Friday, April 26, 2013

Gwiyomi / Kiyomi

Gwiyomi fenomena hebat selepas ganggam style?  Mungkin.. sebab ia dari Korea juga. kebelakangan ni je yg aku tgk kt internet, kt Keek jugak, berlumba-lumba masing nk upload keek version sendiri... suka tgk, ade yg lawak jugak eps budak2 kecik buat, comel!  Ada jugak yg kata ni semua pengaruh dakwah sesat, sayang yahudi & macam2 lagi, Wallahualam..

Tapi menurut ms.wikipedia, Gwiyomi (귀요미) berdasarkan kata sifat "gwiyeo-un" (귀여운), dimana ianya bermaksud comel. Gwiyeo merangkumi maksud kecomelannya, dan "-un" adalah satu bentuk konjugasi diubah bagi setiap penggunaan yang dimaksudkan. Berakhir dengan kata sifat "-mi" mempunyai kesan yang mencerminkan kata sifat, dan dengan itu mengubah perkataan kepada kata nama. Oleh ityu "gwiyomi" bermaksud oran yang comel.  


Penyanyi Asal
Lagu asal dinyanyikan oleh penyanyi Korea bernama Hari dan pergerakkan jari dicipta oleh Jung Ilhoon ahli band boy Korea, BtoB.

Maksud Lagu Gwiyomi Bahasa Inggeris
Over a chocolate muffin 
Waiting for a cup of savory milk
Oppa and I sit facing each other
And scribble on each other’s hands

Don’t look at other girls
No matter what they say
You’re mine (You’re mine)
Don’t even talk to other girls
I’m yours (I’m yours)
Please pinky promise me
That you’ll never leave me alone

1 plus 1 equals Kiyomi
2 plus 2 equals Kiyomi
3 plus 3 equals Kiyomi
Ki- Ki- Kiyomi, Ki- Ki- Kiyomi
4 plus 4 equals Kiyomi too
5 plus 5 equals Kiyomi too
6 plus 6 equals chu chu chu chu chu chu Kiyomi
I’m Kiyomi


aku suka video yg nih, cute!

kok ade yg rajin nk mencuba...ngee 

tapi ade jugak yang buat untuk sesuatu yg lebih positif & bermakna. ditujukan pada anak2 ku..hehe

Syok wo mengaji dari
Melayan We Chat oh
Disayang Umi Abah
dan juga disayangi Allah
Opah bah pesan kalau khatam quran
Akan dibelikan tora, dingdang dan juga kasut roda

Kalau tak pandai ngaji camana
mo (mahu) nikoh?
Nikah
Kena ajari isteri dan
anak lepas nikoh
Nikah
Betulkan sebutan dan tajwid mereka
Baru lah suit (sweet) tanpa diabetes

Listen up, listen up

Siapa mahu comel?
Gi njagi..
Mahu disayangi Allah?
Gi ngaji
Mahu dicinta nabi?
Gi ngaji
Gi ngaji, gi gi gi ngaji!

Mahu jadi ikut (cute)?
Gi ngaji!
Mahu masuk syurga?
Gi ngaji!
Mahu dicium ummi abi?
Gi ngaji!
Yeayyy!!!


Wednesday, April 24, 2013

Bahaya Air Masak Kepada Bayi Bawah 6 Bulan


BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN

Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.

Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.

Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.

Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya

♥♥ Da habis baca, Jgn lupa tekan share ye.. sama2 kite sebarkan info berguna ni pada ibu/bapa muda yg 1st time nk smbut bby ♥♥

Saturday, April 20, 2013

Kenduri Mukriz Amsyar

6 April lepas kenduri cukur rambut & aqiqah si handsome ni, Muhammad Mukhriz Amsyar, 2 bulan lebih dah si comel ni.. suka tgk Linda (ibu Amsyar), happy dia, berkat usaha & kesabaran kan, Insyaalah doa tu pasti dimakbulkanNYA. Kalau beza Aliyah dengan Najla 16 tahun (anak my BIL ), beza Amsyar dengan abangnya, 15 tahun.. Ni la antara dugaan yg nampak depan mata aku, usaha dia orang nak dapat anak, macam2 usaha & dugaan yang ditempuhi. Macam Linda ni (biras no 3) kalau diikutkan anaknya dah 7, 8 orang rasanya.. tapi tu la kan, tiap orang tu tak sama dugaannya. Linda senang mengandung tapi susah lekat, asal dah 3, 4 bulan je gugur, sebelum ni pun (5 tahun lepas) ade dapat sorang baby girl (Arwah Marsha) prematured baby (7 1/2 mth), duk dlm incubator tapi Allah SWT lebih sayangkan dia, pinjamkan pada ibu ayah dia hanya untuk lebih kurang 20 hari, Al-Fatihah


ramai yang cakap muka Amsyar macam Farhan, sekali tengok memang ade sikit , tang cerah & mancung hidung dia tu..



meriah kenduri Amsyar, ramai yang datang... moga rezekinya murah & menjadi anak yang soleh

 ni la antara cucu mak pak mertua aku, ramai kenit2 dlm rumah mmg kecoh. Kakak Damia & Abg Farhan yg besar skt yg suka layan dia orang ni

Thursday, April 18, 2013

Setengah Mati Merindu

Ni OST Drama Cinta Pergi ditayangkan sekarang setiap Sabtu & Ahad, 8.30pm TV 9


Saturday, April 13, 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia




Trend aku beli novel sekarang, beli dramanya keluar kt tv... hehehe. Adaptasi dari novel la. Dah mula tengok dramanya mesti nak tau kesudahan kan.. Novel ni aku beli semalam kt Popular Book store, Tesco Kepong, ade member card dapat 10% discount. (RM30 harga buku, lepas disc dapat la RM27 hengget) Drama SSID ni setiap Jumaat kul 9pm kt TV3. Pelakon utama Tiz Zaqyah & Izzue Islam.



Balik kg, cuti sekolah - 29-31/3/13

saja ambik cuti sempena cuti sekolah, balik kg 2 malam, Sampai tengahari jumaat tengok mak dah masak ni..

gulai rebung campur bilis... podeh tapi best 

ade lauk lain gak, sambal tumis petai & ayam goreng... tq mak!


 hari kedua MK x leh tahan, jejak kami balik kg gak, naik motor ngan Daus... hehe. Pagi2 ni sambil hidup udara segara, tgk apa yg ade sekeliling rumah Hj Baharomku

rumah Abah mmg dikelilingi pokok getah, tp gmbr tu act 'rumah mesin'. Dulu2 masa Abah kuat, dia tak buat getah beku tapi mesin kan susu getah tu... dulu la, sekarang ni.. noreh yg byk2 pun upah orang, Abah buat yg dekat2 rumah, sekadar exercise hari2..

ni buah kundur or labu air, selalu buat sayur tp ramai orang tak makan ni... aku pun

 hijau.. tugas Abah hari2 siram & letak baja, Mak sejak sakit lutut ni mmg dh resigned buat benda2 nih...


 Belimbing buluh ni kalau berbuah mmg mcm gini la, pokok sebatang ajer tapi cukup tuk satu rumah & orang sekeliling.. senang, mak kalau rasa nak ngulai telur or telur itik or campur ngan gulai2 lain gi je belakang dapur kutip ni... tapi ni semua usaha Abah la masa baru pindah puluh tahun dulu..

terung belanda atau terung cermai..




hari kedua tolong mak masak ni, rendang betik muda (kena pi mintak kt rumah jiran coz kami punya, monyet, kera & yg seangkatan dah kerjakan sampai abah tebang pokoknya sekali)
gulai daging salai campur belimbing buluh... nyummm

request by Paan... ayam goreng, gulai yg pelik2 kt mata dia tu tak yah la nk offer, buat penat je, tak kan di cubanya.. ngee


 anak buah ku yg paling comel Huzaifah, geram tgk dia gigit jari sendiri, rasa nk gigit pipi dia tu

Monday, April 8, 2013

Tiada Kolagen dalam Rumpai Laut

Nak kongsi apa yang ku baca pagi ni, dari sini : http://thesesecretmedicines.blogspot.com 



Apa yang anda akan baca di bawah ini mungkin akan mengejutkan. Malah mungkin ada yang tidak mahu menerima kenyataan. Realiti kadangkala sememangnya pahit untuk ditelan. Tetapi inilah pendirian TSM sejak dari dulu lagi. Meskipun kami menerima bantahan dan kecaman dari pelbagai pihak, kami tetap degan pendirian kami. Kebenaran tetap akan kami dedahkan. Contohnya dalam isu rokok, detox rendam kaki, gelang magnet, rokok elektronik dan sebagainya. Sesungguhnya kebenaran itu berada pada kedudukannya yang tersendiri dan tidak akan mampu digugat oleh apa-apapun. Dalam membongkar kebenaran, kami tidak akan menyebelahi kepentingan mana-mana pihak. Baik atau buruk, ia perlu didedahkan agar semua orang tahu. 

Kolagen adalah sejenis protein. Terdapat lebih 25 jenis kolagen yang terhasil secara semulajadi di dalam tubuh manusia. Ia membentuk 30% dari jumlah protein dalam tubuh manusia. Tidak dinafikan ia sangat penting untuk tubuh. Ia berfungsi seperti gam pelekat yang melekatkan seluruh bahagian tubuh kita. Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit. Ia membantu melambatkan proses penuaan. Bukan membuatkan kulit yang berkedut kembali tegang. Kenyataan ini sepatutnya diambil perhatian.  

Bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, degradasi kolagen akan berlaku dan akhirnya menimbulkan kedutan. Oleh sebab itu, ramai pakar kesihatan kulit menasihatkan supaya mengambil langkah untuk merangsang pengeluaran kolagen. Ia dapat memperlahankan proses kedutan. Salah satu caranya ialah mengambil makanan yang tinggi khasiat menghasilkan kolagen di dalam tubuh. Itu tidak bermakna makanan itu 'mengandungi' kolagen. 


Rumpai laut yang mendapat sambutan hangat di pasaran hari ini ialah jenis agar yang diekstrak dari spesis Eucheuma Gelidium. Ia sebenarnya sudah lama digunakan dalam masakan terutama untuk membuat kueh agar-agar. 

Hari ini, disebabkan penyebaran kononnya ia mengandungi kolagen, ia semakin mendesak orang ramai untuk mendapatkannya malah harganya kini meningkat. 


Ia mendapat sambutan di kalangan mereka yang inginkan kulit kelihatan cantik dan licin terutamanya golongan wanita. Seperti biasa masyarakat mudah tertipu dengan apa saja iklan menggunakan teori saintifik yang cuba mengelirukan pengguna. Pencarian TSM tidak menemui apa-apa maklumat tentang kandungan "kolagen" di dalam rumpai laut. Setakat ini tiada kajian saintifik yang mendapati rumpai laut mengandungi kolagen. Malah zat-zat yang membantu menghasilkan kolagen yang banyak boleh ditemui dalam vitamin C seperti buah-buahan citrus, bukan dalam rumpai laut. Buah-buahan itu sendiri tidak mengandungi kolagen. Agak pelik bagaimana mereka boleh mendakwa rumpai laut adalah sumber kolagen terbaik? 

Kolagen tidak hadir begitu saja. Dakwaan yang mengatakan adanya 'kolagen mentah' dalam rumpai laut adalah salah. Apatah lagi yang mendakwa 'ibu kolagen'. Tiada kolagen yang didapati dalam bentuk mentah.  Orang Jepun yang mula-mula menemui makanan rumpai laut hanya menjadikan ia sebagai sayur-sayuran dan salad dalam hidangan mereka. Jepun tidak memiliki tanah yang luas untuk penanaman, maka mereka beralih kepada sumber lautan.

Iklan-iklan di laman-laman web penjual rumpai laut yang membezakan gambar pengguna sebelum dan selepas jelas menunjukkan dua situasi yang berbeza. Gambar 'SEBELUM' diambil dengan 'cameraphone' dalam keadaan kurang cahaya (underexposure) menyebabkan wajah kelihatan gelap dan kusam manakala gambar 'SELEPAS' pula diambil dalam keadaan cahaya terang (overexposure) menjadikan wajah kelihatan cerah 'berseri'. Ia tidak memerlukan manipulasi digital menggunakan perisian Adobe Photoshop, hanya olahan cahaya sekitar. Ini jelas suatu bentuk penipuan. Bagi TSM dan mereka yang tahu teknik dalam fotografi, ia tentu mudah untuk dijelaskan. 

Penghaslilan Produk

Rumpai laut digunakan untuk menghasilkan tiga hydrocolloids iaitu agar, alginat dan carrageenan. Hydrocolloids ialah bahan yang larut dalam air untuk memberikan kelikatan, membentuk gel, untuk menstabilkan produk seperti ais krim (ia menghalang pembentukan kristal supaya ais boleh kekalkan tekstur licin). 

Produk kosmetik seperti krim dan losyen kadang-kadang melabelkan kandungan "ekstrak marin", "ekstrak alga", "ekstrak rumpai laut" malah ada yang lebih berani melabelkannya sebagai "marine collagen". Ini mungkin menunjukkan ia mengandungi salah satu hydrocolloids yang diekstrak dari rumpai laut. Alginat dan carrageenan boleh meningkatkan sifat-sifat pengekalan lembapan pada kulit. Yang jelas, ia tidak boleh membuatkan wajah anda kembali remaja setelah kulit anda berkedut. Malah kajian terhadap beberapa spesies rumpai laut kelp, wakame dan nori mendapati ia baik untuk merawat kanser dan thyroid, bukan untuk awet muda. 

Hari ini, sudah ada pengusaha produk minuman mendakwa minuman mereka mengandungi kolagen...inilah salah satu perkara yang paling melucukan yang pernah di dengar di abad ini. Ia juga mungkin penipuan terbesar abad ini. Pihak berkuasa sepatutnya lebih tegas dalam menguatkuasakan akta pelabelan produk makanan dan minuman. 

Jika anda ingin terus menggunakannya, anda boleh teruskan. Sekurang-kurangnya kulit anda sentiasa kekal lembap dan anda dapat khasiat seperti makan sayur-sayuran. Cuma anda membelanjakan wang yang lebih untuk mendapatkan khasiat sayur-sayuran sedangkan orang lain hanya membelanjakan beberapa ringgit untuk membeli sayuran di pasar.  

Dari Mana Untuk Dapatkan Kolagen


Kolagen tidak boleh didapati begitu saja. Anda tidak boleh mendakwa anda mendapat kolagen dengan memakan 'kolagen'. Ia tidak semudah itu. Jika ada orang mendakwa sedemikian, dia mungkin berjenaka atau dia tidak pernah belajar ilmu biologi. 

Dakwaan tentang kolagen mentah, kolagen asli atau ibu kolagen dari rumpai laut sebenarnya tidak berasas. Ia sesuatu yang diada-adakan.Orang yang tidak tahu apa-apa tentu mudah diperdaya. Tambahan pula terdapatnya iklan syarikat TM menunjukkan seorang pengusaha rumpai laut yang berjaya di TV. Ia mungkin sedikit sebanyak telah mempengaruhi pemikiran pengguna bahawa "rumpai laut suatu produk yang bagus dan mendapat sambutan luarbiasa sehingga ke luar negara."

Sebenarnya tiada apa yang ajaib tentang rumpai laut. Walaupun ia mengandungi nutrien dan faedah kesihatan, terdapat banyak lagi produk lain dari daratan yang sama atau dapat menandingi khasiatnya.

Kolagen dihasilkan dari dalam tubuh kita. Ia tidak boleh didapati dari luar. Untuk memastikan tubuh kita menghasilkan kolagen, kita perlu mengambil makanan-makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen secara semulajadi. Makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen ialah sumber vitamin C seperti buah-buahan citrus, sayur-sayuran, tomato, keju, soya, asid amino, ikan dan telur. 

Ingat Cantik, ingat vitamin C.



Khasiat Pisang



Pisang

Perhatian:

Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!