Monday, December 23, 2013

AIS


###FAKTA YANG WAJIB DIAMBIL KISAH###

Ramai org kata x elok minum ais, lebih elok minum air panas.. Namun, sedarkah kita, Nabi Muhammad SAW melarang kita mengam
bil makanan dalam keadaan yang panas. Akhirnya kini fakta terbaru kebaikan AIS yang tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia.

Teruskan membaca untuk lebih memahami.

Percayalah kepada Al-Quran dan Al Hadis.. kerana kita tidak akan tersesat selagi berpegang pada keduanya.

~ Rahsia dan Kelebihan Di Dalam Ais

“Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”. Jangan ingat minum ais tu tak elok untuk kesihatan. Sebenarny ada kebaikan didalam keburukan.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya dan memberi kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam. Mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

**Siapa ckp mnum ais melemahkan tenaga batin? 

Cuti Sekolah

Dua minggu lepas kami ke Langkawi by Firefly dari Subang. Meriah sikit coz kami pegi dengan family adik ipar. Dari Subang ke Langkawi  1 Jam 15 minit, dapatlah jamah juice & muffin.


gambar2 kami sekeluarga kt sana


gambar kami 4 beranak, Daus tak ade. Dia ke Langkawi dah mcm balik kg gamaknya. Banyak sangat rumah kawannya dia nak pergi.








yang ni cukup 5 orang. Daus nk ikut coz dulu masa belajar kt sini katanya tak sempat nak ke pulau2 ni semua

kata tour guide kami masa ke few pulau termasuk ke gua Kelawar tu, kata ni jarang berlaku. Mungkin  dah rezeki kami nampak sekor Dolphin colour pink (payah nk nyobut namo eh)  . tapi tak tinggi lompatnya, badan dia ade luka2, mungkin terkena speed boat yang selalu lalu ade kt situ.. kesian dia

Qaseh & Laila.. cucu mak pak mertua ku yang ke 7 & 8. Mia rajin melayan budak berdua ni, tp biasalah budak2 kan, kadang2 ok, kadang2 dia buat hal..hee



Wednesday, December 18, 2013

The Inheritors (The Heirs)


Best, fresh & in love dengan drama ni walaupun aku rasa cam tak sesuai Lee Min Ho & Kim Woo Bin tu jadi budak sekolah, umur 17, 18tahun haha.. Dua2 tu tingginya kan main, masing2 peluk maknya dh mcm peluk gf or baby sister dia org je tapi kalau dah nama drama tu, yg tak logik pun ye kan je la (untuk hiburan ok). Drama ni disiarkaan di 13 buah negara termasuk kt sini, Astro One HD (Ch 393- tiap Rabu & Khamis 8.55mlm) cuba bezanya kt South Korea (SBC) dah abis 12 Dec lepas. Kt sini, mlm ni (18 Dec) baru nak masuk eps 13. Tapi dgn kecanggihan yg terlebih sekarang, after few hours siar kt SBC, midnite, dah boleh tengok eps2 baru kt internet, berlumba-lumba masing2 men download.. 


"The Heirs" is about the friendships, rivalries and love lives of young, rich heirs led by Kim Tan (Lee Min Ho). The series follows a group of privileged, rich, elite high school students as they are groomed to take over their families' business empires. These wealthy students seem to have everything under control, except their love lives. Kim Tan is a handsome and wealthy Korean heir to a large conglomeration who is sent to study abroad in the U.S. In reality, it's a form of exile, as his elder half-brother back home, Kim Won (Choi Jin Hyuk) schemes to take over the family business. 
While in the States, Kim Tan bumps into Cha Eun Sang (Park Shin Hye), who has arrived from Korea in search of her older sister. Slowly, he feels himself falling for her, never realizing that she's the daughter of his family's housekeeper. When Kim Tan's fiance, Rachel Yoo (Kim Ji Won) arrives to bring him back to Korea, his heart is torn between love and duty. Meanwhile, Rachel's future stepbrother and Kim Tan's former best friend, Choi Young Do (Kim Woo Bin) goes to the same school as Kim Tan and Eun Sang. The troubles arise as the heirs realize the differences between money and the real world.

Ni kalau ade yang nak tgk OST, lagu-lagu yang ade dalam setiap episod, most downloaded kat youtube.. THE-HEIRS- OST


Link kt tepi ni, cerita fashion (baju, accessories, etc) yang LeeMinHo pakai dalam drama ni. Aku ade baca semua tu koleksi dia sendiri, tak main la wardrobe production semua tu..haha, kelass ko Oppa KimTan!  THE HEIRS-KIM-TANS FASHION-EP1-20  (paling suka tgk dlm Eps 15, d blue colour thirt & jacket, Gucci Fall 2013)

Tuesday, December 3, 2013

Genap sebulan pemergian Ammar

Saja letak kt sini.. senang nak bagi anak2 baca..

Ibu & Ayah Arwah Ammar berkongsi cerita tentang perjalanan hidup anak mereka di Kumpulan Media Karangkraf pada - 2/12/13


KEHIDUPANNYA seperti remaja lain, aktif bersukan, lasak dan suka melakukan sesuatu yang baru serta mencabar dirinya. Ketika hayatnya, dirinya kurang dikenali, namun tatkala dia meninggal, satu dunia mengenalinya!

Dialah Ahmad Ammar Ahmad Azam, meninggal dunia kerana dilanggar ambulans ketika melintas jalan di Istanbul, Turki, jam 1.30 petang (7.30 malam waktu Malaysia), pada 2 November lalu.

Istimewanya Ammar, apabila disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn, yang menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di Turki.

Kematiannya dikaitkan penghijrahan sahabat Nabi, Abu Ayyub al-Ansari dari Madinah ke Konstantinopel (Istanbul) yang akhirnya syahid di kota itu.

Begitulah juga dengan perjalanan hidup Ammar yang berhijrah dari Malaysia ke Istanbul, yang dikatakan syahid ketika dalam perjalanan untuk mengajar agama Tafsir Risalah An -Nur kepada pelajar baru dari Malaysia, Thailand dan Kemboja.

Semalam, genap sebulan arwah Ammar, 20, menemui pencipta-Nya, namun kehilangannya masih dirasai sehingga hari ini. Terselit ‘sesuatu’ pada diri Ammar sehinggakan dia diberi kemuliaan sehinggakan ramai orang berebut-rebut mahu mengusung jenazahnya ke tempat persemadiannya.

Mengimbas kembali kisah itu, bapa arwah Ammar, Ahmad Azam Ab Rahman, 53, berkata, pelbagai perasaan terbit dalam dirinya saat dikhabarkan satu-satu anak lelaki tunggalnya hasil perkongsian hidup dengan Nur Azlina Abdul Aziz disahkan meninggal dunia.

“Saya sedih dan terkejut. Saya dapat berita itu pada 2 November jam 11.30 malam. Sepanjang malam itu tidak tidur. Keesokannya selepas Subuh ketika dalam ‘flight’ ke Turki, saya dan isteri menangis berganti-ganti, tidak tahu apa yang perlu dilakukan,” katanya.

Namun, sebaik tiba di Istanbul, perasaan sedih Ahmad Azam bertukar terharu dan bersyukur kerana begitu ramai guru, ustaz serta rakan-rakan universiti Ammar dari Malaysia dan Turki hadir menziarahi arwah anaknya.

“Kami pergi  ke rumah mayat dan pada malam itu, pelajar Malaysia dengan pegawai kedutaan buat tahlil. Jamaah Hayrat juga turut mengadakan majlis,” katanya.

Ahmad Azam tidak menyangka anak lelakinya begitu dimuliakan apabila permohonannya untuk mengebumikan Ammar di Eyub Sultan, ditunaikan.

Ini kerana, tanah perkuburan itu dianggap tempat paling mulia di Turki kerana menempatkan sahabat nabi yang mati syahid.

“Waktu itu terdetik di hati saya bahawa permohonan Ammar itu sangat berat untuk dilaksanakan Jamaah Hayrat. Ini umpama saya beri wasiat; ‘kalau saya meninggal dunia, terus kebumikan saya di makam pahlawan di Masjid Negara’.

“Ammar hanya budak 20 tahun, tidak ada sejarah, orang luar pula, minta tempat sangat diidam-idamkan oleh semua orang Turki. Itu hampir mustahil sampai ada orang Turki kata; ‘anak kamu ini dapat (dikebumikan di Eyub Sultan) ini, tempat kami nak mimpi pun tak berani sebab hampir mustahil, tapi ALLAH SWT membuka dan memuliakan anak kamu’.

“Ketika itu, barulah timbul rasa terharu kerana Ammar begitu dimuliakan ribuan orang Turki termasuklah kerajaan Turki. Rupanya berita kematian Ammar sampai kepada Menteri Luar Turki. Beliau ke luar negara waktu itu. Bila saya pulang ke Malaysia, beliau mengucapkan takziah,” katanya.


Imej Malaysia naik

Berita arwah Ammar, rakyat Malaysia pertama dikebumikan di Eyub Sultan menjadikan negara dipandang tinggi dan sangat dihormati kerana masyarakat Turki menganggap orang luar yang disemadikan di situ, sudah pasti seseorang yang sangat istimewa.

Seorang pendakwah terkenal di Turki yang dikenali sebagai Omer Dongeloglu beri syarahan mengatakan bahawa Ammar adalah orang yang dimuliakan ALLAH dan dikira sebagai mati syahid. Pandangan itu turut sama dikongsi ulama lain di Turki.

Perkara itu membuatkan Ahmad Azam dan isterinya tertanya-tanya mengenai ‘kehebatan’ anaknya sehingga digelar sebegitu. Malah, jenazah Ammar juga kelihatan percikan peluh di dahi dan bawah kelopak mata ketika dikafankan – antara tanda kematian yang baik.

“Kami lihat wajah Ammar tenang, seolah-olah sedang tidur. Raut wajahnya kelihatan seperti tersenyum, sesuatu yang jarang kami lihat ketika hayatnya sebab mukanya sentiasa serius seakan-akan sedang memikirkan sesuatu,” katanya.

Persoalan itu akhirnya terjawab apabila rakannya memaklumkan kepada Ahmad Azam bahawa anaknya sudah menamatkan pengajian Tafsir al-Quran Risalah an-Nur, dalam tempoh lapan bulan.

“Saya sendiri tidak pernah tahu perkara ini. Tafsir ini, yang diasaskan Ustaz Bediuzzaman Said Nursi agak payah dan orang Turki sendiri ambil masa lama untuk tamatkan. Saya sendiri ada tafsir ini, tapi tak habis baca lagi.

“Disebabkan itu, ustaz kepada arwah Ammar ini menjalankan ujian terhadap Ammar dan dia telah lulus, sama mengikut kefahaman mereka. Akhirnya, ustaz mentauliahkan dia dan Ammar sudah boleh mengajar tafsir itu,” katanya

Ahmad Azam, yang juga bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berkata, ketika kejadian Ammar dilanggar, ia merupakan hari pertama arwah mengajar pelajar baharu dari Malaysia, Thailand dan Kemboja.

“Takdir ALLAH, dalam perjalanan hendak mengajar Tafsir Risalah an-Nur, dia meninggal. Saya difahamkan, Ammar sudah melintas ketika itu, namun dia hilang imbangan, lalu terjatuh.

“Dalam beg yang dibawa Ammar waktu itu, dia memang hendak ajar tafsir tajuk pertama iaitu mengenai bab ikhlas sebab hanya sifat ini saja menjadikan semua amalan dapat pahala.

Di sinilah, baru saya nampak kenapa Ammar dimuliakan,” katanya. Ahmad Azam berkata, tiada kesan darah ditemui pada pakaian dipakai Ammar ketika kemalangan tersebut.

“Autopsi dijalankan untuk mengetahui punca kematian. Hasil pemeriksaan mendapati, tangan kiri dan dua tulang rusuk Ammar patah, serta kecederaan dalaman,” katanya.


Mimpi bertemu bidadari 

Dua minggu sebelum kematian anaknya, Ahmad Azam berpeluang bertemu Ammar semasa lawatan urusan kerjanya di Istanbul, namun arwah tidak memberitahunya tentang pengalamannya ketika mengikuti misi kemanusiaan di Syria.

“Rakannya bercerita, Ammar bermimpi bertemu dengan bidadarinya. Dia cakap; ‘Alhamdulillah, ALLAH beri hadiah pada aku dengan bertemu bidadariku. Aku dah mati, aku mati syahid. Tak sabar nak jumpa dengan bidadari,” ceritanya mengulangi kisah diberitahu rakan anaknya.

Dalam nota dicatatkan arwah menerusi telefon bimbitnya, kata Ahmad Azam, ketika Ammar berada di Syria, berlaku pergolakan dalam dirinya sama ada mahu mengangkat senjata atau meneruskan pengajiannya.

“Sebagai bekas pelajar Maktab Tentera Diraja (RMC), soal tembak menembak ini tiada masalah.

Akhirnya, dia melihat tugasnya sebagai pelajar belum selesai. Dia buat keputusan untuk berdakwah. Jadi dia kena balik dan habiskan tugas-tugasnya sebagai pendakwah.

“Sebab itu, kawan-kawannya dalam nada gurauan menggelarkan Ammar sebagai ‘syahid yang tertangguh’. Dua minggu kemudian, Ammar meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, kematian Ammar umpama menghidupkan banyak hati yang terlena terutama golongan muda dan ramai ingin mengikut jejak langkah arwah anaknya.

“Ada tujuh perkara yang saya lihat pada diri Ammar, iaitu visi yang dikaitkan dengan ALLAH dan Rasul, wawasan ‘Ummati’ dan ‘Rahmatan lil Alamin’ (rahmat ke seluruh alam), tanam rasa ketinggian pada ALLAH, baca al-Quran setiap hari, solat sunat Tahajud sekurang-kurangnya seminggu sekali, mengkaji ilmu sejarah Islam, mendalami kitab Risalah An- Nur dan mempelajari bahasa Turki.

“Keseluruhannya, saya lihat ada tiga nilai penting yang saya perhatikan sebelum dia meninggal, iaitu keikhlasan Ammar membuat kerja, lakukan kerja bersungguh sungguh dan suka menolong orang lain,” katanya.


Rakam gambar sebelum meninggal

Sebelum pergi buat selama-lamanya, arwah Ammar dikatakan banyak bergambar dengan tokoh-tokoh terkenal seperti sasterawan, Datuk Baha Zain dan mengambil gambar di tempat yang dikunjunginya.

Bagi Ahmad Azam, sikap Ammar kelihatan agak luar biasa kerana anaknya bukan seorang yang begitu, tetapi tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa ia adalah ‘kenangan’ yang akan ditinggalkan buat tatapan keluarga.

“Kehadirannya tidak dirasai orang kerana dia seorang pemalu. Kalau dia ada pun, orang tidak akan perasan.

Tapi kali ini dia minta orang tolong ambilkan gambar. Kita tak terfikir, kelakuan itu pelik ke apa, sekarang baharu rasa, ada mesej dia nak bagi.

“Yang paling saya tak jangka, kawan dia hendak siapkan tugasan dan ada masalah hendak cari tokoh korporat. Ammar telah minta bantuan saya untuk bantu rakannya. Ini pun bukan sikap dia. Kami ingat, dia sekarang sudah lebih matang, rupa-rupanya itu tanda dia nak pergi,” katanya.

Menurut Nur Azlina, anaknya sempat menziarahi saudara dan rakannya ketika pulang ke Malaysia selama dua bulan, bermula Ramadan lalu, seolah-olah mahu mengucapkan ‘selamat tinggal’ kepada mereka.

“Masa dia dengan kami pun tak banyak. Dia banyak mengembara dan dalam tempoh dua bulan cuti, dia mengikuti misi kemanusiaan kami ke Kemboja, melibatkan diri dalam program Ramadhan sekolah pelarian Rohingya di Klang dan program di Pesantren Hamka di Padang, Indonesia. Dia nampak seronok apabila berpeluang mempelajari selok-belok kerja sawah padi di Sik, Kedah.

“Kalau dia balik, tiada masa untuk lihat Ammar bersantai atau menonton televisyen. Masa banyak dihabiskan buat terjemahan drama TV Al Hijrah atau laporan projeknya di Kemboja dan sebagainya,” katanya.

Walaupun Ammar seorang yang pendiam, Nur Azlina berkata, dia tetap disukai rakann kerana sikapnya disenangi, suka bercakap bila perlu.

“Dia tidak pernah bercerita sesuatu perkara yang membangga dirinya. Kami kenal dia sebagai seorang anak yang merendah diri, terutama dengan orang yang lebih tua daripadanya.

Dia pernah terpilih sebagai pelajar terbaik, tetapi tidak tercalon kerana sikapnya pendiam," katanya.


Tak pernah mimpi Ammar

Dalam keluarganya, Ammar adalah anak keempat daripada lima adik-beradik.

Nur Azlina berkata, tiada tanda-tanda pelik ditunjukkan ketika kali terakhir beliau bertemu Ammar, iaitu semasa menghantar arwah anaknya ke lapangan terbang selepas habis bercuti, pada 22 September lalu, iaitu 40 hari sebelum kematian Ammar.

“Cuma dia ada menyebut, selepas ini dia tidak akan balik lagi. Tiada benda ketara yang disebutnya. Tapi kawannya ada menceritakan yang Ammar ingin mempertingkatkan kerja dakwah kerana masa sudah suntuk,” katanya.

Bagaimanapun setakat ini, Nur Azlina tidak pernah bermimpikan arwah anaknya walaupun ramai orang yang berkongsi pengalaman mimpi bertemu dengan Ammar.

“Sampaikan ada orang kata; ‘saya doakan makcik mimpikan Ammar’. Saya kata; ‘tidak mengapa, yang penting berdoa dan tahu dia (Ammar) dekat dengan hati saya," katanya.

Sebagai tanda memperingati jasa Ammar, pihak Universiti Marmara, Turki menanam pokok di tempat pengajiannya.

Selain itu, Ahmad Azam memberitahu, semua barang milik anaknya ditinggalkan di sana kerana permintaan orang Turki.

“Buku-buku dia semua kami tinggalkan di Turki untuk diletakkan dalam perpustakaan. Baju-baju Ammar pula, habis dibahagikan kepada orang Turki, sebagai kenangan kerana syahid,” katanya.


Hidup dalam keluarga besar

Ammar dibesarkan dalam suasana keluarga ‘extended family’ (lebih dua generasi dalam sebuah rumah) selama 12 tahun. Ammar membesar bersama dengan datuk, nenek dan ramai bapa dan emak saudara kerana dia sibuk bekerja ketika itu.

Bercerita lanjut mengenai kisah putera tunggalnya, Ahmad Azam berkata, arwah anaknya membesar dengan datuk, nenek dan bapa saudara kerana dia dan suami sibuk bekerja ketika itu.

“Dari kecil lagi, Ammar diterapkan dengan ilmu agama dan bersekolah Sekolah Rendah Islam Abim Al-Huda dan di Sekolah Agama Menengah Bestari. Sikap kepimpinan Ammar terserlah apabila dia melanjutkan pelajaran di RMC,” katanya. credit to sinarharian.com.my


Gambar kenangan Arwah Ammar bersama keluarga

Thursday, November 21, 2013

Ahmad Ammar Dalam Kenangan (1993 - 2013)



 pagi2 lagi  dah buat ku nangis...

Rata-rata  hari ni kt FB ramai yang share cerita yang satu ni. Padaku ini boleh dijadikan teladan, panduan malah dicontohi oleh anak-anak zaman sekarang ni.. Anak ini pergi dalam usia yang muda.  Arwah Ahmad Ammar Ahmad Azam (20 tahun, lahir pada tahun 1993). Arwah meninggal dunia pada 2 Nov 2013 jam 1.30pm akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul.

Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.

☞ Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam
Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.

Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki
Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.

Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki
Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.


Allahummaghfirlahu Warhamhu Wa 'Afihi Wa'fu 'anhu..


Al-fatihah untuk Allahyarham.






*Tengah tunggu  novel 'Love Yasmin', kisah blogger remaja yang dinovelkan, meninggal dunia dalam satu kemalangan di Langkawi Jun tahun lepas, Al-fatihah..

Monday, November 11, 2013

Puasa Sunat 9 & 10 Muharram


Hari ni dah 7 Muharam 1435H... cepat betul masa berjalan. Baca kt atas tu.. so jgan lupa puasa sunat kita hari Rabu & Khamis ni, Insyallah.. 

Thursday, November 7, 2013

Rawat pigmentasi, rangsang kolagen


SEMUA wanita inginkan wajah yang sentiasa kelihatan muda. Tiada siapa ingin kelihatan tua. Apa yang sebenarnya menyebabkan wajah kelihatan tua? Cuba lihat gambar semasa kita muda kemudian bandingkan dengan wajah sekarang. Mungkin banyak perubahan yang anda lihat. Dua perubahan paling ketara yang boleh membuat wajah nampak lebih tua adalah kehadiran pigmentasi pada wajah dan kedut-kedut muka.

Tahukah anda, dengan merawat masalah jeragat, anda boleh kelihatan lebih muda lima ke 10 tahun. Masalah pigmentasi yang sering berlaku di kalangan wanita Melayu berusia selepas 30-an adalah melasma.
Apakah itu melasma , masih belum di ketahui dengan jelasnya. Namun begitu ada beberapa perkara yang dikaitkan dengan melasma antaranya kehamilan, pil perancang dan pil gantian hormone menopaus. Melasma yang disebabkan perubahan hormon boleh hilang dengan sendiri beberapa bulan selepas kelahiran atau apabila seseorang berhenti mengambil pil-pil hormon tersebut. Faktor lain yang menyebabkan melasma adalah pendedahan kepada sinaran UV yang kronik atau komplikasi kepada salah penggunaan bahan kosmetik. Melasma yang disebab kan faktor ini agak sukar dirawat .

Melasma adalah longgokan pigmen kulit sama ada di lapisan epidermis (lapisan atas), dermis (lapisan bawah kulit) atau kedua-duanya. Setakat ini tiada barangan kosmetik atau barangan penjagaan kulit di pasaran yang boleh merawat melasma.
Satu-satunya langkah pencegahan yang paling berkesan adalah penggunaan pelindung mata hari. Melindungi kulit daripada sinaran UV memang boleh mengelakkan melasma. Sebilangan besar kes melasma adalah disebabkan tiada perlindungan kulit muka terhadap sinaran UV matahari. Namun begitu jika anda sudah mempunyai melasma, sunblock tidak boleh membantu menghilangkannya. Ia hanya boleh mengelakkan melasma imerebak, walaupun krim anda mengandungi bahan pencerah.

Masalah melasma hanya boleh dirawat oleh doktor pakar kulit atau doktor estetik. Jika anda mempunyai masalah melasma , janganlah membuang masa dan wang membuat rawatan facial a kerana tanpa rawatan profesional, masalah anda tidak boleh di atasi. Setakat ini masih belum ada lagi bahan kosmetik atau krim penjagaan kulit di pasaran yang boleh merawat melasma
Untuk mengenalpasti sama ada melasma anda jenis epidermal , dermal atau campuran, doktor boleh melakukan ujian "woodlights". Apabila kulit disinari dengan lampu woodlights , doktor akan dapat membezakan samaada melasma atau jeragat anda adalah jenis di permukaan kulit , dalam kulit atau kedua-dua nya.
Untuk merawat melasma jenis epidermal (lapisan atas) kulit, doktor boleh melakukan chemical peeling dan merawat dengan krim hydroquinone dan tretinoin. Kedua-dua bahan seperti hydroquinone dan tretinoine adalah bahan aktif berjadual dan hanya boleh digunakan dengan pengawasan doktor. Manakala di klinik estetik , doktor juga boleh merawatnya dengan rawatan "Intense Pulse Light" atau rawatan laser.
Namun begitu kebanyakan melasma yang dialami oleh wanita adalah dari jenis dermal (lapisan bawah ) kulit atau melasma campuran (epidermal dan dermal) kulit. Melasma jenis ini sangat degil dan susah dirawat kerana kedudukannya di bawah kulit.

Untuk merawat masalah melasma jenis dermal atau campuran agak sukar. Rawatan dengan menggunakan hydroquinone dan tretinoine tidak dapat menghilangkannya. Masalah melasma jenis campuran ini hanya berkesan dengan rawatan laser Q Switched Nd:Yag .
Secara umumnya, seseorang pesakit perlu menjalani 10 hingga 12 sesi rawatan laser untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Laser ini berkesan dengan "menghancurkan" pigmen hitam. Pigmen yang hancur akan diserap perlahan-lahan oleh badan. Namun begitu proses menghancurkan pigmen perlulah dilakukan berperingkat-peringkat agar tiada kesan sampingan ke atas kulit yang menerima rawatan laser. Kelebihan rawatan laser juga adalah ia boleh meresap jauh ke lapisan dermis kulit. Hanya laser Q switched sahaja yang boleh menyerap lapisan dalam kulit dan memecahkan pigmen tanpa merosakkan lapisan atas kulit.

Selain merawat melasma, rawatan yang berulang juga boleh merangsang kulit untuk menghasilkan kolagen. Peningkatan kandungan kolagen di lapisan kulit boleh menghilangkan atau mengurangkan garis-garis halus serta mengecilkan pori-pori muka . Ingin saya tekankan bahawa rawatan yang paling berkesan adalah pencegahan. Ramai wanita Melayu tidak menggunakan sunblock . Sunblock sepatutnya digunakan sejak remajai. Jika anak anak anda menggunakannya dari muda, ia bukan sahaja boleh mengelak masalah pigmentasi di hari tua, malah mengekalkan kandungan kolagen daripada dirosakkan oleh UV matahari. Kandungan kolagen yang tinggi di kulit muka boleh melambatkan proses penuaan wajah. Untuk kulit wanita Asia dan keadaan matahari yang terik di Malaysia, saya mencadangkan penggunaan sunblock dengan SPF 35 dan ke atas.
Akhir sekali, anda tidak perlu malu menggunakan payung jika berjalan di tengah panas walaupun untuk seketika. Ingat pencegahan adalah rawatan terbaik untuk kekal kelihatan muda dan jelita.   credit : Utusan Online 18/9/11


** wink..wink.. baru gi buat 4 kali dh bising bila la nak nmpk mudo 10 tahun.. haha.. ngek la ko ni Na!. Sape ade masalah ni mungkin leh rujuk kt sini  tempat aku selalu pi buat facial . Sekarang ni lesen nak buat facial2 mcm gini dah tak kat  Ko Skin Specialist jer, kt beautician mcm ni boleh uolss.. 

Monday, November 4, 2013

Merebut kelebihan bulan Muharram


بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صل على محمد وآل محمد
 Amalan membaca  ‘Doa Awal Muharam’ ini, biasanya dilakukan oleh para solihin pada setiap hari sepanjang 10 hari pertama bulan Muharram.


Iaitu Doa Awal Muharram ini boleh dibaca setiap hari sehingga hari ke 10 Muharam (Hari Asyura).
Al-Allamah Sayyid Ahmad ibn Zaini Dahlan al-Hasani, menyatakan; “Hendaklah dibaca doa ini sebanyak tiga kali pada setiap hari selama 10 hari pertama bulan Muharram, agar terpelihara daripada syaitan sepanjang tahun itu.”  

ALLAH SWT berfirman (maksudnya), “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi ALLAH adalah 12 bulan sebagaimana ketetapan ALLAH ketika DIA menciptakan langit dan bumi. Di antaranya ada empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.” (Surah at-Taubah, 9: 36)
Nabi SAW bersabda, “Waktu itu telah berputar sebagaimana biasa sejak ALLAH menciptakan langit dan bumi. Satu tahun ada 12 bulan, di antaranya empat bulan haram. tiga bulan berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam, dan satu lagi ialah Rejab yang terletak di antara Jamadilakhir dan Syaaban.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Muharam ialah bulan yang mulia dan ia memiliki keutamaannya tersendiri. Nabi SAW menyatakan Muharam ialah bulan ALLAH, dan puasa yang paling afdal setelah Ramadan ialah puasa dalam Muharam.
Kata Nabi SAW, “Puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan ialah puasa di bulan ALLAH, al-Muharam. Solat yang paling afdal setelah solat yang difardukan adalah solat pada malam hari.” (Hadis Riwayat Muslim)
Dalil-dalil ini semuanya menunjukkan kemuliaan di bulan haram, terutamanya Muharam. Selain itu, di dalamnya turut ditegaskan lagi akan larangan menganiaya diri. Ini menunjukkan perbuatan maksiat di bulan haram lebih diharamkan lagi berbanding bulan-bulan selainnya. Sebaliknya, amalan soleh pula akan diberikan ganjaran yang besar.
Hikmah bulan haram
Di antara hikmah dijadikan empat bulan haram di mana tiga bulan secara berturut-turut dan satu bulan lagi dengan menyendiri adalah bagi memberi ketenangan kepada umat Islam yang melaksanakan ibadah haji. Iaitu Zulkaedah merupakan satu bulan pertama sebelum bermulanya bulan haji. Seterusnya bulan Zulhijah di mana umat Islam disibukkan dengan ibadah haji dan melaksanakan manasiknya. Kemudian dijadikan bulan yang seterusnya juga sebagai bulan haram, iaitu Muharam supaya pada bulan tersebut mereka dapat kembali ke wilayah atau negara mereka masing-masing yang saling berjauhan secara aman.
Manakala Rejab yang berada di pertengahan tahun pula adalah supaya pada bulan tersebut umat Islam di sekitar Jazirah Arab dapat mengunjungi Kaabah dan melaksanakan umrah dengan aman. (Lihat: Tafsir Ibnu Katsir, 4/148)
Ini adalah kerana dalam bulan-bulan haram, umat Islam diharamkan untuk berperang melainkan sekiranya umat Islam lebih dahulu diserang atau diperangi. Pada ketika umat Islam lebih dahulu diserang, mereka dibolehkan untuk mempertahankan diri serta membuat serangan balas.
Amalan sunnah Muharam
Di antara amalan sunnah yang disebutkan secara khusus pada Muharam adalah berpuasa sunnah.
Sebagaimana disebutkan dalam hadis di atas, puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan adalah puasa Muharam. Maksud puasa dalam hadis tersebut adalah puasa sunnah secara umum. Memperbanyakkan amalan puasa sunnah dalam bulan ini (Muharam) terutamanya pada hari ke-10 Muharam adalah termasuk sunnah-sunnah yang sangat dianjurkan.
‘Abdullah B ‘Abbas r.a berkata, “Nabi tiba di Madinah dan beliau mendapati orang-orang Yahudi sedang berpuasa ‘Asyura (hari ke-10 Muharam).” Nabi bertanya, “Puasa apakah ini?”
Orang-orang menjawab, “Hari ini adalah hari yang baik, iaitu hari di mana ALLAH telah menyelamatkan bani Israel daripada kejahatan musuhnya, maka Musa pun berpuasa sebagai tanda syukur beliau kepada ALLAH dan kami pun turut serta berpuasa.
” Nabi SAW pun berkata, “Kami lebih berhak terhadap Musa daripada kamu semua.” Akhirnya Nabi pun berpuasa dan memerintahkan umat Islam untuk berpuasa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Sejarah penetapan puasa ‘Asyura mengalami beberapa fasa. Pada awalnya, ketika di Makkah Nabi berpuasa ‘Asyura tanpa memerintah orang lain untuk berpuasa. Kemudian apabila sampai di Madinah, beliau tetap terus berpuasa di hari Asyura dan memerintahkan umat Islam agar turut berpuasa.
Tetapi setelah perintah kewajiban berpuasa Ramadan turun, puasa pada hari Asyura menjadi sunnah dan tidak diwajibkan. Rasulullah mengatakan, “Sesiapa yang hendak berpuasa (pada hari Asyura), silakan berpuasa, bagi yang tidak berpuasa, juga tidak mengapa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Kemudian ketika di penghujung hayatnya, Rasulullah SAW bertekad untuk tidak hanya berpuasa pada hari Asyura (hari ke-10) Muharam, tetapi juga bertekad untuk puasa pada hari yang ke-9.
Ibnu ‘Abbas r.a berkata, “Ketika Nabi sedang berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan para sahabatnya untuk turut berpuasa, para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, hari Asyura adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nashara.”
Maka Rasulullah SAW berkata, “Jika begitu, tahun depan insya-ALLAH kita puasa sekali pada hari yang ke sembilannya.” Ibnu ‘Abbas berkata, “Tetapi belum sempat sampai tahun depan, beliau telah wafat terlebih dahulu.” (Hadis Riwayat Muslim)
Dari hadis ini, umat Islam tidak hanya disunnahkan agar berpuasa di hari ke-10 Muharam atau dikenali sebagai hari Asyura, tetapi juga turut disunnahkan agar berpuasa pada hari ke sembilan Muharam.
Rasulullah mengisyaratkan tentang kelebihan puasa ‘Asyura sebagaimana sabdanya, “Adapun puasa di hari Asyura, aku memohon kepada ALLAH agar ia dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (Hadis Riwayat Muslim) - credit to islamituindah.my

Thursday, October 31, 2013

Program Cuti Sekolah



Banner ni ai tgk masa pi Solat zohor. Program yang mungkin dicari2 oleh ibu-bapa sebagai mengisi sebahagian daripada aktiviti anak-anak masa cuti sekolah panjang ni. Kalau tempat berkenaan  berdekatan dengan anda & anak2 anda berumur dalam lingkugan seperti berikut, apa salahnya kan..  Give them a call atau boleh check website mereka.. 

Wednesday, October 30, 2013

OST #LYMA: Salahkah Kita



Salahkah kita - Asmirandah & Robin Hood
Bila waktu terus memanggil
Agar dua hati dapat menyatu
Bukan aku tak ingin cinta
Tapi aku takut menyakitimu

Dan kini aku jauh darimu
Ada yang hilang dari hatiku
Cinta tak dapat ditebak apa maunya hati
Salahkah kita
Bukan maksud menduakanmu
Aku tak ingin mendustai hati
Aku juga mencintaimu
Ku menjauh hanya untuk berfikir
Dan kini aku jauh darimu
Ada yang hilang dari hatiku
Letih memandang wajah hari
Yang memanduku tuk mencarimu
Cinta tak dapat ditebak apa maunya hati
Salahkah kita
Hanya tak bisa dustai hati untuk mencinta
Salahkah kita
Bukan aku tak ingin cinta
Tapi aku takut menyakitimu
Dan kini aku jauh darimu
Ada yang hilang dari hatiku
Letih memandang wajah hari
Yang memanduku tuk mencarimu
Cinta tak dapat ditebak apa maunya hati
Salahkah kita
Hanya tak bisa dustai hati untuk mencinta
Salahkah kita
Biarlah semua kini kita berpisah
Namun hati kita tetap menyatu
Ku sangat rindu ingin bertemu sampai
Tujuh purnama ku tetap menunggu
Bila waktu terus memanggil

Tuesday, October 22, 2013

10-9-13, Happy Birthday to Me!!

susah tul kalau terlebih rajin sgt nih, citer awal bulan lepas baru nk post ari nih.. Hah! ni gmbr masa Bday ai yg ke 42 tahun.. wahh tua dah. Alhamdulillah, YA ALLAH, sesungguhnya ku bersyukur dengan segala yang KAU kurniakan padaku. Moga kami sekeluarga terus bahagia, murah rezeki, moga dipermudahkan segala hari, moga anak2 jadi orang yang berjaya & moga jodohku & suami hingga ke hujung nyawa.. Amin YRA




Ayah belanja makan kt Wangsa Grill, milik Chef Zubir Masterchef tu.. best!, Alhamdulillah.. moga bertambah rezeki, ayah boleh selalu belanja kt sini lagi..
Wangsa Grill baru dibuka pada akhir Aug lalu, sebelum ade satu kt Sect 13, Shah Alam, dengan nama Laman Grill 




 antara menu yang kami order.. baby lamb foreshank & Seafood Cabonara 


antara yang istimewa berlaku pd bday ai ari tu...