Sempena sambutan Maulidur Rasul ahad lepas, Farhan masuk acara Nasyid, majlis bertempat kt Masjid Khairiyah, Sri Gombak. Nyanyi dua lagu, satu ciptaan sendiri (murid atau guru) & satu lagi lagu yang tersedia ada di pasaran....lagu Maher Zain, Alhamdulillah versi melayu.
budak2 la katakan, mana nak duduk diam, ntah berapa kali ustazah dia orang duk betulkan samping masing2... manjang londeh jer...hehe
kawan2 Farhan... Furqan & Imran Hakimi... tengok la size masing2... keciknya la anak aku. Tergelak, bila mak masing2 (mak Hakimi & mak Furqon) cakap berat anak2 dia orang sekali dan dua kali ganda dari berat Farhan.... haha.. makan memilih camno nk gemuk. Bila aku tanya mak budak berdua tu, apa yang dia orang makan??? "tolak batu ngan kayu jer... lain sumer on jer"....hahahaha... jangan anak aku, tu tak nak, ni tak makan, pedas sikit tak boleh, panas sikit tak boleh... banyak bona cekadak eh... tapi ade orang ckp anak2 badan kecik ni tunggu dia orang lepas khatan, badan mesti naik.... errrmmmm.. tak tau la kan, Insyallah nak khatankan Farhan cuti sekolah panjang nanti...
antara persembahan dari sekolah lain
kelam kabut sikit dia orang ni, maklum la, dalam masa lima hari je dia orang berlatih...
keputusannya, Sek Keb Tmn Sri Gombak ni dapat tempat kedua... Alhamdulillah
Lepas ni Farhan akan masuk satu lagi pertandingan kat Sek Kafa... satu pertandingan yang ada macam2 dalam tu (nasyid, Azan, Iqomah etc..), An masuk acara solat jenazah... tahun lepas dia masuk Azan (hanya untuk murid 2 dan 3 jer)... so darjah 4 ni dia diserapkan ke acara lain... tapi tak tau lagi bila pertandingan tu akan diadakan. Latihan pun belum mula lagi... tapi apa pun yang Fahan masuk... kami sekeluarga tetap menyokong... moga Farhan jadi anak yang SOLEH...Amin
0 comments:
Post a Comment