1. Rancang Perbelanjaan – Semasa awal dapat gaji, asingkan duit anda untuk bayar rumah, kereta dan bil-bil terdahulu. Baki selebihnya baharulah anda rancang untuk perbelanjaan lain, menabung atau membeli-belahg. Jika anda ingin beli barang dapur, senaraikan barangan yang perlu dibeli. Ini untuk menggelakkan anda berbelanja lebih dengan barang yang tidak diperlukan.
2. Ukur Baju di Badan Sendiri - Berbelanjalah dengan bijak. Kalau anda baharu mula kerja, janganlah berbelanja seperti orang yang sudah lama bekerja dan bergaji besar. Sendiri juga yang susah nanti. Belanja jangan terlalu ikutkan nafsu dan jangan berniat untuk menunjuk-nunjuk.
3. Menabung - Menabung digalakkan untuk semua peringkat umur. Kalau anak-anak disuruh menabung tetapi ibu bapa sendiri tidak menabung bukan ke seperti ketam mengajar anak berjalan lurus? Menabung tidak semestinya anda kena simpan 100% gaji anda, 10 % atau 20% daripada gaji anda pun sudah memadai. Semuanya untuk masa akan datang yang anda sendiri tidak tahu apa akan berlaku kelak.
4. Elakkan Berhutang - Elakkan berhutang tidak kiralah sama ada dengan bank ataupun dengan orang, lagi-lagi hutang dengan Along. Jika anda sudah mula berhutung, sukar untuk anda keluar dari keselesaan yang sementara itu. Jadi, hidup dan belanja seadanya. Jangan disebabkan keselesaan yang sementara itu anda terduduk satu hari nanti.
5. Kawal Nafsu Makan - Zaman sekarang rata-rata orang habis duit hanya untuk makan. Boleh dikatakan 50% daripada gaji akan digunakan untuk makan sahaja. Untuk mengelakkannya daripada berlaku, kawal nafsu makan anda, bawa bekal ke tempat kerja dan kurangkan makan di luar. Apa salahnya kalau anda rasa masakan sendiri di rumah. Pasti lebih menjimatkan.
6. Kurangkan Penggunaan Kereta - Ini bermakna guna kereta bila betul-betul diperlukan seperti untuk ke tempat kerja, cuaca yang tidak mengizinkan dan juga perjalanan yang jauh. Seperti yang kita semua tahu, harga minyak semakin mahal, keadaan di jalan raya juga masih sesak dan itu salah satu punca minyak cepat habis macam minum air. Jadi, untuk perjalanan yang dekat dan tidak memerlukan anda membawa kereta, tidak perlulah anda bawa. Di situ pun anda sudah jimat. Gunakan kenderaan awam atau motosikal bagi jarak perjalanan yang singkat.
gmba kartun kt bwh ni pun petua berjimat jugak ke?
0 comments:
Post a Comment