Thursday, December 29, 2011

Gemersik Kalbu




Yeay! drama ni dah nak masuk lepas Tentang Dhia tamat, Gemersik Kalbu adaptasi dari Novel Gemersik Kalbu karya Anis Ayuni.
Aku suka novel ni… lagi2 nama 2 watak utama tu.. hahahaha.

Raihanna atau Cikgu Ana, seorang wanita yang tabah dalam mengharungi suka-duka hidupnya. Ana tidak rapat dengan keluarga kandungnya, malah sejak kecil lagi dia dipelihara oleh neneknya. Ana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia.

Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang mempunyai kerjaya sama dengannya membenihkan bibit-bibit percintaan.  Ana rapat dengan keluarga Wan Ariffin, seolah sebagai tempat untuk menumpang kasih. Keluarga Wan Ariffin juga melayannya seperti anak sendiri. Hubungan yang makin mekar antara Ana dan Wan Ariffin, disimpul dengan ikatan tali pertunangan namun impian tuk bergelar isteri tidak kesampaian bila Wan Ariffin pergi menyahut panggilan Ilahi, mati lemas ketika menyelamatkan seorang budak di sungai.

Ana binggung dan keliru namun itulah kenyataannya, dia mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran secara sambilan.

Hari minggu ke kuliah, Ana menumpang di rumah Auntie Zarina seterusnya berkenalan dengan anak teruna Auntie Zarina, Ahmad Sufian. Pyan jatuh hati pada Ana dan bersungguh mencuba pelbagai cara untuk memenangi hati Ana. Namun kehadiran Pyan tak memberi makna dalam hidup Ana kerana cinta baginya untuk orang lain, telah mati seiring dengan pemergian Wan Arifin. Susah untuk dia memulakannya semula.

Bila Ana nekad nak pindah rumah, semester berikutnya kerana rimas dengan gangguan Pyan, Pyan memerangkap Ana mengahwininya. Rela dalam terpaksa. Ana bersikap dingin dengan membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta.

Mampukah Raihana menerima keikhlasan dan kasih sayang Sufian, suaminya yang sah dengan sepenuh hati?

Jangan lupa menantikan Gemersik Kalbu yang akan disiarkan mulai 2 Januari 2012 pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7.00 malam.


 

Terbitan ALAF21 Sendirian Berhad
sinopsis belakang buku:

Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .
Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!
Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.
Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun
hatiku tidak serapuh salju

Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu. Di manakah titik pertemuan mereka?

RM 18.00
592 muka surat

Wednesday, December 28, 2011

Taman Layang-layang, Kepong Metropolitan


Sempena cuti lagi, 26/12...petang kami pi Taman Layang2, Kepong (MRR highway), jalan setiap hari aku gunakan tuk pi/balik keja...


rambang sat budak berdua tu nak memilih...
 macam-macam jenih & colour layang2 yang ada.. harga dari RM8-RM10-RM12 & RM15








Drama Queen kami..~ngee~
 maleh nak citer pasai apa dia jadi cam ni... hehe



  keadaan kt sini memang banyak angin... sungguh sesuai main layang2..

confused jap.. sape yg lebih ni?







Sejak taman ni di bukak, petang2 Sabtu, Ahad or cuti PH semanjangnya penuh.. tepi highway tu pun orang ramai parking.... 2 lane lg tu..

Tuesday, December 27, 2011

Langsir kat Sarah Hughes@Globe

 On Chritsmas day... dah sehari suntuk mengemas & mengadap kain baju kt rumah, kami keluar berjalan-jalan, hajat hati nak pi beli kain langsir kt Globe. Sebelum shopping kami singgah KL Sentral dulu, makan... dah boring makan nasi campur kedai MK, kami makan chicken chop kedai sebelah..heee


 then bergerak la kami ke Sarah Hughes@Globe (Globe lama tu), fabrick langsir @ Level 5. Harga yang tertera adalah kebanyakkannya setelah 50% diskaun tapi kiranya anda pembaca blog MOON , anda boleh dapat lagi  extra 50%. So kalo tulih kat situ after discount RM22.50 per metre, lagi discount, anda akan membeli dengan harga hanya RM12.50 per metre... tak murah ke tu? RM9 per panel dikenakan kalau kata kita nak suruh dia jahit sekali. Aku beli fabrik je, jahit-menjahit ada yang nak buat. 


so ku ambik peluang tuk gantikan langsir sliding doorku itu... i need 5m for day curtain & 10m for night curtain..

day curtain (RM25)- extra 50% - RM12.50 x 5meter = RM62.50
night curtain (RM22.50)- extra 50% - RM11.25 x 10meter = RM112.50
so jumlah nya hanya RM175 sahaja.

Berbaloi rasanya coz sebelum ni, beli kain & tempah untuk sliding door yang sama, dengan kualiti kain agak sama, cost me about RM400.00..



tengok gambo ngan camera phone cabuk aku yang tak berpixle ni mmg tak lawo... kalau sebetulnya, lawa & sejuk mata memandang.. ecehh


promotion ni sehingga 31hb Dec 2011... mana tau ada yang nak pi, silakan, bak kata Moon, nanti2, tak tau ade lagi tak harga yang sebegini lagi. Thanks to u Moon!

Monday, December 19, 2011

Masak lagi

Masakan aku yang dah aku post kat FB... rajin gila skrg ni dah masak, ambik gambo & post...

weekend bila ntah, aku buat pulut kuning cicah ngan sambal tumis...


labu ni Ayah Monceh yang kirim... halus, gulai campuq daun kunyit... peh tu makan ngan ikan masin n  sambal gesek.... perghhhhhh... terangkat!



 Triffle... anak-anak suka... guna sponch cake perasa coffee mmg sedap..

Musim buah kt Kg

17-18/12 kami balik dua2 kg- kutip buah..esp rambutan gading & langsat kt rumah abah... menjadi sungguh tahun ni, banyak & rendah2 lak tu... leh capai ngan tangan & guna gunting tuk potong hujung tu... tak yah susah2 nak panjat or guna tangga... suka tengok, tp masa kami balik ni langsat belum betul2 masak lagi... dalam segugus tu ade lagi 2, 3 biji yang hijau... tapi abah suruh jugak ambik, takut nanti tak rasa, almaklum la.. cik nyet  sebelah pokok getah tu menunggu je orang tak de.. heee... Abah suh peram, bungkus ngan surat khabar or kain... tengok dalam 2 hari, insyallah buleh makan... 






rendah kan... atas skt dari kepala Farhan jer..

 Rambutan gading pun sama... pokok2 ni tak tinggi sangat, buah banyak.. buah yang merah pun banyak tp x ambik gambar lak...

dah penuh bonet, balik rumah Ayah Monceh. ambik lagi... berikat, berkarung kami bawak balik... panjang2kan sedekah, moga nanti berbuah lebat lagi...


Tuesday, December 13, 2011

Pengkalan Balak

Citer bulan lepas 27-28/11.. sehari lepas kenduri rumah Acik, kami pi Pengkalan Balak, duk kt Hjh Mahawa Chalet

Ikut Port Dikson-Linggi

besar sungai ni tp tak tau nama...

Dari umah Along dah bawak macam2 bekal tuk tengahari tu... sampai pun dh dekat waktu zohor.. apa lagi. Budak berdua ni memang dah tak tahan tengok laut...



tengahari waktu sampai tu, cuaca panas, langit cantik... dah petang hujan lebat...


malam kami buat BBQ... dah siap perap dari Seremban... Malam tu ade bola kelayakan Olimpik, Malaysia vs Bahrain... Meleysia kalahhhh


sian.. ade yang merajuk tak dpt makan...
Abang den yg famous ngan joruk Penang....



Cik Mia... dah nk masuk darjah satu tau..
Ibu Uda

Mizan ke Mizi???? Mizannn....







Ni di hari kedua... nak balik KL dah..






antara adik-beradik kami... tiada dalam gambar family Ajib(tak joint coz baru baru seminggu dpt baby girl), family Arip (bini eh tak habih poning2 laie... nk dpt anak ke 3) & family Abg Man... Yang terasa sgt kalau dh ramai2 ni tentula Arwah Angah... Mak aku pun nangih2, sedih dia, anak dia dh kurang... kami pun sedih, mak!!

oppsss... masa ni pun family Mizi & Mizan dah balik KL awal pagi..







Farhan kalau buat muka tak senonoh, bagi la kt dia...