Petang sabtu lepas tengok dlm fridge ade 2 plastik daging korban yang Ayah Monceh kasi... memang niat nak buat rendang dan nak jamahkan sikit jiran2 sebelah...
daging... dh dipotong, dapat la dalam sekilo... banyak tu, x abih kami 5 beranak..
antara bahan2 yg sempat ku snap
RENDANG DAGING
BAHAN-BAHANNYA :-)
sekilo daging, cuci dan toskan
Santan - ku beli kt kedai yang sepaket kecik RM1.20 - 3 paket
2 helai daun kunyit, hiris halus
3 helai daun limau purut
1/2 camca gula merah
2 keping asam gelugor
2 sudu besar penuh kerisik
3 sudu besar cili kisar (kalau nk campur dgn cili padi pun boleh, ikut suka)
2 sudu besar penuh rempah kari daging - ku guna adabi
Garam secukup rasa
BAHAN BLEND:
2 labu bawang besar (rumahku mmg dh jarang naik bawang merah, MK cakap mahal! ecehhh)
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
3 biji buah keras
1/2 inci belacan
1/2 inci kunyit hidup (kunyit hidup x de, ku guna 1 sudu besar serbuk kunyit)
3 batang serai, hiris halus
BAHAN TUMIS:
1/2 labu bawang besar, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
CARA MEMBUATNYA:
1. Rempah kari + cili kisar + bahan blend - kacau sebati dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum.
Masukkan bahan yg diketepikan tadi (rempah kari+cili kisar + bahan blend)
Tumis hingga terbit minyak dan garing.
2. Masukkan daging, kacau rata dan masak hingga daging kecut. Tuang santan sehingga
daging tenggelam, masukkan garam secukup rasa. Masak hingga mendidih. Perlahankan api
tunggu daging sampai empuk
3. Masukkan kerisik, daun limua purut, asam gelugor dan gula melaka, kacau rata. Kacau hingga
kuah sedikit kering dan daging lembut.
4. Bila rendang kelihatan pekat dan kering, masukkan hirisan daun kunyit, kacau rata, rasa dan jika
perlu tambah garam.
alihkan rendang dari kuali dan pastikan ia betul2 sejuk sebelum menutupnya.
saja aku buat tak kering sangat...nmpk basah, buat lauk makan dengan nasi panas