Thursday, September 29, 2011

Sayu... Tanpa kata


Terngiang-ngiang suara dia hari ini... miss her..so-so much..

otak ~ ko nak nangih ke Na?, nangih jer...kenapa perlu di tahan-tahan..kalau ko tahan tahu dpt apa?
hati ~ dapat apa?
otak ~ sakit pala.. nangih jer.. luahkan, lepaskan..nanti mesti rasa lega... sekurang-kurangnya tuk mlm ni...




Al-Fatihah...

Saturday, September 24, 2011

Gabung Qadha Puasa Ramadhan dendgan Puasa Sunat Syawal

 Isu Gabung Sunat & Qadha


Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-


Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.


Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.


Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti’ itu dipersoalkan, iaitu :-


1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid’ atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid’. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.


2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.


3. Tindakan A’isyah ra yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :


كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان


Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya’ban” ( Riwayat Muslim, no 101)


4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.


Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)


5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad ‘Aayish al-’Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW


من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر


Ertinya: “Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).


6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.


7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith


” Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)


Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).


Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.


Kesimpulan


Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);


Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.


Sekian


Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/

Friday, September 23, 2011

Raya 1432H - Syawal ke 12, 13 & 18


gambar-gambar raya:-

open house kecik kt rumah aku... 10/9/11 (aku genap 40tahun tu...heee)

anak Nazri, Wani.. 
punya la bz.. x banyak gambar yang dapat ambik... ni je rasanya dua keping, gambar anak opismate aku, anak Nazri... TQ pada semua yang sudi datang ke rumah kami..


 ni dari camera sepupuku, Nonie... dia orang ni sepupuku dari belah Abah (Abah aku ngan Arwah Abah dia orang, adik beradik)
Nonie~aku-along ina~ An... Tabot jauh kedepan lak..

Anak2 Nonie... Tabot & Sofea... bergambar ngan ~Mia & An
 end...

11/9/11 - makan-makan sambil menziarahi Abag Man n anak2 kt Puchong, buat portluck je... Abg Man masak nasi ngan lauk gulai ayam. Ibu Uda masak nasi Minyak n lauk2, aku bawak coklate cake ngan kuih2 raya, Farah (gf Khalil) bawak spagethi... best gak buat macam nie..

Dah kenyang makan, lepak kt taman sebelah rumah dia orang ni.. Ya Allah... Im (anak Mizi), sampai tertonggeng-tonggeng...

Kakak Lily memang rajin melayan sepupu2 dia ni...

besarnya mulut An, dah mcacam belon...
Fatihah.., kebetulan ade satu plastik kecik belon yang belum dibukak dalam keta aku (belon masa bday Im hari tu la...).. ape lagi masing2..
elelele.. en Mamat ni.. dia pun sibuk kejar belon..
Ibu Uda pun posing ngan belon gak ke
pelik Mamat rase ade bunga kat telinga dia... tau la kan sape punyer keja ni...

Cik Damia ngan bunga raya...... ngan dress kembangnya... teruk aku membasuhnya...


kebetulan Nonie and family pun datang menziarah... lepas makan, joint kami sekali..
Yang besar tu, anak saudara Nonie, Siti..  (anak  kakak Nonie...) duduk n sekolah ngan Nonie.. Belajar rajin-rajin ye Siti.. Muka si Tabot ngan Sofea macam gitu sebab takut bunyi mercun bola, ada lak budak2 besar2 An main mercun bola kt situ.....

 ~end~


16/9/11 - cuti hari Malaysia.. portluck kt rumah BFF aku Put3 Nonee lak, Nurul pun ade... Aku buat sambal ikan bilis n fruit cocktail.. Put3 masak Laksa, Nasi putih, goreng sayur kailan n goreng ikan masin. Nurul bawak Ayam panggang n tiramisu buatan sendiri... hehe sedap2 semuanya... dari kul 12 tengahari duduk kt situ sampai kul 6 petang..  makan2, borak2, gelak2... awesome!



sambal bilis aku... resepi yang cukup senang...


'anak' si Put3... Bubu, 'Anak-anak' si Nurul tinggal....










uwaaa.... aku dah gemuk!








anak bujang aku ni... susah tau nak suruh dia buat muka elok2 bila bergambar.....

pandai Bubu pilih port tuk tidor...


Dah sampai 'Cina' kot si Bubu ni..

 

Monday, September 19, 2011

Raya 1432H- Raya Ketiga


3 Syawal - 1/9/11 - Raya ketiga, ade yang dah balik KL/Seremban... Kami yang tinggal ni..., malam ade bithday party anak Mizi, Nur Iman yang ke 9 tahun & sama hari jugak ngan ulang tahun perkawhwinan Mizi-Rozaimah, yang ke 10 tahun.. moga kekal hingga ke akhir hayat.. amin..

Happy Birthday Nur Iman!

 ni bday boy nya, Nur Iman... moga jadi anak yang soleh..




yang lain tolong memeriahkan...




Mia~Tehah~Im~An