Bekas akauntan LLM hadapi 81 tuduhan menipu, palsu dokumen
SEPANG 21 Mac - Seorang bekas akauntan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menipu dan memalsukan dokumen melibatkan pemindahan wang bernilai hampir RM1 juta.
Shamsidar Zailan, 35, menghadapi dua tuduhan menipu berhubung pemindahan wang faedah pelaburan LLM dan 79 tuduhan pemalsuan dokumen ketika mengeluarkan cek tunai daripada bank-bank berbeza.
Hakim Norhayati Mohd. Yunus membenarkan ibu kepada dua anak itu dibebaskan dengan jaminan RM200,000 manakala pasport miliknya diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan.
Mahkamah turut membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Kamalia Yahdi agar tertuduh melaporkan diri ke balai polis berhampiran pada minggu pertama setiap bulan.
Kes itu ditetapkan untuk sebutan pada 30 April depan. Tertuduh tidak diwakili peguam bela. - UTUSAN
Tengok berita malam tadi & baca papers pagi nih tentang berita ni, teringat kisah yang sama berlaku pada seseorang yang ku kenal... tapi nasibnya jauh lebih baik, bila dakwaan yang dibuat ditarik balik oleh majikan bila dia berjaya membayar balik duit yang diambil dari syarikat (cara yg sama, tiru tandatangan majikan diatas setiap cheque yg ditunaikan, bukan sekeping dua tau tapi banyak kepingg yang membabitkan amount mungkin bukan 1 juta tp ratusan ribu..). dia diberhentikan serta merta.. Selepas itu rupanya ada lagi amount yang dibuat namun atas budi baik majikannya tu yg ku rasakan memang sangat baik kerana memikirkan masa depan dia, hal itu tidak dipanjangkan. Dia selamat dan teruskan hidup seperti biasa, malah kadang2 ku tengok macam tak ada apa2 pun yang berlaku...
Pada dia yang berkenaan, bertaubat la, mungkin kamu lepas di dunia tapi tidak diakhirat... Jangan diulangi lagi perbuatan ni, kalau diteruskan dan kamu sangkut, mugkin kamu tidak lagi bernasib baik seperti kejadian sebelum nih.. Ingat la yg tersayang, kamu ada keluarga, ada ibu ayah.. jgn kerana nk bermewah kamu membelakangkan halal-haram..
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 199:
“Dan kamu mohonlah keampunan daripada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
6 comments:
saya kenal tertuduh kes di atas. perwatakan beliau di pejabat sangat baik dan pendiam. tapi air yg tenang jgn disangka tiada buaya.
Harap apa yg berlaku di jadikan pengajaran... ni ingatan pd diri sy sendiri & yg lain, walau sebesar dan sebanyak mana pun rezeki yg kita dapat kalau tak disyukuri sampai bila pun ia tak akan mencukupi..
TERTUDUH. Mungkin dia difitnah. Who knows? Allah sahaja yang tahu. And even if she did that, accidentally or purposely, people, you see. They make mistakes.
To Shamsidar Zailan,
You are not the ugly/bad side here. People will talk about you as in they know everything. People will always be people & they will always talk.
And one more thing, we all make mistakes, have struggles, and even regret things in our past. But you are not your mistakes, you are not your struggles, and you are here NOW with the power to shape your day and your future.
All the best, May Allah bless you my Muslim sister.
Tertuduh dah beliau tidak mengaku bersalah. Jangan menuding jari. Ini la masyarakat skrg, suka mengaibkan manusia.
Dan kpd makhluk Allah yang mengatakan menganali beliau dibwh, tolong jangan label orang itu/ini. Saya sangat mengenali beliau. Dijadikan kambing hitam untuk menutup salahlaku orang atasan? Manusia akhir zaman.
As salam.. comment dr yg pertama tu mungkin merujuk pada cerita 'seseorang' yg sy kenali itu. Sedikit sebanyak cerita2 sebegini buat panduan kita... Betul atau salah hanya Allah SWT yang mengetahui.. Moga kita dijauhi dr kezaliman manusia & selalu bahagia dlm lindunganNYA, amin
Post a Comment