Yeay! drama ni dah nak masuk lepas Tentang Dhia tamat, Gemersik Kalbu adaptasi dari Novel Gemersik Kalbu karya Anis Ayuni.
Aku suka novel ni… lagi2 nama 2 watak utama tu.. hahahaha.
Raihanna atau Cikgu Ana, seorang wanita yang tabah dalam mengharungi suka-duka hidupnya. Ana tidak rapat dengan keluarga kandungnya, malah sejak kecil lagi dia dipelihara oleh neneknya. Ana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia.
Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang mempunyai kerjaya sama dengannya membenihkan bibit-bibit percintaan. Ana rapat dengan keluarga Wan Ariffin, seolah sebagai tempat untuk menumpang kasih. Keluarga Wan Ariffin juga melayannya seperti anak sendiri. Hubungan yang makin mekar antara Ana dan Wan Ariffin, disimpul dengan ikatan tali pertuna ngan namun impian tuk bergelar isteri tidak kesampaian bila Wan Ariffin pergi menyahut panggilan Ilahi, mati lemas ketika menyelamatkan seorang budak di sungai.
Ana binggung dan keliru namun itulah kenyataannya, dia mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran secara sambilan.
Hari minggu ke kuliah, Ana menumpang di rumah Auntie Zarina seterusnya berkenalan dengan anak teruna Auntie Zarina, Ahmad Sufian. Pyan jatuh hati pada Ana dan bersungguh mencuba pelbagai cara untuk memenangi hati Ana. Namun kehadiran Pyan tak memberi makna dalam hidup Ana kerana cinta baginya untuk orang lain, telah mati seiring dengan pemergian Wan Arifin. Susah untuk dia memulakannya semula.
Bila Ana nekad nak pindah rumah, semester berikutnya kerana rimas dengan gangguan Pyan, Pyan memerangkap Ana mengahwininya. Rela dalam terpaksa. Ana bersikap dingin dengan membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta.
Mampukah Raihana menerima keikhlasan dan kasih sayang Sufian, suaminya yang sah dengan sepenuh hati?
Jangan lupa menantikan Gemersik Kalbu yang akan disiarkan mulai 2 Januari 2012 pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7.00 malam.
Terbitan ALAF21 Sendirian Berhad
sinopsis belakang buku:
Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa meluna kkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .
Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!
Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.
Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun
hatiku tidak serapuh salju
Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu. Di manakah titik pertemuan mereka?
RM 18.00
592 mukasurat
Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa mel
Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!
Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.
Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun
hatiku tidak serapuh salju
Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu. Di manakah titik pertemuan mereka?
RM 18.00
592 muka
0 comments:
Post a Comment