Thursday, July 28, 2011

Daun Belalai Gajah merawat penyakit kanser


Sejak2 Angah tak sihat ni, rajin lak aku menggogle citer2 daun2 herbs nih, yang baik untuk rawatan penyakit kanser. Salah satunya daun ni. Ramai yang kata, daun belalai gajah/ Sabah Snake Grass boleh membantu menyembuhkan penyakit kanser (sesungguhnya Allah SWT saja yang menyembuhkan kita).  


pokok daun belalai gajah


Daun belalai gajah ni famous kt telinga aku, bila dengar kawan anak Angah aku (Farah gf si  Khalil) bercerita macam mana mak dia,  Alhamdulillah, makin sihat setelah amalkan makan daun ni. Mak Farah ade breast cancer stage 4, macam2 rawatan termasuk kimo dah di lakukan, hingga ade yang mencadangkan mak dia makan daun ni.(Kimo pun dah stop)  Mula-mula tu biasala la kan (alah bisa, tegal biasa), daun ni pahit. Mula-mula cara memakannya, daun ni dibuat jus (minum pagi dan malam), tapi sekarang, mak Farah dah boleh kunyah macam tu jer (buat macam ulam, namun tak boleh ditolak ngan air, ok.. tunggu lepas 10/15 minit baru boleh minum air). Suka aku tengok muka seorang anak (muka dia ceria, bersungguh-sungguh cerita "mak saya makin sihat sekarang, banyak sangat perubahan")...  yang mengharapkan seorang mak yang melahirkannya, terus sihat Moga Mak Farah semakin dan terus sihat. Insyallah dan Amin... begitu jugak untuk Angah aku...


Ada satu web ni, Taman Herba Tropika YPL, ade buat penanaman secara komersial daun belalai gajah ni dan daun-daun lain yang sewaktu denganya. Actually anak buah aku pun datang beli kat sini, kt Jalan Kuala Klawang (Jelebu). Pantai, NS.. ikut jer highway LEKAS tu. Nak tau lebih lanjut klik HERE, macam mana nk ke sana pun, ade di tunjukkan.



100 helai daun belalai gajah
                     belah sebiji apple hijau (buang biji)                                  perahan lemon (separuh biji)

Related web kt atas tu, ade ditunjukkan cara-cara buat jus daun belalai gajah:-
1. Basuh 100 helai Daun Belalai Gajah.


2. Cuci dan belah sebiji epal hijau. Buang bijinya.

3. Perahkan 1/2 buah lemon dan ambil jusnya. Masukkan semuanya ke dalam blender. 


4. Tuangkan segelas air ke dalammesin pengisar (blender).


5. Mengisar (blend) kandungan dalam mesin pengisar (blender) dan minum terus, sekali
sebelum sarapan pagi dan sekali lagi pada waktu malam.

Mungkin ade yang nak mencuba...

Moga kita terus TABAH dengan segala DUGAAN HIDUP, jangan sesekali mengeluh dengan KetentuanNYA..

Tuesday, July 26, 2011

Kenduri cukur rambut & Aqiqah Najla

Sebelum criter lebih lanjut, update sikit pasal Angah. Semalam (25/7/11) doc buat 'tapping' kt angah untuk keluarkan air yang makin banyak dalam perut dia, sebelum ni doc merasakan terlalu berisiko jika 'tapping' di buat, namun sesuatu harus dilakukan dan hasilnya berjaya (semalam dah keluarkan 1 liter). Hari ini (26/7/11) doc nak cuba keluarkan satu liter lagi tp tekanan darah Angah rendah hari ni. Kena pantau dulu, harap2 boleh la doc keluarkan 1 liter air lagi dari dlm perut dia tu... tak ade la membesar sangat... kesian dia. Harap perut Angah kian surut (Alhamdulillah, sakit menyucuk-cucuk tu dah tak ada lagi).. harap dia makin sihat (harap berselera makan semula). Mungkin esok dia dibenarkan pulang. Secepat mungkin jugak aku akan pergi tengok dia. 

kenduri si comel Najla ni pada 10 July 2011..




 kakak Mia (the best kakak tuk sepupu kecik2 dia tu...) 

kumpulan marhaban



alolo.. sian Najla... rimas dia, macam2 orang buat kat dia..
 pelik dia... la ni Najla dah nak masuk 6 bulan...
 mata.. bulat!


 ni antara juadah... sebenarnya skrg kt kampun jugak, kalau ade kenduri kendara dah tak ade berhidang-hidang macam ni... semuanya makan ala-buffet, tapi yg kat bawah ni special tuk tuk-tuk n wan-wan yang dah tua2 tu... ( x best la kan nak suh dia orang pi beratur ambik makanan...). Menu best ari tu rendang maman campur ikan bilih, acar , ayam berempah n of kos kari kambing...


abang ni memang suka balik kampung...  

 nape ntah.. mata sepet lak.. (tapi skrg mmg lebih banyak nangis dari gelak...)

 Najla ngan kakak Aliah.. (beza tau dua beradik ni... Aliah skrg form 4)
 Najla denga mak dia (my eldest biras la tu, tua setahun jer dari aku)


Tuesday, July 19, 2011

ungu-percaya padaku[HD] video clip


Dah dua tiga kali gak dengar lagu ni... suka dengan liriknya.... buat aku teringat kt abg ipar aku, cara dia layan dan jaga Angah... memang tersentuh... lagu ni khas utk En Kamal Malik... (walaupun dia x penah baca pun blog ni..hehe) 



aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu

seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu

reff:
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

Saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)

agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku

repeat reff
tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu

repeat reff
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

Angah aku update 18/7/11

Hari ni tak kerja... MK dah janji semalam (17/7/11) dengan Ustaz Usop kat Ampang tu nak ambik dia bawak ke Puchong. Aku ngan Damia pun ikut, Daus ngan An sekolah... Sampai rumah Angah dah hampir 12.00pm. Naik atas, tengok Angah... dia tengah berbual dengan sedara mara belah Abg Kamal yang datang... keluarga belah Perlis (Mak, adik beradik Abang Kamal) pun datang semalam. Nampak Angah macam tak lemah sangat macam semalam. Dah boleh berborak-borak nampaknya. Tapi perut tetap macam tu, namun sakit menyucuk tu dah berkurangan. Tengok anak mata, badan2 tetap kuning, belum berkurangan lagi nampaknya. Hari ni dia banyak pergi toilet (baik untuk kurangkan angin dalam badan dia tu... along la cakap..)


Ustaz Usop mengubat lama la jugak... Hampir jam 3.30pm baru selesai. Doa di pinta... mintak Angah semakin sembuh.. teringat lak org tua2 suka cakap... "penyakit ni kalau dia nak datang macam ribut... kalau dia nak pergi macam somut..." macam betul la jugak kan... tapi tak pe, nampaknya setiap dari kami berusaha, menolong mengubati (sekurang-kurangnya doa) apa yang di tanggung Angah. Moga dia cepat sembuh


Semoga kesihatan Angah lebih baik dari semalam. Doa-doa, bacaan yassin, solat tahajud, solat hajat mengiringi... Mak Abah Wan dan kami adik beradik malah semua orang yang kenal dia, nak dia sembuh seperti selalu. AMIN

Lailahaila anta subhanaka inni kuntu minazolimin...

Sunday, July 17, 2011

Angah aku - update 17/7/11

Dari semalam memang hari kelam kabut bagi semua orang terutama adik beradik aku. Semua ke Puchong, angah semakin tak sihat. Jumaat lepas dah start badan dan matanya naik kuning. buat kami makin risau, makin susah hati terutama mak abah aku dan jugak tentunya abang ipar aku. Mak, abah, uwan (mak pada mak aku), adik beradik, malah abang dari Penang pun balik sini.

Semalam mungkin yang paling teruk keadaan dia. Dengan perut yang besar, mata yang makin susah nak di buka, dia mengalami sakit yang teramat, yang susah nak di gambarkan dengan perkataan. Along aku cakap keadaan angah memang membimbangkan, penyakit nya (sel kanser)  dah mula merebak ke organ-organ yang lain dalam badan, dan kini ke hati (dua hari berumahtangga kt Puchong... memang aku tengok satu-satu... memang nampak sangat dalam matanya dah kuning, tangan malah cuping telinga pun dah menguning. Semalam kami pujuk dia ke hospital tapi dia tak nak (atau mungkin pihak hospital tak boleh buat apa-apa, setengah dari kami yang mahir dalam bidang perubatan berpendapat).

Dari semalam tak berenti sedara mara datang menziarah, malah baru sebentar tadi kami buat (dekat dengan dia) bacaan yasin. Moga sakitnya dapat dikurangkan. Usaha kami masih lagi tebal. Insyallah, kau berkati la usaha kami ni YA ALLAH. Kau sembuhkan la Angah aku YA ALLAH. Pada telinga dia kami bisikan jangan kau lupa ALLAH, zikir banyak2, ingatkan DIA. Air mata kami memang tak berenti mengalir, sedih, hiba, bimbang, susah hati, semuanya bercampur.

salah satu usaha dari aku dan MK (Selain usaha dari adik beradik yang lain), tadi MK dapat jumpa Ustaz Usop dari Ampang tu. Alhamdulillah dia belum balik kampung lagi. Esok MK akan jemput Ustaz Usop untuk datang ke Puchong, tengok sendiri keadaan Angah. Moga segala urusan  di permudahkan Allah SWT.. amin

Friday, July 15, 2011

Angah aku

Apa nak cerita ek... ermm, lately ni mcm x sempat nk mengupload cerita and gmbr kat sini. Cerita ade, gambar pun banyak cuma kadang2 masa terhad... (ye ke? iya la.. tapi lebih pada SUSAH HATI sebenarnya..). Kat office, senior aku tu (si kakak tua tu...hehehe) cuti 2 minggu, katanya pi bercuti ke Northern Europe, ye la, orang banyak duit, rumah, shop lots belambak-lambak (wakakaka... jelez tuh)... separuh dari kerja dia aku kena buat di tambah dengan kerja aku yang tersedia ade (bonus ko separuh bagi kt aku leh tak????), so extra sibuk la dari biasa.


Kat rumah pulak, dimaklumkan seperti biasa la kan... menjadi surirumahtangga lopeh waktu kojo memang ponek, tapi tak ape, biasa dah... (dengan mulut sekali kojo... suh anak2 tolong buek tu, buek ni...hehehe). tapi selain tu...........sekarang ni family belah aku berada dalam keadaan susah hati sikit sekarang ni, dengan keadaan kesihatan Angah aku yang tak berapa baik sekarang nih... sekarang ni dia dalam proses berubat (spital dan mana2 yang dirasakan baik). Sayu sebenarnya menengok kan keadaan dia sekarang tapi ye la, sebagai makhlukNYA, kita harus terima dan redho dengan segala ketentuanNYA, dengan segala ujian dan dugaan dariNYA, yang penting, jangan mengalah dan terus berusaha walaupun aku tengok dia makin tak bermaya...


Angah aku pada mulanya selalu sakit perut, selalu berulang alik kt HUKM specialist tingkat 7 tu, buat rawatan. Bulan Feb tahun ni, dia ade buat operation (sebelumnya doc cuma nak masukkan camera jer nak tengok ade apa....) tapi doctor jumpa ketulan dalam perut dia, doctor cuba buang ketulan itu tapi ia terlalu berisiko tinggi kerana terlalu dekat dengan hati...Operation sekadar macam belah dan tengok aje. 


Banyak kajian dan pemeriksaan di lakukan terhadap Angah, doktor telah mengesahkan ade sel-sel kanser dalam perut (badan)  dia yang mungkin makin menular... Few months dari operation tu, Angah mula kembali ke hospital, segala macam konsultansi, ubat di beri... sampai satu tahap doktor suruh Angah buat KIMO... tapi Angah aku tak nak... dia TAKUT... so penukarannya... dia kena ambik ubat-ubat yang bukan saja pada aku tapi jugak pada dia, ubat ni memang sangat kuat...


Keadaan perut dia makin lama makin membesar, kaki jugak makin membengkak... perut sakit...mencucuk-cucuk... selain dari ubat hospital, kami jugak bawak dia pergi mana-mana ustaz yang kami tau... sehingga ke Muar.. dan ade dua dari Puchong... tapi macam tak ok. Angah jugak ade masuk wad semula untuk keluarkan air dari kaki yang menbengkak tu (kaki dah ok, x bengkak dah)... dalam perut jugak penuh dengan air, tapi doktor tak berani nak keluarkan air tu, berisiko tinggi katanya ...  due to dia yang baru buat operation...


Aku dan MK cuba jugak membantu... 26/6/11 - kami ade pergi pada sorang Ustaz Usop (Makrifat) ni kt Ampang... (pernah pergi dulu-dulu esp masa business MK bermasalah)  Ustaz tu cakap perut dia memang penuh dengan air...  Dia bagi nasihat dan cara apa yang patut di buat (kami pi 4 beranak jer... Angah tak pergi) tapi lepas seminggu, Angah sendiri cakap terasa ada perubahan (perut, w/pun x byk tapi ade beransur surut..)  lepas dia alin kan telur dan minum air dari ustaz tu... tapi bak kata MK, kalau kita nak berubat ni memang ade banyak halangan dan dugaan tu... Nak folow up dengan ustaz tu lagi, MUNGKIN dia dah pindah balik kg kt Perak...(masa pi 26/6/ tu dia ckp 2 minggu lagi saya nak balik kg dh ni, terus duduk kat sana, buat rumah ngan tanah yang ade...... no tel yang ade, macam dah tak boleh dihubungi....). Ermmmm... namun usaha akan tetap di teruskan. (Sabtu ni rasa nk pi Ampang, tengok Ustaz Usop tu dah pindah ke belum...hehe)


Lepas 2 minggu ni, Angah mula sakit semula... selera makan langsung tak ade... mulut dia mulanya banyak pecah2 (ulser) tapi dah ok, dah boleh makan tapi... selera terus kurang.. badan makin kurus... muka makin pucat, jari-jari tangan, jari-jari kaki dan tapak kaki  semua dah menghitam kesan dari ubat yg diambik itu.. Hiba rasanya tengok dia macam tu, siapa yang kenal dia, tau sifat dan sikapnya yang bagaimana... seorang yang riuh rendah, banyak cakap, banyak gelak...hu..hu..aku dah rasa 'kehilangan' tu.. walaupun dia belum lagi 'hilang'...


Minggu ni dari 11/7 till 13/7 kami cuba pula berubat dekat Selayang. Kawan rapat MK yang cadangkan.. Turun kereta tengok dia berpapah... (anak2 Angah, 2 orang tu (Khalil n Khailily) tak pernah lekang ngan maknya... mana ajer pergi berubat, dia orang mesti ikut... cuma adik (Khailily) ade cakap..."kadang2 kalau mak sakit sangat, adik ponteng, tak pergi sekolah pun, ayah call cikgu bagitahu"... hu..hu.. sian..., Abang (Khalil) pulak sekarang nasib kolej nya memang tengah cuti sebulan, boleh tolong jaga mak  masa ayah kerja n adik sekolah  ) Tengok lagi dengan keadaannya... meruntun hati ini, sungguh.. sampaikan cakap pun sepatah-patah...  tak larat sungguh nengoknya..

masa singgah rumah 11/7 - suruh gak dia makan sebab semalamnya ade bawak rendang maman dari kg Monceh (balik kg MK, ade kenduri cukur rambut n Aqiqah anak buah MK).. dia makan, tapi tak sampai suku pun..


Malam pertama berubat (11/7) ... menangih-nangih dek sakit sangat kata dia.. aku pun nangih, dah la Angah memang tak boleh nak duduk kt bawah dengan perutnya yang membuncit tu...  tapi bila ustaz yang ni buat nak kena duduk kt bawah sambil berlunjur... tawarkan air dan minyak yang boleh di sapu kt perut.


12/7 - Abg Kamal (abg iparku) call MK, ajak pi lagi rumah ustaz tu... Angah rasa sakit sungguh dari semalam... dia orang pergi ngan MK,  dah lewat dekat kul 10.30pm... aku n anak2 tak ikut. MK cakap waktu ni ustaz tu ubatkan Angah lama sikit... pagi tu MK call abang ipar, cakap macam ade kurang..


13/7 - Ni dah tiga malam (yang aku perasan malam ketiga... tengok kakinya macam dah ringan bila berjalan...) tapi tang perut tetap macam tu... susah sikit nak duduk.. tp bila kita dh bangunkan dia, dia dah boleh melangkah.. ringan sikit kaki tu melangkah... Malam yang ni ustaz tu tawarkan tiga daun ni (daun mengkudu... 2 lagi daun tu, tak ingat aku...) yang di blender halus, sebelum tidur pupukkan kat perut.

Skrg selalu keep in touch ngan abg ipar or anak2 dia jer bila nak tanya keadaan Angah... tak call Angah pun, sian pulak dia nk kena bercakap banyak kan.. penat lak. Hari ni tanya adik, cakap macam ade kurangnya.. Harap-harap banyak la kurangnya terutama yang perut tu, mintak-mintak cepat la surut... Insyallah Angah... ko akan baik, kena yakin, kena banyak usaha (walaupun kadang2 ko macam dah boring)...INSYALLAH...
gambar angah dengan anak abang lang aku, gambar akhir tahun lepas... sungguh banyak bezanya dengan sekarang...

Wednesday, July 13, 2011

Happy 9th Birthday to Muhammad Farhan



Sempena birthday Farhan tahun ni, buat kt sekolah KAFA... waktu rehat menjamu kawan-kawan sekelas. Cake n jajan yg macam2... semalam, tp satu gambar pun x ambik, kelam kabut sikit sebab nak bawak Angah aku pi berubat kat Selayang...

to Muhammad Farhan - happy 9th birthday, Ibu sayang An, moga jadi anak yang soleh dan bijak, jangan selalu sangat hilangkan barang ye...hehe

to Angah An - selagi ade kudrat kita usaha ye, moga ko terus kuat..(walaupun aku tengok ko makin lemah).. moga Allah dengar rintihan dan doa kita ini, Insyallah dengan izin NYA ko akan sembuh... AMIN