Sunday, July 17, 2011

Angah aku - update 17/7/11

Dari semalam memang hari kelam kabut bagi semua orang terutama adik beradik aku. Semua ke Puchong, angah semakin tak sihat. Jumaat lepas dah start badan dan matanya naik kuning. buat kami makin risau, makin susah hati terutama mak abah aku dan jugak tentunya abang ipar aku. Mak, abah, uwan (mak pada mak aku), adik beradik, malah abang dari Penang pun balik sini.

Semalam mungkin yang paling teruk keadaan dia. Dengan perut yang besar, mata yang makin susah nak di buka, dia mengalami sakit yang teramat, yang susah nak di gambarkan dengan perkataan. Along aku cakap keadaan angah memang membimbangkan, penyakit nya (sel kanser)  dah mula merebak ke organ-organ yang lain dalam badan, dan kini ke hati (dua hari berumahtangga kt Puchong... memang aku tengok satu-satu... memang nampak sangat dalam matanya dah kuning, tangan malah cuping telinga pun dah menguning. Semalam kami pujuk dia ke hospital tapi dia tak nak (atau mungkin pihak hospital tak boleh buat apa-apa, setengah dari kami yang mahir dalam bidang perubatan berpendapat).

Dari semalam tak berenti sedara mara datang menziarah, malah baru sebentar tadi kami buat (dekat dengan dia) bacaan yasin. Moga sakitnya dapat dikurangkan. Usaha kami masih lagi tebal. Insyallah, kau berkati la usaha kami ni YA ALLAH. Kau sembuhkan la Angah aku YA ALLAH. Pada telinga dia kami bisikan jangan kau lupa ALLAH, zikir banyak2, ingatkan DIA. Air mata kami memang tak berenti mengalir, sedih, hiba, bimbang, susah hati, semuanya bercampur.

salah satu usaha dari aku dan MK (Selain usaha dari adik beradik yang lain), tadi MK dapat jumpa Ustaz Usop dari Ampang tu. Alhamdulillah dia belum balik kampung lagi. Esok MK akan jemput Ustaz Usop untuk datang ke Puchong, tengok sendiri keadaan Angah. Moga segala urusan  di permudahkan Allah SWT.. amin

0 comments: