Apa nak cerita ek... ermm, lately ni mcm x sempat nk mengupload cerita and gmbr kat sini. Cerita ade, gambar pun banyak cuma kadang2 masa terhad... (ye ke? iya la.. tapi lebih pada SUSAH HATI sebenarnya..). Kat office, senior aku tu (si kakak tua tu...hehehe) cuti 2 minggu, katanya pi bercuti ke Northern Europe, ye la, orang banyak duit, rumah, shop lots belambak-lambak (wakakaka... jelez tuh)... separuh dari kerja dia aku kena buat di tambah dengan kerja aku yang tersedia ade (bonus ko separuh bagi kt aku leh tak????), so extra sibuk la dari biasa.
Kat rumah pulak, dimaklumkan seperti biasa la kan... menjadi surirumahtangga lopeh waktu kojo memang ponek, tapi tak ape, biasa dah... (dengan mulut sekali kojo... suh anak2 tolong buek tu, buek ni...hehehe). tapi selain tu...........sekarang ni family belah aku berada dalam keadaan susah hati sikit sekarang ni, dengan keadaan kesihatan Angah aku yang tak berapa baik sekarang nih... sekarang ni dia dalam proses berubat (spital dan mana2 yang dirasakan baik). Sayu sebenarnya menengok kan keadaan dia sekarang tapi ye la, sebagai makhlukNYA, kita harus terima dan redho dengan segala ketentuanNYA, dengan segala ujian dan dugaan dariNYA, yang penting, jangan mengalah dan terus berusaha walaupun aku tengok dia makin tak bermaya...
Angah aku pada mulanya selalu sakit perut, selalu berulang alik kt HUKM specialist tingkat 7 tu, buat rawatan. Bulan Feb tahun ni, dia ade buat operation (sebelumnya doc cuma nak masukkan camera jer nak tengok ade apa....) tapi doctor jumpa ketulan dalam perut dia, doctor cuba buang ketulan itu tapi ia terlalu berisiko tinggi kerana terlalu dekat dengan hati...Operation sekadar macam belah dan tengok aje.
Banyak kajian dan pemeriksaan di lakukan terhadap Angah, doktor telah mengesahkan ade sel-sel kanser dalam perut (badan) dia yang mungkin makin menular... Few months dari operation tu, Angah mula kembali ke hospital, segala macam konsultansi, ubat di beri... sampai satu tahap doktor suruh Angah buat KIMO... tapi Angah aku tak nak... dia TAKUT... so penukarannya... dia kena ambik ubat-ubat yang bukan saja pada aku tapi jugak pada dia, ubat ni memang sangat kuat...
Keadaan perut dia makin lama makin membesar, kaki jugak makin membengkak... perut sakit...mencucuk-cucuk... selain dari ubat hospital, kami jugak bawak dia pergi mana-mana ustaz yang kami tau... sehingga ke Muar.. dan ade dua dari Puchong... tapi macam tak ok. Angah jugak ade masuk wad semula untuk keluarkan air dari kaki yang menbengkak tu (kaki dah ok, x bengkak dah)... dalam perut jugak penuh dengan air, tapi doktor tak berani nak keluarkan air tu, berisiko tinggi katanya ... due to dia yang baru buat operation...
Aku dan MK cuba jugak membantu... 26/6/11 - kami ade pergi pada sorang Ustaz Usop (Makrifat) ni kt Ampang... (pernah pergi dulu-dulu esp masa business MK bermasalah) Ustaz tu cakap perut dia memang penuh dengan air... Dia bagi nasihat dan cara apa yang patut di buat (kami pi 4 beranak jer... Angah tak pergi) tapi lepas seminggu, Angah sendiri cakap terasa ada perubahan (perut, w/pun x byk tapi ade beransur surut..) lepas dia alin kan telur dan minum air dari ustaz tu... tapi bak kata MK, kalau kita nak berubat ni memang ade banyak halangan dan dugaan tu... Nak folow up dengan ustaz tu lagi, MUNGKIN dia dah pindah balik kg kt Perak...(masa pi 26/6/ tu dia ckp 2 minggu lagi saya nak balik kg dh ni, terus duduk kat sana, buat rumah ngan tanah yang ade...... no tel yang ade, macam dah tak boleh dihubungi....). Ermmmm... namun usaha akan tetap di teruskan. (Sabtu ni rasa nk pi Ampang, tengok Ustaz Usop tu dah pindah ke belum...hehe)
Lepas 2 minggu ni, Angah mula sakit semula... selera makan langsung tak ade... mulut dia mulanya banyak pecah2 (ulser) tapi dah ok, dah boleh makan tapi... selera terus kurang.. badan makin kurus... muka makin pucat, jari-jari tangan, jari-jari kaki dan tapak kaki semua dah menghitam kesan dari ubat yg diambik itu.. Hiba rasanya tengok dia macam tu, siapa yang kenal dia, tau sifat dan sikapnya yang bagaimana... seorang yang riuh rendah, banyak cakap, banyak gelak...hu..hu..aku dah rasa 'kehilangan' tu.. walaupun dia belum lagi 'hilang'...
Minggu ni dari 11/7 till 13/7 kami cuba pula berubat dekat Selayang. Kawan rapat MK yang cadangkan.. Turun kereta tengok dia berpapah... (anak2 Angah, 2 orang tu (Khalil n Khailily) tak pernah lekang ngan maknya... mana ajer pergi berubat, dia orang mesti ikut... cuma adik (Khailily) ade cakap..."kadang2 kalau mak sakit sangat, adik ponteng, tak pergi sekolah pun, ayah call cikgu bagitahu"... hu..hu.. sian..., Abang (Khalil) pulak sekarang nasib kolej nya memang tengah cuti sebulan, boleh tolong jaga mak masa ayah kerja n adik sekolah ) Tengok lagi dengan keadaannya... meruntun hati ini, sungguh.. sampaikan cakap pun sepatah-patah... tak larat sungguh nengoknya..
masa singgah rumah 11/7 - suruh gak dia makan sebab semalamnya ade bawak rendang maman dari kg Monceh (balik kg MK, ade kenduri cukur rambut n Aqiqah anak buah MK).. dia makan, tapi tak sampai suku pun..
Malam pertama berubat (11/7) ... menangih-nangih dek sakit sangat kata dia.. aku pun nangih, dah la Angah memang tak boleh nak duduk kt bawah dengan perutnya yang membuncit tu... tapi bila ustaz yang ni buat nak kena duduk kt bawah sambil berlunjur... tawarkan air dan minyak yang boleh di sapu kt perut.
12/7 - Abg Kamal (abg iparku) call MK, ajak pi lagi rumah ustaz tu... Angah rasa sakit sungguh dari semalam... dia orang pergi ngan MK, dah lewat dekat kul 10.30pm... aku n anak2 tak ikut. MK cakap waktu ni ustaz tu ubatkan Angah lama sikit... pagi tu MK call abang ipar, cakap macam ade kurang..
13/7 - Ni dah tiga malam (yang aku perasan malam ketiga... tengok kakinya macam dah ringan bila berjalan...) tapi tang perut tetap macam tu... susah sikit nak duduk.. tp bila kita dh bangunkan dia, dia dah boleh melangkah.. ringan sikit kaki tu melangkah... Malam yang ni ustaz tu tawarkan tiga daun ni (daun mengkudu... 2 lagi daun tu, tak ingat aku...) yang di blender halus, sebelum tidur pupukkan kat perut.
Skrg selalu keep in touch ngan abg ipar or anak2 dia jer bila nak tanya keadaan Angah... tak call Angah pun, sian pulak dia nk kena bercakap banyak kan.. penat lak. Hari ni tanya adik, cakap macam ade kurangnya.. Harap-harap banyak la kurangnya terutama yang perut tu, mintak-mintak cepat la surut... Insyallah Angah... ko akan baik, kena yakin, kena banyak usaha (walaupun kadang2 ko macam dah boring)...INSYALLAH...
gambar angah dengan anak abang lang aku, gambar akhir tahun lepas... sungguh banyak bezanya dengan sekarang...
Kali ni berbaloi ke Melaka !
-
Melaka , sebuah negeri yang cukup bersejarah dalam Malaysia. Tapi Melaka ni
adalah negeri ke dua terakhir aku nak pergi selain Johor. Kalau aku nak ke
Jo...
1 day ago
0 comments:
Post a Comment