, dekat Restoran Puteri tu..... Tayangan finale semalam dipercepatkan ke pukul 6pm (kt TV mcm biasa, kul 7pm), coz mereka nak abiskan acara sebelum azan maghrib.  
Sampai, tepat2 kul 6pm.. nasib geng yang lain tu dah reserve tempat tuk ai, kami duduk dengan penulis TK sendiri, Sarah Marissa... 

handsome rupanya ADP ni in person., lesung pipit dia tu kan main... Sherry pun kiut. Ni gambar dia orang dengan 'Adam' dlm TK.. Ade yang terperanjat bila tengok baby 'Adam' pakai skirt munga-munga...hahaha... Untuk pengetahuan semua, baby 'Adam' dalam drama Teduhan Kasih ni, baby girl sebenarnya..



 Sherry Ibrahim

Zarina Zainuddin.. jgn tak tau ramai peminat Kak Long ni walaupun watak tu, mak aiii.., rasa nk ku cekik2 jer..

 ADP & Sherry


Yg baju kuning tu, Liza Abdullah, Talha Harith (yg jadi Izad tu) & Sherry Ibrhaim.. kalau nampak sebelah Liza tu, Chinese pakai cap tu, Minah yang jadi Jenny, PA Ehsan


 ni la dia baby 'Adam'. si comeii ni skrg dh berumur 6 bulan, masa shooting awal2 episod tu umurnya baru 2 bulan


reporters menjalankan tugas...



sign dari ADP

dari Sherry Ibrahim

dari ADP( 2 kali lak..hehe), Zarina (Kak Long), Marrisa (Author TK) & Julia Ziegler (Nurlisa)

dari Liza Abdullah

My geng novel, Suryani (kiri) dengan penulis TK, Marissa (kanan)

Friday, June 14, 2013

Drama Teduhan Kasih



Kalau di tanya drama apa yang tgh hot kt tv sekarang.. ni la jawabnya, Teduhan Kasih. Novel dan drama guna tajuk yang sama. Drama kt Slot Akasia, setiap Isnin - Jumaat, Jam 7pm. 
Ingat lagi kali pertama baca cerita ni kt blog (dengan tajuk lain) kalau x silap aku baca akhir tahun 2011... sekali baca, terus jatuh cinta, suka sgt dgn plot ceritanya, suka dengan kelainan yang ada. Tapi masa tu penulis hanya keluarkan hingga belas episod je, yg lain ko kena tunggu la ye Senah sampai buku tu keluar.. saja tau... seksanya menunggu, nak la tau apa jadi ngan Papa Ehsan yang tinggi lagi handsome tu (dlm otak aku lelaki tu mesti tinggi n handsome je ...haha cam biasa..). Akhirnya cetakan pertama buku ni keluar pada Mei 2012.. mengagau mak cik mencarik, mulakan dengan yg dekat dulu, ingatkan Popular Kepong ni tak ade... ade kauu....senyum sampai ke telinga.

Mengisahkan tentang perjalanan hidup Iffa, yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai dugaan setelah mengetahui suami (Ryzal) yang 6 tahun dikahwininya menjalinkan hubungan dengan teman baiknya sendiri (Ayu). Iffa dipaksa mengugurkan kandungannya, tapi dia enggan kerana itu la zuriat yang dinanti dan diharapakan oleh mak Ryzal, yang selama ini tidak merestui perkahwinan Iffa & Ryzal, dek kerana fitnah dan kebencian yang tak pernha padam, dia tetap diceraikan dan dihalau. Bersambung hidup dengan keluarga tirinya, Iffa makin terseksa dan menderita sehingga Allah mempertemukan dia dengan seseorang.....


"Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!" - RYZAL

Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku mengandungkan anaknya, dia melafazkan talak.
Dan ketika aku merasakan aku sudah tiada sispa2 lagi di dunia ini dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. Sekali gus meletakkan aku di tengah2 persimpangan di antara keikhlasan dan kenangan semalam.

"Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini. Hidup abang benar2 kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai sebuah keluarga. Abang tahu pintu hati Iffa tidak akan terbuka untuk mana2 lelaki lagi tapi tolong firkirkan cadangan abang ini" - EHSAN

Aku benar2 terperangkap. Sedangkan lelaki yang aku cintai separuh nyawa juga dengan mudah berlaku curang. Ini kan pula dia, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah bahagia untuk aku dan anakku? Namun aku tahu hanya dengan Ehsan saja kami menumpang teduh.


ni hah..Ehsan tu, gila x cair tengok dia nih..., mmg ADP paling sesuai jadi Papa Ehsan, ouchhh!!



Kesian.. Iffa sedih bila ternampak bekas suaminya dgn isteri barunya, kwn baiknya sendiri..
saat2 bahagia mereka... tapi masa ni Ehsan & Iffa belum lagi diijabkabulkan

 Iffa sedar Ehsan adalah insan yang diaturkan oleh Allah untuk membantunya malah kehidupan Iffa dan Adam merubah setelah hadirnya Ehsan dalam hidup mereka. Iffa juga sedar kelahiran Adam banyak merubah kehidupan Ehsan lebih membuatkan iffa terharu Ehsan mengganggap Adam seperti anaknya sendiri walaupun hakikatnya bukan. Dengan sifat Ehsan yang romantik, ambil berat, manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang dan seterusnya bersetuju untuk berkahwin dengan Ehsan.

kunun2 'suprise!!!' Ayu saja nak tunjukkan kebahagiaan dia dgn Ryzal bila terserempak ngan Iffa ni, tapi sebaliknya dia orang yang lagi terkejut bila tengok Iffa dengan orang kedua terpenting dlm syarikat

Akhirnya mereka bersatu, setelah berbagai usaha Kak Long & Ayu lakukan tuk cuba menghalang perkahwinan mereka berdua... haha 

gambar2- credit to geng2 forum cari & fb

suka bila Ehsan nk gambarkan yang dia juga sukakan Iffa tapi Adam jadikan perantaraan antara mereka...hehe, mcm masa Ehsan mandikan Adam sambil pantun...

 'hujan rintik2 air bergelombg, adam sgt cantik papa sgt sayang...
'hujan rintik2 tumbh daun lalang, mama sgt cantik...papa sgt syg..'

Bab 39 - pg 268-269
"Papa nak bawa mama Adam ke satu tempat paling istimewa. Harap mamam Adam suka". Ehsan pegang tangan comel Adam dan tangan sebelah lagi pegang stereng kereta. Hmmm, kenapa cakap dengan Adam? Adam tak faham apa-apa. Cakap ajelah dengan mama Adam terus. Bukankah senang?

"Mama suka aje. Ke mana pun papa bawa, mama akan suka. Kan Adam? Asalkan ada Adam, ada...." Tinggal sepatah saja lagi perkataan, ayat itu akan menjadi sebuah ayat yang lengkap, tapi aku tidak mampu meneruskannya. Segan!

"Ada papa? Tak gitu Adam?" soal Ehsan. Dia senyum sambil pandand depan. Ah! Adam juga yang jadi mangksa. Nasib sayang lah.

Harap akan tinggalkan kenangan indah juga buat mama Adam. Papa in lelaki yang tak tahu apa-apa. jauh sekali nak jadi lelaki yang romantis seperti idaman mama..." Ehsan bersuara setelah agak lama kami tidak bercakap. Terus aku pandang wajahnya dan senyum. 

"Emmmm, sekarang pun papa adam dah romantis, betul tak Adam?" Aku cakap pada Adam kemudiannya. Kembali menatap wajah Adam dengan perasaan dengan kasih yang tidak terucap lagi. Dialah nyawaku, Syurgaku juga kehudupanku. Sebentar kemudian aku toleh melihat wajah Ehsan semula.
"Oh! ye ke ? sukanya papa..." Ehsan senyum sambil pandang aku. Sesungguhnya aku terlebih suka. Ehsan terus memandu. sepertinya menuju kearah utara. harap jangan ke Langkawi. Aku tidak mahu mengintai sama sekali kenangan di tempat itu. Tidak mahu sama sekali. Cukup menyakitkan hati. Kerana bimbang Ehasan membawa aku ku sana, tergerak mulutku untuk bertanya.


"Abang nak bawa Iffa ke mana ni?" soalku.Tidak mahu berteka - teki terlalu lama.
"Rahsia," jawap Ehsan sambil tersenyum.
"Iffa tak nak pergi langkawi." Terus aku membuat peemintaan.
"Hisy! Tak adalah. Takkan abang nak bawa Iffa ke situ.Hilang ingatan ke abang nak bawa ke tempat yang pernah Iffa pergi bersama bekas suami Iffa," kata Ehsan lagi.


Aku senyum pada Adam,tapi sebenarnya senyuman itu aku hadiahkan untuk Ehsan. Senang hati dengan penjelasan Ehsan. Bermakna dia memahami perasaanku. Ya, sejak mula Ehsan memang cukup memahami.
"Jangan bimbang, abang tak akan buat benda yang akan membuatkan luka Iffa berdarah kembali. Abang nak Iffa gembira selalu dan rasa bahagia bersama abang."
" Setakat ini Iffa memang gembira hidup bersama abang. Iffa rasa selamat. Terima kasih bang, kalau Iffa terlupa ucapkan terima kasih."
"Janganlah macam tu. Kita bukankah sudah menjadi pasangan suami isteri? kenapa harus nak berterima kasih."
Ah! Senangnya mendengar bicara Ehsan. Sambil itu aku pandang juga wajah Ehsan yang tenang. 


Siapa yang ade novel, tau la apa yang berlaku seterusnya tp yang tak ade, tunggu je kt tv. Sekarang kt Tv dah eps 18, semuanya ade 28eps.. tinggal 10 je lagi... alahai.. cepatnya nk abis


ni lagu tema drama Teduhan Kasih - Hanya Aku- Hyper Act
& Angkasa - Setia itu menyakitkan



Saturday, April 13, 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia




Trend aku beli novel sekarang, beli dramanya keluar kt tv... hehehe. Adaptasi dari novel la. Dah mula tengok dramanya mesti nak tau kesudahan kan.. Novel ni aku beli semalam kt Popular Book store, Tesco Kepong, ade member card dapat 10% discount. (RM30 harga buku, lepas disc dapat la RM27 hengget) Drama SSID ni setiap Jumaat kul 9pm kt TV3. Pelakon utama Tiz Zaqyah & Izzue Islam.



Thursday, January 17, 2013

OST Setia Hujung Nyawa

Dah tengok 2, 3 eps drama dari novel Setia Hujung Nyawa ni...  x leh tahan nak tunggu sampai habis, x sabar  nak tau ending, apa lagi  mencari la kita kt Popular, dapat! ok best. Pada pecinta novel tu, tak rugi beli.. Drama ni kul 7pm, Mon to Thurs tapi aku selalu tak concentrate tengok, coz waktu tu mcm2 nak kena buat kan tapi selalu sambung tengok kt Daily Motion.. Bawah tu OST drama ni.. 





Saturday, December 22, 2012

Kesukaanku

Ni lah dia kegemaran dari dulu, baca novel.. kunun dulu nak jadi penulis, tapi tak jadi...haha, byk citer2 yang dah ditulih tapi buat simpanan gobok (perasan). Ni dok berkemas, ingatkan nak cari novel JAUH by Aisya Sofea tapi tak ade la pulak. Dah banyak2 ni kadang2 fikir buku tu macam ada, macam dah baca, cari-cari tak ade... ni koleksi ASsahaja belum yang lain... suka tulisan dia, dari dulu lagi... Bagi aku, baca novel ni terapi, cuma waktu tu je la terhad. 

Hah! lepas abih drama Adam & Hawa ni kan masuk pulak drama adaptasi dari novel Sehangat Asmara... ade tu ha, senang2 leh baca lagi... chow!



Thursday, December 29, 2011

Gemersik Kalbu




Yeay! drama ni dah nak masuk lepas Tentang Dhia tamat, Gemersik Kalbu adaptasi dari Novel Gemersik Kalbu karya Anis Ayuni.
Aku suka novel ni… lagi2 nama 2 watak utama tu.. hahahaha.

Raihanna atau Cikgu Ana, seorang wanita yang tabah dalam mengharungi suka-duka hidupnya. Ana tidak rapat dengan keluarga kandungnya, malah sejak kecil lagi dia dipelihara oleh neneknya. Ana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia.

Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang mempunyai kerjaya sama dengannya membenihkan bibit-bibit percintaan.  Ana rapat dengan keluarga Wan Ariffin, seolah sebagai tempat untuk menumpang kasih. Keluarga Wan Ariffin juga melayannya seperti anak sendiri. Hubungan yang makin mekar antara Ana dan Wan Ariffin, disimpul dengan ikatan tali pertunangan namun impian tuk bergelar isteri tidak kesampaian bila Wan Ariffin pergi menyahut panggilan Ilahi, mati lemas ketika menyelamatkan seorang budak di sungai.

Ana binggung dan keliru namun itulah kenyataannya, dia mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran secara sambilan.

Hari minggu ke kuliah, Ana menumpang di rumah Auntie Zarina seterusnya berkenalan dengan anak teruna Auntie Zarina, Ahmad Sufian. Pyan jatuh hati pada Ana dan bersungguh mencuba pelbagai cara untuk memenangi hati Ana. Namun kehadiran Pyan tak memberi makna dalam hidup Ana kerana cinta baginya untuk orang lain, telah mati seiring dengan pemergian Wan Arifin. Susah untuk dia memulakannya semula.

Bila Ana nekad nak pindah rumah, semester berikutnya kerana rimas dengan gangguan Pyan, Pyan memerangkap Ana mengahwininya. Rela dalam terpaksa. Ana bersikap dingin dengan membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta.

Mampukah Raihana menerima keikhlasan dan kasih sayang Sufian, suaminya yang sah dengan sepenuh hati?

Jangan lupa menantikan Gemersik Kalbu yang akan disiarkan mulai 2 Januari 2012 pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7.00 malam.


 

Terbitan ALAF21 Sendirian Berhad
sinopsis belakang buku:

Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .
Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!
Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.
Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun
hatiku tidak serapuh salju

Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu. Di manakah titik pertemuan mereka?

RM 18.00
592 muka surat

Monday, September 19, 2011

Drama/Novel Keimanan Cinta



SINOPSIS :
Menghidapi penyakit yang boleh membawa maut adalah sesuatu yang tidak dijangka oleh Fazura. Allah SWT telah memberi satu dugaan terhebat kepadanya selain daripada kematian ibu bapanya. Namun, Fazura redha dengan ketentuannya kerana setiap titis darah, hembusan nafas dan degupan jantungnya adalah milik Yang Maha Esa. Dialah yang lebih berhak ke atas kehidupan setiap hamba Nya.


Pertemuan Fazura dengan Tan Sri Yong, seorang ahli perniagaan berbangsa Cina yang merupakan salah seorang hartawan Malaysia sesuatu yang tidak dijangka. Menikahi cucu hartawan itu pula langsung tidak pernah terlintas dalam fikirannya. Kini Allah SWT telah memberinya peluang untuk bercinta kepada kaum adam dengan satu ikatan perkahwinan yang suci.


Perkahwinan tanpa dimulakan dengan cinta… hanya petunjuk daripada Allah SWT. Setelah memohon pada Nya,akhirnya Fazura nekad untuk berkahwin dengan Alan. Namun, ada hati insan lain yang memendam rasa tanpa disedari oleh Fazura. Bagi Azman, wanita sebaik Fazura bukan sepatutnya dimiliki oleh lelaki seperti Alan. Namun, adakah dirinya sesuai untuk wanita seperti Fazura? Dalamkah ilmu agamanya untuk bergandingan dengan Fazura?


Jessica yang muncul dalam kehidupan Fazura sedari kecil mula merasakan manisnya KEIMANAN CINTA Fazura. Setiap insan yang muncul dalam diri Fazura akan menyayangi insan ini. Sempatkah untuk Fazura menyaksikan KEIMANAN CINTAnya subur mekar dalam setiap jiwa insan-insan di sekelilingnya? Kelmarin adalah sejarah, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan dan misteri… Saksikan kesudahannya.

                                                                                      frm page keimanan cinta

Wednesday, June 22, 2011

Lagi Novel ke drama

Semakin trend la pulak sekarang ni, makin banyak novel di adaptasi ke drama... aku suka! yang terbaru ni dua buah novel yang bawah nih... ye-ye o jer aku pi Popular kt Tesco around off aku tu, nak mencari dua buku tapi tarak...

Buku Biar Rindu Berlalu ni aku tak ade, dan tak pernah baca pun... drama tak berkesempatan lagi nak tengok... tapi ramai yang kata best... (yg ye nya aku selalu terlepas...)

...Drama bersiri BIAR RINDU BERLALU adaptasi dari novel Sharifah Abu Salem ni ditayangkan di TV2 pada jam 9 malam setiap hari Rabu.



Sinopsis


Tema kekeluargaan ini pasti menyentuh perasaan anda apabila janda dan duda menagih kasih sedangkan anak-anak tidak bersetuju jika mereka berkahwin. Janji Khalil dengan Samirah untuk membina istana bahagia, bagaikan sirna kerana permusuhan anak-anak. Fatiha tidak mahu kasih ibu diganti dengan kasih wanita lain kerana merasakan cinta wanita itu tidak seagung cinta ibunya. Nasrul juga tidak sanggup orang asing muncul dalam hidup ibunya.

Masing-masing menafikan hak bahagia kedua-dua orang tua itu. Sengketa mereka berpanjangan, saling membenci dan melukakan.





Drama Stanza cinta, setiap Ahad 9 malam...



Novel Stanza Cinta ni jugak aku tak pernah ade dan tak pernah baca... tengok jual kt online bukan main laris, nk order, dah out of stock. Heee kena cari kt kedai lain la nampaknya, aku siap tanya dengan adik yang jaga buku novel kt Popular Tesco Kepong Village tu,... "owh buku tu kak, kita dah order dah tp tak sampai lagi...." bila datang tu tak pasti lak...akak beli la buku lain dulu....  (lorrr.... pandai melobby ye... terambik jugak terbaru dari Aisya Sofea - Masih Setia...hehehe)
 



KUPASAN KESELURUHAN NOVEL - STANZACINTA dari http://www.nurullhalawati.blogspot.com/


Epilog


Kisah bermula dengan kehidupan Amni Sorfina yang bekerja sebagai muallimah/guru disekolah kebangsaan agama. Ia memaparkan pengalaman yang dilalui dan langkah baru dalam hidup Amni selepas tamat belajar di universiti dalam jurusan senibina. Turut diceritakan juga kisah persahabatan Amni yang terjalin atas nama Allah bersama Kak Bee.


Dan dalam episod ini turut diselitkan juga pengenalan watak Irfan, iaitu bakal tunang kepada Amni. Disini pembaca akan tertanya-tanya bagaimana Irfan mula hadir dalam hidup Amni. Ada beberapa persoalan yang mula dibangkitkan disini. Irfan bukanlah lelaki yang Amni impikan selama ini untuk dijadikan suami pilihan. Irfan bukanlah cinta pertama Amni. Terlalu sukar cinta Amni untuk diberikan kepada Irfan.


Siapakah dia lelaki yang berjaya bertakhta di hati Amni Sorfina selama ini. Mengapa Amni akhirnya memilih Irfan sebagai tunangnya??


Ada perkara yang begitu sulit diterjemahkan. Begitu sukar diungkapkan. Jalan hidup Amni Sorfina yang penuh liku tatkala segala impian dan angannya jauh sekali dari kenyataan.


“Apabila mimpi jauh dari kenyataan, aku terpaksa berdiri menghadapinya dengan seribu kemungkinan”- Amni Sorfina


Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Bab 1 -universiti


Didalam bab 1, barulah kisah Irfan dan cinta pertama Amni dikupas. Kisah hidup Amni di universiti yang mula mempertemukan Amni dan Mohamad Irfan Ikmal. Amni yang tidak pernah membuka pintu hatinya untuk Irfan. Meski Irfan sedaya upaya membuktikan cintanya yang tiada sempadan buat Amni. Ternyata cinta Amni terlalu mahal untuk dimiliki.


Irfan seorang pemuda yang terlalu baik, tetapi dia bukanlah lelaki yang diimpikan Amni selama ini. Meskipun Irfan memilikinya segalanya, rupa yang kacak, baik dan kaya raya. Apa yang dicari Amni tiada dalam diri Irfan. Irfan lelaki yang tersangat baik. Tetapi kurang sekali ilmu agamanya, sedikit sekali tahunya tentang hukum-hukum islam. Malah watak Irfan yang manja serta tidak tahu berdikari menambahkan lagi benci dihati Amni.


Amni memerlukan seorang lelaki yang dapat membimbingnya menyelusuri jalan dakwah, dapat mendidiknya menjadi wanita solehah, mendidiknya menjadi zaujah yang terbaik. Dia mahu dipimpin dan bukannya memimpin.


Dalam tempoh itu, hadir Taufiq Imran yang berjaya membuka pintu hati Amni. Mengajar Amni erti cinta sejati yang diredhai Allah. Taufiq Imran juga yang membawa Amni ke jalan dakwah. Jalan yang lebih mendekatkan dirinya dengan Allah.


Taufiq ialah lelaki impian Amni Sorfina selama ini. Hadir dengan jatidiri yang penuh karisma, seorang ketua pimpinan dalam jemaahnya, seorang vokalis nasyid, seorang qari yang sangat bagus, malah seorang lelaki yang sangat soleh dan tawadhuk.


Pertama kali Amni Sorfina jatuh hati pada Taufiq tatkala mendengar bacaan Surah Al A’raf yang dibacakan Taufiq dgn penuh merdu dan syahdu. Saat itu Amni berbisik, “Aku mencintai-Nya kerana Allah. Aku mencintainya kerana agama yang ada padanya. Jika dia menghilangkan agamanya, maka hilanglah cintaku padanya………”. Itulah saat pertama kalinya Amni Sorfina jatuh cinta. Itulah juga saat pertama kalinya Amni merasa dadanya bergetar hebat dengan cinta.


Sungguh sempurna……..sama sekali seperti yang diidamkan Amni selama ini. Inilah lelaki yang dicarinya sepanjang hayat ini. Yang ingin diserahkan cintanya selama ini. Bukan pada sembarangan lelaki. Taufiq itulah lelaki sempurna dimatanya, yang didambakan Amni untuk dijadikan teman hidup. Terasa lengkap sudah pencariannya selama ini.


Namun…..ternyata taqdir Allah tidak sama dengan kehendak Amni Sorfina. Disini dikupas dengan mendalam bagaimana Amni Sorfina berhadapan dengan saat yang paling sukar dalam hidupnya…..bagaimana Amni belajar tersenyum ketika berada dalam derita yang mengguris jiwa, belajar bersangka baik dengan segala taqdir Allah buat-Nya. Bagaimana Amni belajar untuk mengenal hakikat “redha”, sedangkan perkara yang paling diingin-ingnkan selama ini, yang sejak sekian lama baru ditemui…kini terpaksa dilepaskan pergi.


Subhanallah………..


Apakah orang-orang beriman itu menyangka mereka sudah beriman sedangkan mereka tidak diuji??(Al Ankabut ayat 2-3)


Inilah harga yang perlu dibayar Amni. Syurga Allah itu bukan murah harganya. Sesungguhnya Allah telah membeli orang-orang mukmin itu dengan jiwa dan harta mereka..dan memberi mereka dengan syurga(At Taubah ayat 111).


Memang terasa peritnya, memang terasa pedihnya..Amni menelan segala yang terhidang untuknya dengan penuh rasa tawaduk dan istiqamah. Jalan yang disediakan Tuhan dihadapan sana pastilah lebih baik. Kerana Amni yakin, Dia perencana yang Maha Hebat. Usah ditangisi akan taqdir-Nya...usah dikesali akan keputusan-Nya.


Disamping masalah Taufiq dan Irfan...ada dugaan lain yang bertandang silih berganti. Sahabat Amni yg tersayang diambil Allah ke sisi-Nya. Seolah-olah tidak pernah surut dari hidup Amni perkataan “derita” dan “ujian”. Aimata menjadi teman sejatinya. Namun........jauh diatas segalanya, setiap perkara itu menghidupkan lagi benih cintanya kepada Allah.


Amni tidak mengalah dengan ujian yang mendatang, tidak berputus asa dengan apa yang bukan miliknya, malah tidak pula bersangka buruk dengan Allah yang meletakkan jalan derita buat-Nya.


Suatu hari, pernah tersungkur juga dia...tidak mampu berdiri lagi meneruskan langkah tatkala ujian terasa begitu berat dan melelahkan. Namun Allah Yang Maha Penyayang tidak pernah meninggalkannya. Malah terus-terusan memberikan petunjuk dan Hidayah-Nya..sehingga Amni mampu bangkit semula meneruskan langkahnya. Allah adalah kekuatannya!!


Jauh dari segalanya Amni tahu, hati yang derita dan penuh kesedihan miliknya itu lebih lunak, dan mudah pula dekat dengan Allah. Itulah sebenarnya kehendak Allah. Agar Amni Sorfina lebih tabah..dan lebih memerlukan Tuhannya. Kerana manusia itu sering kali lupa pada Tuhannya ketika berada dalam nikmat dan kesenangan. Tetapi, dekat sekali dengan Tuhannya ketika berada dalam kesusahan dan derita.


“Ya Allah........kuatkanlah hati daku untuk selalu ingat kepada-Mu dan jadikanlah kesusahan yang kualami ini sebagai cara untuk aku mendekati-Mu” – Amni Sorfina


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


EPISOD AKHIR (Sambungan epilog)


Akhir sekali..apakah yg menanti Amni.Siapakah yang dipilihnya. Apakah Irfan yang menagih janji ataupun Taufiq yang ditunggu-tunggu selama ini ???


Taufiq tiba-tiba hadir semula dalam hidupnya setelah hampir 2 tahun sunyi dari hidup Amni Sorfina. Ketika itu Amni sudahpun bersedia dan mula membuka hatinya untuk memilih Irfan sebagai teman hidupnya. Mereka bakal bertunang sedikit waktu lagi.

Lelaki yg didambakan Amni untuk dijadikan teman hidupnya selama ini ialah Taufiq Imran. Lelaki pertama yang dicintai Amni Sorfina adalah Taufiq. Kemunculan semula Taufiq seolah-olah membuka kembali lembaran baru dalam hidupnya. Ternyata selama ini Amni belum pernah melupakan Taufiq apatah lagi menyingkirkan Taufiq dari hatinya. Segala kisah silam yang terjadi bukan salah Taufiq. Amni tiada sebab untuk membenci Taufiq, malah tiada sebab pula untuk melupakan Taufiq. Akhirnya saat yang ditunggu-tunggu tiba juga.


Akhirnya Taufiq memang benar-benar kembali dalam hidupnya. Bunga-bunga cintanya terasa kembali mekar…semekar cintanya pada Taufiq yang tidak pernah padam.


Tetapi mampukah Amni memungkiri janjinya pada Irfan. Mampukah Amni Sorfina menjadi pendusta dan munafiq. Yang mana apabila berjanji dia melanggar janjinya. Janji Amni untuk membawa Irfan mengenal Allah dengan lebih dekat, membimbing Irfan ke jalan dakwah, mengajar Irfan menjadi lelaki yang diadun dengan Al Quran.


Sedikit demi sedikit Amni nampak Irfan mula berubah. Amni lihat kesungguhan Irfan dalam berusaha. Amni tahu kejujuran hati Irfan. Tenyata Amni juga tiada sebab untuk menolak Irfan begitu sahaja. Tidak tergamak untuknya mematahkan sekeping hati yang begitu tulus dan suci mencintainya. Saat berita buruk menimpa keluarga Irfan..Irfan lebih memerlukannya. Irfan lebih perlukan sokongan dan dokongan dari Amni.


Lalu, apakah pilihan yang Amni miliki. Kedua-duanya lelaki yang terlalu baik..terlalu baik untuk disakiti hatinya. Tetapi Amni harus memilih kerana dia tidak bisa memilih keduanya. Ada hati yang akan terluka..ada jiwa yang pasti terguris.


Amni perlukan seorang suami yang mampu membimbingnya..bukan lelaki yang dia perlu bimbing. Kerana dia hanya seorang wanita yang dijadikan dari tulang rusuk seorang lelaki. Baginya, lelaki itu adalah pemimpin. Pengemudi bahtera yang bakal dinaikinya.


Tetapi, dalam masa yang sama Amni merasa bertanggungjawab membimbing Irfan ke jalan yang lurus. Perlukah dikorbankan perasaan cintanya yang terlalu mendalam buat Taufiq, demi menunaikan sekeping janji dan amanah. Cinta itu bukan kerana terpaksa dan kasihan…..tetapi Amni tidak mampu mengatakan perkara sekejam itu kepada Irfan………!!


Siapakah yang akhirnya dipilih Amni Sorfina. Keputusan yang harus dibuat bukan sembarangan. Sekali lagi taqdir mengujinya. Tegakah dia melukakan hati seseorang demi memenuhi impian dan kehendak hatinya selama ini.


Akhirnya........kepada Allah jualah Amni Sorfina merintih, mengadu dan mohon petunjuk terbaik. Amni mencari nur cinta Tuhannya.....kerana dengan cahaya cinta itu sahaja bisa menjawab segala persoalan hidupnya. STANZA CINTA adalah perjalanan Amni Sorfina dalam mencari Nur cinta Illahi. Demi mendapatkan cinta makhluq-Nya…terlebih dahulu harus dicari cinta yang hakiki. Cinta yang tidak pernah surut atau berkurang itu pastilah cinta dari illahi..malah sering bertambah meskipun telah direbut oleh hamba-hambaNya yang lain.

Wednesday, May 25, 2011

Lagi Novel ke Drama



Macam dah banyak kan Novel di adaptasi ke Drama... macam drama Trilogi cinta, 3 sekali karya Sharifah Abu Salem (Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian & Tiada Lagi Mimpi) di pindah ke drama.. dan sungguh mendapat sambutan. Selain tu, Kau Laksana Bulan (karya Aina Emir - skrg RTM buat ulangan drama ni kt channel 180 setiap Jumaat-8pm - hero heroin - Zul Huzaimy & Ayu Raudah) ), Ombak Rindu (karya Fauziah Ashari - yg ni filem n lum keluar lagi - hero heroin Aaron Aziz & Maya Karin) dan terpanas sekarang novel Kasih Yang Suci (Meen Zulaikha)... tapi tajuk drama di tukar ke tajuk lain, Nora Elena di Slot Akasia TV3 (setiap Isnin-Khamis 7pm-8pm)... namun ceritanya tetap sama...

Bagi aku, aku suka dia orang buat macam gini... ye la kita dh baca buku2 tu... dan bila di alih ke drama... of course teruja nak tengok, nak tau macam mana apa yg dibaca, apa yang digambarkan sama atau tak dengan apa yg ditonton kt tv... tak la tertanya-tanya apa yang berlaku lepas satu2 scene tu kan... gambaran dah ade dari pembacaan... aku suka buku nih, & suka drama Nora Elena... mesti nak tau apa jadi dengan Seth Tan tu kan... Happy watching!



sinopsis:


Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...
Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.
"Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua." tegas Seth.
Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya... Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa... saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.
Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.







foto-credit to fb nora elena~kasih yang suci