Macam dah banyak kan Novel di adaptasi ke Drama... macam drama Trilogi cinta, 3 sekali karya Sharifah Abu Salem (Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian & Tiada Lagi Mimpi) di pindah ke drama.. dan sungguh mendapat sambutan. Selain tu, Kau Laksana Bulan (karya Aina Emir - skrg RTM buat ulangan drama ni kt channel 180 setiap Jumaat-8pm - hero heroin - Zul Huzaimy & Ayu Raudah) ), Ombak Rindu (karya Fauziah Ashari - yg ni filem n lum keluar lagi - hero heroin Aaron Aziz & Maya Karin) dan terpanas sekarang novel Kasih Yang Suci (Meen Zulaikha)... tapi tajuk drama di tukar ke tajuk lain, Nora Elena di Slot Akasia TV3 (setiap Isnin-Khamis 7pm-8pm)... namun ceritanya tetap sama...
Bagi aku, aku suka dia orang buat macam gini... ye la kita dh baca buku2 tu... dan bila di alih ke drama... of course teruja nak tengok, nak tau macam mana apa yg dibaca, apa yang digambarkan sama atau tak dengan apa yg ditonton kt tv... tak la tertanya-tanya apa yang berlaku lepas satu2 scene tu kan... gambaran dah ade dari pembacaan... aku suka buku nih, & suka drama Nora Elena... mesti nak tau apa jadi dengan Seth Tan tu kan... Happy watching!
sinopsis:
Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...
Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.
"Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua." tegas Seth.
Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya... Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa... saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.
Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.
foto-credit to fb nora elena~kasih yang suci