Wednesday, July 31, 2013

Juadah Berbuka Puasa (Sambungan)

Sebenarnya gambar2 ni ade yang dh letak kat Instagram.. Saja la letak pulak kt blog ni, kira sambungan post mgg lepas tu

 #Day 7 - Ayah nk try ayam golek yg ade kt Param dekat rumah kami, tapi tak sedap mana pun, lagi best makan nasi putih panas dengan lauk singgang sotong nih..  


#Day 8 - Mcm dah lama tak masak cili api, Ayah tolong masakkan gulai Ikan Merah campur Kacang Panjang, sedapp.. makan lak dgn ikan masin gelama


#Day 9 - ni ape yang sempat je, sayur lemak fucuk, goreng bayam, mee goreng & ayah beli ayam golek tapi kali ni ayam golek berempah... sungguh tak sesuai dengan aku..

ni la kuih yang boleh dikatakan dalam seminggu tu 3, 4 kali beli tuk Paan.. suka betul dia.. Putu Bambu World, boleh abis satu bungkus tu.. sorry la Nak, ibu ko tak reti nak buat ni..



 #Day 10 - kami buka kat luar, tempat fav, Alif Seafood kt Sg Kertas.. Masakkan dia semua sedap, harga pun berpatutan

#Day 11 - Ingat lg gulai ikan kembung campur kambas & few dishes lain tp gmbr lupa.. Sahur tu Ibu masak nasi goreng, campur telur n ikan bilis... 

#Day 12 - Adik beradik ayah datang buka sama, siap bukak meja lagi kt belakang .. Menu,  Ibu masak Ayam penyet... hehe percubaan pertama, boleh la.. tp semua cakap sambal tu jadik... heee, suka ibu. Mak Long Ana & Acik Izzah bawak lauk dari rumah. Ade Asam Pedas Ikan Parang, goreng terung & tomyam campur.. Sibuk sangat, gambar pun x sempat..

#Day 13 - lagi buka kt luar, Ibu lambat, ayah lak malas nk masak, penat katanya.. so kami berbuka kt SG curry house, Sri Gombak, fish n chips ni Ibu punya.. Geng yang lain makan grilled chicken chop & nasi hidang

#Day 14 - Masak.. teringin nk makan sambal bilis campur kentang ni. ade lauk lain jugak ni. Ari ni jugak dapat sambal hitam or sambal belimbing hitam yg ibu order kt kawan, org Pahang.. sedap sambal ni, buat makan waktu sahur.. RM5 satu tupperware, order 4, free satu..hehe  Thanks Nabila! 

#Day 15 & 16 - Haa dah tak ingat makan ape tp yg pastinya nasi lah, dgn sambal itam jugak...

 #Day17 - Nasi Lemak rendang Ayam (beli kat pasar malam rumah lama)


 #Day 18 - Kami balik Monceh, so seperti selalu MIL mesti masak maman, gaul ngan daging




 #Day 19 - rajin sunguh la ari ni, sampai je dari kg, terus cari bahan2 nak buat nasi lemak, ayam rempah & sambal sotong.. beria anak2 makan, suka ibu tgk


 #Day 20 - kami pi try Nandos yg baru bukak kt Gombak Prima.. Ayah suka coz Nandos dah gantikan  Restoran Sekinchan yang dah kami pangkah tu.. hahaha.. agaknya ramai jugak yg tak suka rest tu sampai kena tutup pulak.. heee



#Day 21 - ni menu petang semalam, kali pertama buka without nasi, masak Mee Kari.. 

Friday, July 26, 2013

Salam Nuzul Quran



Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraanMalaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Thursday, July 25, 2013

Fadhilat Surah Al Falaq



Fadhilat Surah Al Falaq

Siti Aisyah menerangkan: "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan ke seluruh tubuh dan kepala. 

Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.

Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali."

Sumber: Ensaiklopedia Petua Melayu Lama

Petua Berjimat


Petua Berjimat Untuk Orang Yang Boros

1. Rancang Perbelanjaan – Semasa awal dapat gaji, asingkan duit anda untuk bayar rumah, kereta dan bil-bil terdahulu. Baki selebihnya baharulah anda rancang untuk perbelanjaan lain, menabung atau membeli-belahg. Jika anda ingin beli barang dapur, senaraikan barangan yang perlu dibeli. Ini untuk menggelakkan anda berbelanja lebih dengan barang yang tidak diperlukan.

2. Ukur Baju di Badan Sendiri - Berbelanjalah dengan bijak. Kalau anda baharu mula kerja, janganlah berbelanja seperti orang yang sudah lama bekerja dan bergaji besar. Sendiri juga yang susah nanti. Belanja jangan terlalu ikutkan nafsu dan jangan berniat untuk menunjuk-nunjuk.

3. Menabung - Menabung digalakkan untuk semua peringkat umur. Kalau anak-anak disuruh menabung tetapi ibu bapa sendiri tidak menabung bukan ke seperti ketam mengajar anak berjalan lurus? Menabung tidak semestinya anda kena simpan 100% gaji anda, 10 % atau 20% daripada gaji anda pun sudah memadai. Semuanya untuk masa akan datang yang anda sendiri tidak tahu apa akan berlaku kelak.
4. Elakkan Berhutang - Elakkan berhutang tidak kiralah sama ada dengan bank ataupun dengan orang, lagi-lagi hutang dengan Along. Jika anda sudah mula berhutung, sukar untuk anda keluar dari keselesaan yang sementara itu. Jadi, hidup dan belanja seadanya. Jangan disebabkan keselesaan yang sementara itu anda terduduk satu hari nanti.

5. Kawal Nafsu Makan - Zaman sekarang rata-rata orang habis duit hanya untuk makan. Boleh dikatakan 50% daripada gaji akan digunakan untuk makan sahaja. Untuk mengelakkannya daripada berlaku, kawal nafsu makan anda, bawa bekal ke tempat kerja dan kurangkan makan di luar. Apa salahnya kalau anda rasa masakan sendiri di rumah. Pasti lebih menjimatkan.

6. Kurangkan Penggunaan Kereta - Ini bermakna guna kereta bila betul-betul diperlukan seperti untuk ke tempat kerja, cuaca yang tidak mengizinkan dan juga perjalanan yang jauh. Seperti yang kita semua tahu, harga minyak semakin mahal, keadaan di jalan raya juga masih sesak dan itu salah satu punca minyak cepat habis macam minum air. Jadi, untuk perjalanan yang dekat dan tidak memerlukan anda membawa kereta, tidak perlulah anda bawa. Di situ pun anda sudah jimat. Gunakan kenderaan awam atau motosikal bagi jarak perjalanan yang singkat.


gmba kartun kt bwh ni pun petua berjimat jugak ke?


Tuesday, July 16, 2013

Juadah Berbuka Puasa

sekejap je, ari ni dah tujuh hari kita berpuasa, Alhamdulillah & tahniah tuk budak berdua tu, setakat ni tak banyak drama swasta yang dia orang buat, hehe.. Paan pun tak de lagi buat drama air mata dia tu, so far, apa saja yang Ibu masak or Ayah beli, dia orang makan jer, cuma kdg2 merengek nk pi Bazar Ramadhan yang Ayah asik complain ntah apa-apa.. Abang besar pun senang, makan, janji ade nasi & lauk.... Ibu masak apa yang sempat je, nasib Ayah ade menolong, kalau tak rasanya dah masuk Isyak pun x dpt buka lagi.. tau2 la jem jalan bulan puasa ni, luar biasa jemnya, selalu abis office kul 5.30, kul 6.00 dah terpacak kt rumah, bulan puasa ni, jgn harap...

Ni la yang ibu or ayah masak dlm seminggu puasa ni...
 Day 1 - gulai udang campur kacang panjang, tumis bayam campur fish cake, sambal gesek, ulam timun & kuih-muih

 Day 2 - Kari ayam campur kentang, goreng bayam ngan fish cake pulak & tembikai

 Day 3 - kita orang buka kt luar sempena bday Paan, byk la makanan tp x ambik gambo.. ni  je yg sempat, cheese cake.. yummy!

 Day 4 - sup tulang & lauk apa lagi ek, lupa la.. wing goreng kicap ni lauk sahur


 Day 5 - hah ari ni byk lauk, sempena hari ahad... dgn bekal yg MIL kirimkan dari kg

 pas tu teruskan niat nak buat mee hailam.. & khas tuk Ayah, tauhu sumbat..


Day 6 - kari ikan merah campur bendir, goreng taugeh campur kucai...& dgn kuih muih n agar2 dari bazar

Friday, July 12, 2013

Happy 11th Birthday to Muhammad Farhan

Ni bday cake Paan,  tempah dari jiran dekat rumah, cup cake dengan segala aisin, menunaikan hajat dia nak bersedekah kat budak2 class dia, 5 Adil, Sek KAFA. Disebabkan tahun ni bday An jatuh hari ketiga bulan Ramadhan, so sessi menjamu selera dengan cup cake ni dipercepatkan la, sehari sebelum puasa, 9 July yang lepas..

Kepada anak ibu, Muhammad Farhan, ibu sentiasa doakan An jadi anak yang soleh, yang menghormati ibu bapa, yang selalu murah rezekinya, yang selalu berjaya dalam pelajaran dan seterusnya dalam hidupnya, Amin

Wednesday, July 10, 2013

Selamat Menyambut Ramadhan 1434H

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak, 1434H.. moga puasa dan amalan kita kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.. amin. Harapan besar tahun ni, anak2ku berdua tu dapat berpuasa penuh, kuat dan tabah tempuhi dugaan hari2 puasa dengan keadaan bersekolah pagi dan petang.. Moga Allah SWT mempermudahkan segalanya.. Amin






Tuesday, July 9, 2013

Majlis Pertunangan Khalil - 7/7/13- Part 2

7 dulang hantaran dari pihak perempuan








 ooppss... terselit lak gmbr couple 'setia ke hujung nyawa' ni...hehehe, Insyallah & Amin










 second last cucu mak/abah aku yang sangat la tak nak kt orang... atas dokong jer, Khodijah, tp ai panggil dia Kathy (hehehe marah mak dia...)