Thursday, June 23, 2011

Kemahiran Amal Islami Peringkat Daerah Gombak

Ni gambar2 masa Farhan bertanding Azan dan Iqomah Ahad lepas, 19 Jun 2011... tapi kalah.. hehe, tak pe nak, nanti2 kalau ade lagi boleh cuba lagi ye...





Wednesday, June 22, 2011

Lagi Novel ke drama

Semakin trend la pulak sekarang ni, makin banyak novel di adaptasi ke drama... aku suka! yang terbaru ni dua buah novel yang bawah nih... ye-ye o jer aku pi Popular kt Tesco around off aku tu, nak mencari dua buku tapi tarak...

Buku Biar Rindu Berlalu ni aku tak ade, dan tak pernah baca pun... drama tak berkesempatan lagi nak tengok... tapi ramai yang kata best... (yg ye nya aku selalu terlepas...)

...Drama bersiri BIAR RINDU BERLALU adaptasi dari novel Sharifah Abu Salem ni ditayangkan di TV2 pada jam 9 malam setiap hari Rabu.



Sinopsis


Tema kekeluargaan ini pasti menyentuh perasaan anda apabila janda dan duda menagih kasih sedangkan anak-anak tidak bersetuju jika mereka berkahwin. Janji Khalil dengan Samirah untuk membina istana bahagia, bagaikan sirna kerana permusuhan anak-anak. Fatiha tidak mahu kasih ibu diganti dengan kasih wanita lain kerana merasakan cinta wanita itu tidak seagung cinta ibunya. Nasrul juga tidak sanggup orang asing muncul dalam hidup ibunya.

Masing-masing menafikan hak bahagia kedua-dua orang tua itu. Sengketa mereka berpanjangan, saling membenci dan melukakan.





Drama Stanza cinta, setiap Ahad 9 malam...



Novel Stanza Cinta ni jugak aku tak pernah ade dan tak pernah baca... tengok jual kt online bukan main laris, nk order, dah out of stock. Heee kena cari kt kedai lain la nampaknya, aku siap tanya dengan adik yang jaga buku novel kt Popular Tesco Kepong Village tu,... "owh buku tu kak, kita dah order dah tp tak sampai lagi...." bila datang tu tak pasti lak...akak beli la buku lain dulu....  (lorrr.... pandai melobby ye... terambik jugak terbaru dari Aisya Sofea - Masih Setia...hehehe)
 



KUPASAN KESELURUHAN NOVEL - STANZACINTA dari http://www.nurullhalawati.blogspot.com/


Epilog


Kisah bermula dengan kehidupan Amni Sorfina yang bekerja sebagai muallimah/guru disekolah kebangsaan agama. Ia memaparkan pengalaman yang dilalui dan langkah baru dalam hidup Amni selepas tamat belajar di universiti dalam jurusan senibina. Turut diceritakan juga kisah persahabatan Amni yang terjalin atas nama Allah bersama Kak Bee.


Dan dalam episod ini turut diselitkan juga pengenalan watak Irfan, iaitu bakal tunang kepada Amni. Disini pembaca akan tertanya-tanya bagaimana Irfan mula hadir dalam hidup Amni. Ada beberapa persoalan yang mula dibangkitkan disini. Irfan bukanlah lelaki yang Amni impikan selama ini untuk dijadikan suami pilihan. Irfan bukanlah cinta pertama Amni. Terlalu sukar cinta Amni untuk diberikan kepada Irfan.


Siapakah dia lelaki yang berjaya bertakhta di hati Amni Sorfina selama ini. Mengapa Amni akhirnya memilih Irfan sebagai tunangnya??


Ada perkara yang begitu sulit diterjemahkan. Begitu sukar diungkapkan. Jalan hidup Amni Sorfina yang penuh liku tatkala segala impian dan angannya jauh sekali dari kenyataan.


“Apabila mimpi jauh dari kenyataan, aku terpaksa berdiri menghadapinya dengan seribu kemungkinan”- Amni Sorfina


Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Bab 1 -universiti


Didalam bab 1, barulah kisah Irfan dan cinta pertama Amni dikupas. Kisah hidup Amni di universiti yang mula mempertemukan Amni dan Mohamad Irfan Ikmal. Amni yang tidak pernah membuka pintu hatinya untuk Irfan. Meski Irfan sedaya upaya membuktikan cintanya yang tiada sempadan buat Amni. Ternyata cinta Amni terlalu mahal untuk dimiliki.


Irfan seorang pemuda yang terlalu baik, tetapi dia bukanlah lelaki yang diimpikan Amni selama ini. Meskipun Irfan memilikinya segalanya, rupa yang kacak, baik dan kaya raya. Apa yang dicari Amni tiada dalam diri Irfan. Irfan lelaki yang tersangat baik. Tetapi kurang sekali ilmu agamanya, sedikit sekali tahunya tentang hukum-hukum islam. Malah watak Irfan yang manja serta tidak tahu berdikari menambahkan lagi benci dihati Amni.


Amni memerlukan seorang lelaki yang dapat membimbingnya menyelusuri jalan dakwah, dapat mendidiknya menjadi wanita solehah, mendidiknya menjadi zaujah yang terbaik. Dia mahu dipimpin dan bukannya memimpin.


Dalam tempoh itu, hadir Taufiq Imran yang berjaya membuka pintu hati Amni. Mengajar Amni erti cinta sejati yang diredhai Allah. Taufiq Imran juga yang membawa Amni ke jalan dakwah. Jalan yang lebih mendekatkan dirinya dengan Allah.


Taufiq ialah lelaki impian Amni Sorfina selama ini. Hadir dengan jatidiri yang penuh karisma, seorang ketua pimpinan dalam jemaahnya, seorang vokalis nasyid, seorang qari yang sangat bagus, malah seorang lelaki yang sangat soleh dan tawadhuk.


Pertama kali Amni Sorfina jatuh hati pada Taufiq tatkala mendengar bacaan Surah Al A’raf yang dibacakan Taufiq dgn penuh merdu dan syahdu. Saat itu Amni berbisik, “Aku mencintai-Nya kerana Allah. Aku mencintainya kerana agama yang ada padanya. Jika dia menghilangkan agamanya, maka hilanglah cintaku padanya………”. Itulah saat pertama kalinya Amni Sorfina jatuh cinta. Itulah juga saat pertama kalinya Amni merasa dadanya bergetar hebat dengan cinta.


Sungguh sempurna……..sama sekali seperti yang diidamkan Amni selama ini. Inilah lelaki yang dicarinya sepanjang hayat ini. Yang ingin diserahkan cintanya selama ini. Bukan pada sembarangan lelaki. Taufiq itulah lelaki sempurna dimatanya, yang didambakan Amni untuk dijadikan teman hidup. Terasa lengkap sudah pencariannya selama ini.


Namun…..ternyata taqdir Allah tidak sama dengan kehendak Amni Sorfina. Disini dikupas dengan mendalam bagaimana Amni Sorfina berhadapan dengan saat yang paling sukar dalam hidupnya…..bagaimana Amni belajar tersenyum ketika berada dalam derita yang mengguris jiwa, belajar bersangka baik dengan segala taqdir Allah buat-Nya. Bagaimana Amni belajar untuk mengenal hakikat “redha”, sedangkan perkara yang paling diingin-ingnkan selama ini, yang sejak sekian lama baru ditemui…kini terpaksa dilepaskan pergi.


Subhanallah………..


Apakah orang-orang beriman itu menyangka mereka sudah beriman sedangkan mereka tidak diuji??(Al Ankabut ayat 2-3)


Inilah harga yang perlu dibayar Amni. Syurga Allah itu bukan murah harganya. Sesungguhnya Allah telah membeli orang-orang mukmin itu dengan jiwa dan harta mereka..dan memberi mereka dengan syurga(At Taubah ayat 111).


Memang terasa peritnya, memang terasa pedihnya..Amni menelan segala yang terhidang untuknya dengan penuh rasa tawaduk dan istiqamah. Jalan yang disediakan Tuhan dihadapan sana pastilah lebih baik. Kerana Amni yakin, Dia perencana yang Maha Hebat. Usah ditangisi akan taqdir-Nya...usah dikesali akan keputusan-Nya.


Disamping masalah Taufiq dan Irfan...ada dugaan lain yang bertandang silih berganti. Sahabat Amni yg tersayang diambil Allah ke sisi-Nya. Seolah-olah tidak pernah surut dari hidup Amni perkataan “derita” dan “ujian”. Aimata menjadi teman sejatinya. Namun........jauh diatas segalanya, setiap perkara itu menghidupkan lagi benih cintanya kepada Allah.


Amni tidak mengalah dengan ujian yang mendatang, tidak berputus asa dengan apa yang bukan miliknya, malah tidak pula bersangka buruk dengan Allah yang meletakkan jalan derita buat-Nya.


Suatu hari, pernah tersungkur juga dia...tidak mampu berdiri lagi meneruskan langkah tatkala ujian terasa begitu berat dan melelahkan. Namun Allah Yang Maha Penyayang tidak pernah meninggalkannya. Malah terus-terusan memberikan petunjuk dan Hidayah-Nya..sehingga Amni mampu bangkit semula meneruskan langkahnya. Allah adalah kekuatannya!!


Jauh dari segalanya Amni tahu, hati yang derita dan penuh kesedihan miliknya itu lebih lunak, dan mudah pula dekat dengan Allah. Itulah sebenarnya kehendak Allah. Agar Amni Sorfina lebih tabah..dan lebih memerlukan Tuhannya. Kerana manusia itu sering kali lupa pada Tuhannya ketika berada dalam nikmat dan kesenangan. Tetapi, dekat sekali dengan Tuhannya ketika berada dalam kesusahan dan derita.


“Ya Allah........kuatkanlah hati daku untuk selalu ingat kepada-Mu dan jadikanlah kesusahan yang kualami ini sebagai cara untuk aku mendekati-Mu” – Amni Sorfina


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


EPISOD AKHIR (Sambungan epilog)


Akhir sekali..apakah yg menanti Amni.Siapakah yang dipilihnya. Apakah Irfan yang menagih janji ataupun Taufiq yang ditunggu-tunggu selama ini ???


Taufiq tiba-tiba hadir semula dalam hidupnya setelah hampir 2 tahun sunyi dari hidup Amni Sorfina. Ketika itu Amni sudahpun bersedia dan mula membuka hatinya untuk memilih Irfan sebagai teman hidupnya. Mereka bakal bertunang sedikit waktu lagi.

Lelaki yg didambakan Amni untuk dijadikan teman hidupnya selama ini ialah Taufiq Imran. Lelaki pertama yang dicintai Amni Sorfina adalah Taufiq. Kemunculan semula Taufiq seolah-olah membuka kembali lembaran baru dalam hidupnya. Ternyata selama ini Amni belum pernah melupakan Taufiq apatah lagi menyingkirkan Taufiq dari hatinya. Segala kisah silam yang terjadi bukan salah Taufiq. Amni tiada sebab untuk membenci Taufiq, malah tiada sebab pula untuk melupakan Taufiq. Akhirnya saat yang ditunggu-tunggu tiba juga.


Akhirnya Taufiq memang benar-benar kembali dalam hidupnya. Bunga-bunga cintanya terasa kembali mekar…semekar cintanya pada Taufiq yang tidak pernah padam.


Tetapi mampukah Amni memungkiri janjinya pada Irfan. Mampukah Amni Sorfina menjadi pendusta dan munafiq. Yang mana apabila berjanji dia melanggar janjinya. Janji Amni untuk membawa Irfan mengenal Allah dengan lebih dekat, membimbing Irfan ke jalan dakwah, mengajar Irfan menjadi lelaki yang diadun dengan Al Quran.


Sedikit demi sedikit Amni nampak Irfan mula berubah. Amni lihat kesungguhan Irfan dalam berusaha. Amni tahu kejujuran hati Irfan. Tenyata Amni juga tiada sebab untuk menolak Irfan begitu sahaja. Tidak tergamak untuknya mematahkan sekeping hati yang begitu tulus dan suci mencintainya. Saat berita buruk menimpa keluarga Irfan..Irfan lebih memerlukannya. Irfan lebih perlukan sokongan dan dokongan dari Amni.


Lalu, apakah pilihan yang Amni miliki. Kedua-duanya lelaki yang terlalu baik..terlalu baik untuk disakiti hatinya. Tetapi Amni harus memilih kerana dia tidak bisa memilih keduanya. Ada hati yang akan terluka..ada jiwa yang pasti terguris.


Amni perlukan seorang suami yang mampu membimbingnya..bukan lelaki yang dia perlu bimbing. Kerana dia hanya seorang wanita yang dijadikan dari tulang rusuk seorang lelaki. Baginya, lelaki itu adalah pemimpin. Pengemudi bahtera yang bakal dinaikinya.


Tetapi, dalam masa yang sama Amni merasa bertanggungjawab membimbing Irfan ke jalan yang lurus. Perlukah dikorbankan perasaan cintanya yang terlalu mendalam buat Taufiq, demi menunaikan sekeping janji dan amanah. Cinta itu bukan kerana terpaksa dan kasihan…..tetapi Amni tidak mampu mengatakan perkara sekejam itu kepada Irfan………!!


Siapakah yang akhirnya dipilih Amni Sorfina. Keputusan yang harus dibuat bukan sembarangan. Sekali lagi taqdir mengujinya. Tegakah dia melukakan hati seseorang demi memenuhi impian dan kehendak hatinya selama ini.


Akhirnya........kepada Allah jualah Amni Sorfina merintih, mengadu dan mohon petunjuk terbaik. Amni mencari nur cinta Tuhannya.....kerana dengan cahaya cinta itu sahaja bisa menjawab segala persoalan hidupnya. STANZA CINTA adalah perjalanan Amni Sorfina dalam mencari Nur cinta Illahi. Demi mendapatkan cinta makhluq-Nya…terlebih dahulu harus dicari cinta yang hakiki. Cinta yang tidak pernah surut atau berkurang itu pastilah cinta dari illahi..malah sering bertambah meskipun telah direbut oleh hamba-hambaNya yang lain.

Thursday, June 16, 2011

Form Six SMBK class of 1990

Ni kira 1st gathering or reunion kami budak-budak form 6 SMBK 1990... wahhh seronok tau aku dapat jumpa balik yang dah lebih 20 tahun x jumpa macam Shab, Lin, Mariah & Maulud. Yg selebih tu aku dah jumpa masa SMBK (1980-1990) reunion tahun lopeh kek PD.. TQVM to all of you, Liza, Siti, Wati, Emek, Shab, Mariah, Azlin, Suhaimi & Maulud... macam sekejap sangat dapat jumpa korang (dah la den lambek... byk bona kenduri nk kono attend..hehe). Venue perjumpaan kami kat Swiss Oven (patut la paneh), ground floor, KL Sentral. 

 

Ni muqadimah kot... ker dah habih golak lapan puluh kali... muahahaha...( tu la ko Na, lambek!) 
Ami Salleh~Azlin~Emek~Siti~Liza

Alya...tgh melayan mata mengantuk tu...

nie mcm sessi berenti sebentar dari tergelak... tgk tu Alya pun dh tidor
Shabnam mengancam la... phewittt... dah kuruih katanya, lepas pernah cecah 100kg (coz of high blood presure), senaman dan diet seimbang... well done Shab! (takut lak aku citor2 kono darah tinggi... setakat ni aku lum ade lagi, Alhamdulillah, mintak2 tak akan ade la, Amin..)

Gambar di bawah, saya terlebih gelak, tahap gaban...yg lain dah maintain normal...hahaha

weiii!! tudung pink ngan tudung itam tu...tengah mengumpat??... takkk... kami tengah buat ketupat..xoxo..
Maulud pun nampak macam dah kuruih, lain bona dari zaman sekolah dulu...(bersama-sama la kita menjaga kesihatan ye kengkawan)

Siti.. suko! Ana pun suko Tie!!



Dah ramai bona nk bcrito.. den pun x tau mano satu nak dongar... dah tak tau mano ujung pangka dah..    

sian kek kawan den yang sorang ni, Emek... dia sebenarnya dah tak tau macam mano nak bertindak balas ngan citer siti... last2 tunduk yo la sambil golak...Tengok lak caro Siti bercitor.. xpressi muka ngan tangan-tangan sekali tu ha... 






Shab n Mariah...korang terpegun dongar citor sape tu??

Ni macm dah kita part 2 lak... Bila masing2 dah balik, kami(aku, wati & siti) menyambung lagi borak kt food court. MK geleng kepala tengok aku x jugak habih2 lagi... hehehe


Alya ngan kakak Damia... dah kenal antara satu sama lain... dh macam reunion dia orang jugak... cuma Iman (Abg Alya) tak datang, so Farhan tak ade kawan...




Anak Watie, kan main berposing, flying kiss sesajo...
cute la awak,  Alya!

mak-mak nak jugekk...
Siti~Ana.. kawan dari SKBK tapi zaman tu aku mcm tak rapat no ngan mak ti ni..

~Watie & Siti~

Watie~ pun kawan SKBK, memang rapat pun dari SKBK

Mak Tie ngan anak2 angkat..haha

so reunion ni berakhir dengan "ohh manisnya...manisnya senyuman mu"... hehehe jumpa lagi for next reunion lak yo... ~DAA~

Monday, June 13, 2011

Kenduri kawin

No citer 5 June 2011, mak ayah datang KL, tuk menghadiri kenduri kawin anak buah mak mertua aku kt Cheras...

Dah 5 bulan di kecik ni, Nur Najla, anak abg ipar aku... comel tapi tak mau kt semua orang... yang terpilih jer dia nak...hehe

  



semua orang nak pegang dia, macam mana la dia x mengamuk.. 



 actually kat aku pun dia kurang mahu...hahaha


mak mertua aku (kanan- duduk ujung sekali) dengan adik2 iparnya, kiri sekali tu Ustazah Mardiah (mak teh), mak pada Imam Muda Fattah (Imam muda musim kedua)... ramai orang kerumun dia tanya pasal Fattah (Bang Chik).. hehehe, suka aku tengok... orangnya tetap merendah diri.

YWFC Gathering

Gathering ni buat kat Satay Station, Ampang Water Front.. 4th June 2011


Anak-anak aku, mana boleh tinggal kan kalau aku kemana... MK pun buzy... baju2 dia orang ni sebenarnya baju raya, tapi aku dah pakai kan dulu, nanti kita recyle lak balik ek..



 dengan Rozila Kassim dari Kuala Lipih

 Sebelah aku, Zah, Aznita & Hanim

 walaupun kali pertama berjumpa... tapi best la dia orang nih..

makanan pada hari itu... ni dari FB Zah... TQ Zah!

 mee bandung muar kot... hahaha lupa langsung nak tanya... 
 satay kt sini, best la, lain rasanya... kalau MK senang, buleh datang lagi sini...