pagi2 lagi dah buat ku nangis... Rata-rata hari ni kt FB ramai yang share cerita yang satu ni. Padaku ini boleh dijadikan teladan, panduan malah dicontohi oleh anak-anak zaman sekarang ni.. Anak ini pergi dalam usia yang muda. Arwah Ahmad Ammar Ahmad Azam (20 tahun, lahir pada tahun 1993). Arwah meninggal dunia pada 2 Nov 2013 jam 1.30pm akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya. ☞ Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.
Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.
Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur. Allahummaghfirlahu Warhamhu Wa 'Afihi Wa'fu 'anhu.. Al-fatihah untuk Allahyarham.
*Tengah tunggu novel 'Love Yasmin', kisah blogger remaja yang dinovelkan, meninggal dunia dalam satu kemalangan di Langkawi Jun tahun lepas, Al-fatihah..
Kenali diri sendiri sebelum nak 'low carb '
-
Gambar bawah ni , aku rasa korang pun dah tahu kot ? Sebelum dan selepas
aku jaga pemakanan dengan sebenar benar jaga pemakanan. Tapi ada la gak
tersasar...
Langsir Murah di Sarah Hughes Globe KL
-
Assalamualaikum semua ,
Sale langsir di Sarah Hughes Globe Jalan TAR KL kembali lagi. Kali ni owner
kasik harga sangat sangat best plus kain dia semua m...
RESIPI KEK PAUN OREN
-
Assalammualaikum, salam sejahtera semua. Alhamdulillah, masih diberi
sedikit kerajinan untuk che mat kemas kini blog tiffinbiru ini, walaupun
ini entri p...
Itinerary Trip dan Bajet Krabi 2017
-
Ni memang ramai orang PM nak tahu iternary kat Krabi..
dekat setahun jugak baru ada masa nk upload. sorry.. harap membantu pada
yang nak pergi tu :)
...
I Need BF Advice
-
Hello dearies.. How’s life? Hope everything is going on great. I need to
ask questions to you mommies out there. Have you ever had any experience
where you...
DOA DIKURNIA ANAK SOLEH
-
METRO AHAD 19 FEB 2017 Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w
bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga
perkara: s...
Dance Mom 2015
-
Dance Mom duty starts for 2015!
Chaperoning my baby girl Yna Rose to her Street Jazz - LA Style
Choreography - Ballet - Malay Traditional & Contemporar...
0 comments:
Post a Comment