Saturday, June 29, 2013

Keadaan cuaca kembali pulih, Alhamdulillah

 Syukur pada Mu, YA, Allah, masalah jerubu kt Malaysia tak berlangsung terlalu lama, lebih kurang seminggu jer.. Anak2 pun dah sekolah seperti biasa setelah cuti tergempar dan cuti ambik sendiri dah abis.. haaa. Keadaan cuaca pun dah bertambah baik, Alhamdulillah... bersyukur kita, dugaan jerubu kali ni tuk tempoh yang singkat jer...

Ni gambar 2 hari lepas (26/6/), balik dari kerja... matahari 5.45petang memancar dengan awan biru putih yang cantik itu, seronok tengok...




compared dengan pemandangan gamba kt bawah ni banyak bezanya kan, Gambar time jerubu, Ahad lepas (23/6/13).. macam suasana kt overseas tp hangat, panas dengan bau asap sentiasa..., rimas kan dengan keadaan yang tak sihat ni tapi walau apa pun ini semua dugaan, hadapi la ia dengan tenang, redho dan sabar... Insyallah semuanya akan OK...  DAAA


Wednesday, June 26, 2013

Syura Juara Masterchef Selebriti Musim Ke Dua



Tahniah di ucapkan pada Syura yg menjadi juara MasterChef  Selebriti Malaysia Musim Kedua, kt Astro malam tadi (mlm tadi bukan live cast so ramai yang dah tau siapa Juara). Syura berjaya menewaskan Celina Khor dengan hidangan mereka yang bertemakan 'Sajian Sehangat Bintang''. 3 Menu untuk 9 orang VVIP kelas pertama dalam penerbangan MAS, AirBus A380.

Dengan kemenangan ini Syura berjaya mengumpul dana  sebanyak RM60,500 (RM10,5000 + extra RM50,000) untuk Breast Cancer Welfare Association. 

tersentuh ai mlm td tgk ucapan kemenangan Syura (tgk dia nangih, ku pun apa lagi kan.....huhhh). Apa yang dia buat ni adalah sesuatu yang amat mulia, satu kebajikan & ibadah sebagai pelaburan untuk di Akhirat kelak.. & niat tuk bawak ibu dia yg sakit sekarang menunaikan ibadat Umrah.. Automatik soalan keluar untuk diri sendiri... ' dah banyak ke Na saham ko untuk Akhirat nanti???"... uuwaaaaa!!!!. 
Bagi ai kemenangan Syura ni (yang memang bukan calon juara) mungkin juga berkat dari air tangan wanita yang menjaga auratnya, tgk la air muka dia tu... sejuk hati..


ni hidangan dari Syura
 Appetizer : Avocado Ketam Berkasih

 Main Course : Sesuci Cinta Syura

Dessert : Salju Hati Merindu

 credit - semua gmbr2 dari facebook MasterChefMalaysia

Friday, June 14, 2013

Drama Teduhan Kasih



Kalau di tanya drama apa yang tgh hot kt tv sekarang.. ni la jawabnya, Teduhan Kasih. Novel dan drama guna tajuk yang sama. Drama kt Slot Akasia, setiap Isnin - Jumaat, Jam 7pm. 
Ingat lagi kali pertama baca cerita ni kt blog (dengan tajuk lain) kalau x silap aku baca akhir tahun 2011... sekali baca, terus jatuh cinta, suka sgt dgn plot ceritanya, suka dengan kelainan yang ada. Tapi masa tu penulis hanya keluarkan hingga belas episod je, yg lain ko kena tunggu la ye Senah sampai buku tu keluar.. saja tau... seksanya menunggu, nak la tau apa jadi ngan Papa Ehsan yang tinggi lagi handsome tu (dlm otak aku lelaki tu mesti tinggi n handsome je ...haha cam biasa..). Akhirnya cetakan pertama buku ni keluar pada Mei 2012.. mengagau mak cik mencarik, mulakan dengan yg dekat dulu, ingatkan Popular Kepong ni tak ade... ade kauu....senyum sampai ke telinga.

Mengisahkan tentang perjalanan hidup Iffa, yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai dugaan setelah mengetahui suami (Ryzal) yang 6 tahun dikahwininya menjalinkan hubungan dengan teman baiknya sendiri (Ayu). Iffa dipaksa mengugurkan kandungannya, tapi dia enggan kerana itu la zuriat yang dinanti dan diharapakan oleh mak Ryzal, yang selama ini tidak merestui perkahwinan Iffa & Ryzal, dek kerana fitnah dan kebencian yang tak pernha padam, dia tetap diceraikan dan dihalau. Bersambung hidup dengan keluarga tirinya, Iffa makin terseksa dan menderita sehingga Allah mempertemukan dia dengan seseorang.....


"Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!" - RYZAL

Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku mengandungkan anaknya, dia melafazkan talak.
Dan ketika aku merasakan aku sudah tiada sispa2 lagi di dunia ini dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. Sekali gus meletakkan aku di tengah2 persimpangan di antara keikhlasan dan kenangan semalam.

"Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini. Hidup abang benar2 kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai sebuah keluarga. Abang tahu pintu hati Iffa tidak akan terbuka untuk mana2 lelaki lagi tapi tolong firkirkan cadangan abang ini" - EHSAN

Aku benar2 terperangkap. Sedangkan lelaki yang aku cintai separuh nyawa juga dengan mudah berlaku curang. Ini kan pula dia, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah bahagia untuk aku dan anakku? Namun aku tahu hanya dengan Ehsan saja kami menumpang teduh.


ni hah..Ehsan tu, gila x cair tengok dia nih..., mmg ADP paling sesuai jadi Papa Ehsan, ouchhh!!



Kesian.. Iffa sedih bila ternampak bekas suaminya dgn isteri barunya, kwn baiknya sendiri..
saat2 bahagia mereka... tapi masa ni Ehsan & Iffa belum lagi diijabkabulkan

 Iffa sedar Ehsan adalah insan yang diaturkan oleh Allah untuk membantunya malah kehidupan Iffa dan Adam merubah setelah hadirnya Ehsan dalam hidup mereka. Iffa juga sedar kelahiran Adam banyak merubah kehidupan Ehsan lebih membuatkan iffa terharu Ehsan mengganggap Adam seperti anaknya sendiri walaupun hakikatnya bukan. Dengan sifat Ehsan yang romantik, ambil berat, manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang dan seterusnya bersetuju untuk berkahwin dengan Ehsan.

kunun2 'suprise!!!' Ayu saja nak tunjukkan kebahagiaan dia dgn Ryzal bila terserempak ngan Iffa ni, tapi sebaliknya dia orang yang lagi terkejut bila tengok Iffa dengan orang kedua terpenting dlm syarikat

Akhirnya mereka bersatu, setelah berbagai usaha Kak Long & Ayu lakukan tuk cuba menghalang perkahwinan mereka berdua... haha 

gambar2- credit to geng2 forum cari & fb

suka bila Ehsan nk gambarkan yang dia juga sukakan Iffa tapi Adam jadikan perantaraan antara mereka...hehe, mcm masa Ehsan mandikan Adam sambil pantun...

 'hujan rintik2 air bergelombg, adam sgt cantik papa sgt sayang...
'hujan rintik2 tumbh daun lalang, mama sgt cantik...papa sgt syg..'

Bab 39 - pg 268-269
"Papa nak bawa mama Adam ke satu tempat paling istimewa. Harap mamam Adam suka". Ehsan pegang tangan comel Adam dan tangan sebelah lagi pegang stereng kereta. Hmmm, kenapa cakap dengan Adam? Adam tak faham apa-apa. Cakap ajelah dengan mama Adam terus. Bukankah senang?

"Mama suka aje. Ke mana pun papa bawa, mama akan suka. Kan Adam? Asalkan ada Adam, ada...." Tinggal sepatah saja lagi perkataan, ayat itu akan menjadi sebuah ayat yang lengkap, tapi aku tidak mampu meneruskannya. Segan!

"Ada papa? Tak gitu Adam?" soal Ehsan. Dia senyum sambil pandand depan. Ah! Adam juga yang jadi mangksa. Nasib sayang lah.

Harap akan tinggalkan kenangan indah juga buat mama Adam. Papa in lelaki yang tak tahu apa-apa. jauh sekali nak jadi lelaki yang romantis seperti idaman mama..." Ehsan bersuara setelah agak lama kami tidak bercakap. Terus aku pandang wajahnya dan senyum. 

"Emmmm, sekarang pun papa adam dah romantis, betul tak Adam?" Aku cakap pada Adam kemudiannya. Kembali menatap wajah Adam dengan perasaan dengan kasih yang tidak terucap lagi. Dialah nyawaku, Syurgaku juga kehudupanku. Sebentar kemudian aku toleh melihat wajah Ehsan semula.
"Oh! ye ke ? sukanya papa..." Ehsan senyum sambil pandang aku. Sesungguhnya aku terlebih suka. Ehsan terus memandu. sepertinya menuju kearah utara. harap jangan ke Langkawi. Aku tidak mahu mengintai sama sekali kenangan di tempat itu. Tidak mahu sama sekali. Cukup menyakitkan hati. Kerana bimbang Ehasan membawa aku ku sana, tergerak mulutku untuk bertanya.


"Abang nak bawa Iffa ke mana ni?" soalku.Tidak mahu berteka - teki terlalu lama.
"Rahsia," jawap Ehsan sambil tersenyum.
"Iffa tak nak pergi langkawi." Terus aku membuat peemintaan.
"Hisy! Tak adalah. Takkan abang nak bawa Iffa ke situ.Hilang ingatan ke abang nak bawa ke tempat yang pernah Iffa pergi bersama bekas suami Iffa," kata Ehsan lagi.


Aku senyum pada Adam,tapi sebenarnya senyuman itu aku hadiahkan untuk Ehsan. Senang hati dengan penjelasan Ehsan. Bermakna dia memahami perasaanku. Ya, sejak mula Ehsan memang cukup memahami.
"Jangan bimbang, abang tak akan buat benda yang akan membuatkan luka Iffa berdarah kembali. Abang nak Iffa gembira selalu dan rasa bahagia bersama abang."
" Setakat ini Iffa memang gembira hidup bersama abang. Iffa rasa selamat. Terima kasih bang, kalau Iffa terlupa ucapkan terima kasih."
"Janganlah macam tu. Kita bukankah sudah menjadi pasangan suami isteri? kenapa harus nak berterima kasih."
Ah! Senangnya mendengar bicara Ehsan. Sambil itu aku pandang juga wajah Ehsan yang tenang. 


Siapa yang ade novel, tau la apa yang berlaku seterusnya tp yang tak ade, tunggu je kt tv. Sekarang kt Tv dah eps 18, semuanya ade 28eps.. tinggal 10 je lagi... alahai.. cepatnya nk abis


ni lagu tema drama Teduhan Kasih - Hanya Aku- Hyper Act
& Angkasa - Setia itu menyakitkan