Monday, March 26, 2012

Cantek tak??

https://www.facebook.com/asyra.collections 


Dapat dah apa yang aku order akhir January ari tu.... ye la, kena tunggu turn, peh tu bukan senang nak buatnya dimata dan tangan aku yang keras tangan ni... yang mudah kt aku, order, bayar dan dapat...hahaha... syiok tengok, lawo! nak pakai pun sayang... MK cadang "tunggu raya je la u pakai, pakai sekarang, nanti anak2 u buek lap mejo, I tak tau"...sampai hati.... Apo la laki den, tapi betul gak tu, harga pun leh tahan... pakai nanti2 je la ye...


tudung saji yang besar - RM48
2 tudung saji yang kecik - RM60
pemegang fridge tu (2)  - RM35
postage - RM10


so cost aku RM153 tunaiii.... kalau mak aku tau ni mesti dia cakap... "membazir yo, apo salah eh ko  belajar buek"... ermmmm

Happy Monday

hahaha... sian tgk gambo ni, Isnin yang selalu orang kaitkan dengan lemah & lemau, hari yang tak patut ada lepas ahad... ada ke patut.. Isnin la patutnya ceria, lepas dapat rehat 2 hari... (rehat ke?) hehe.. ok! selamat menempuh Isnin untuk kesekian kalinya, moga terus ceria dan bertenaga... Daaa

Saturday, March 17, 2012

Happy Saturday

Happy Saturday! have a wonderful weekend to uollss... kalau rasa tak sihat cepat2 gi jumpa doc k... mcm aku, dua tiga hari ni nape ntah, hati berdebar-debar jer... Moga semuanya baik2 aje, Insyallah & Amin...

Wednesday, March 14, 2012

KL Matta Fair 16-18 Mar 2012

Lagi event yang bakal berlangsung kt KL hujung minggu nie... budak2 ofis ku suka sangat ngan nie..



Matta Fair bukan kt KL jer... kt Negeri2 lain pun ade gak..


List of MATTA State Fairs 2012 as below:
No.
State
Date
Event Name
Venue
1.
SELANGOR
10-12 FEB
5-7 OCT
SMITF
SMITF
Shah Alam Convention Centre (SACC)
Shah Alam Convention Centre (SACC)
2.
JOHOR
2-4 MAR
13-15 JUL
Matta Fair
Matta Fair
Expo Hall @ Danga City Mall, JB
Expo Hall @ Danga City Mall, JB
3.
KELANTAN
26-28 APR
Matta Fair
Kota Bharu Mall, Kota Bharu
4.
KUALA LUMPUR
16-18 MAR
7-9
SEPT
Matta Fair
Matta Fair
Putra World Trade Centre (PWTC)
Putra World Trade Centre (PWTC)
5.
PERAK
16-18 MAR
7-9 SEPT
Matta Fair
Matta Fair
Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak
Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak
6.
PENANG
6-8 JUL
Matta Fair
Penang International Sports Arena (PISA)
7.
SABAH
6-8 JUL
Matta Fair
Suria Sabah Shopping Mall, Kota Kinabalu
8.
JOHOR
2-4 MAR
13-15 JUL
Matta Fair
Matta Fair
Expo Hall @ Danga City Mall, JB
Expo Hall @ Danga City Mall, JB
9.
NEGERI SEMBILAN
29 JUN-
1 JUL
Matta Fair
Terminal One, Seremban
10.
MELAKA
24-26 AUG
Matta Fair
Melaka International Trade Centre (MITC)
11.
KEDAH
10-13 MAY
Matta Fair
Village Mall, Sungai Petani


kredit: mattafaironline.com

Monday, March 12, 2012

Hot Air Balloon Fiesta 2012



 Kali keempat dah ghupenya... Cuti semester pertama sekolah dah bermula... Parents yang tak tau nak bawak anak2 pi mana cuti ni, leh datang lawat kt Fiesta ni.. 

4th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2012
15 to 18 March 2012
7AM - 9PM
Monumen Alaf Baru
Precint 2, Putrajaya  




Friday, March 9, 2012

someone email nie... untuk di kongsi bersama & memanfatkannya.. INSYALLAH. 
semoga kite mendapat rahmat dan pertunjuk dari ALLAH S.W.T. amin


LELAKI 
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa
gadis bujang ditanggung oleh bapanya. 

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
 
BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya
terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya
perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau
buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
 
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun
begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
 
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya  dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung
dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih
panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)
 
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah  SWT.
Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah
kira-kiranya.
 
WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari
suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.. Menerima pusaka kurang dari lelaki.
 
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
 
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada
pada lelaki.
 
Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga  dan dibelai serta disimpan ditempat
yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar
bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
 
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali
lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu  adalah seorang wanita ?
 
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada  suaminya , manakala lelaki
menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.
 
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi  setiap
saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di
mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
 
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4   wanita :  
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya ,   dan
4. saudara perempuannya.
 
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4
org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,  
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .
 
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga
yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3.  taat  suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .
 
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH....sayangnya ALLAH pada wanita ....
 
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang
lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa
disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin....maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita
sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang
mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA...
 
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu
berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu
bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan
segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103)
 
Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "
 
Hikmah sujud -
Sujud lega sistem pernafasan
 
Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah
yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu
pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika
bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t.
dan menjauhi larangannya.
Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir
dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
 Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan
   lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan
   sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke
   otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
D ari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di
hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran
darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan
otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang.
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang
tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan
darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.
 
Tujuh kalimat
Sabda Rasulullah S.A.W
" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan
Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3.. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak
     disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima
     musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam
     sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat,
     walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan
     jadi bisa, karena sudah biasa


Sekarang anda mempunyai 2 pilihan
 
AMIN.
Surah Al-Munaafiquun :


Ayat : 9  
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai
(lengah) kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah
(sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka
mereka orang yang rugi.
 
Ayat : 11  
Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai
ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.
 
Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT  , ia adalah WAJIB   :


Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib , dosanya seperti berzina dengan
ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang
perempuan!
Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?
Meninggalkan solat Isya' , maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya..
Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini.
Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).
Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di
dalam neraka.
Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang
dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan
kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.
Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja....
Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah Kalau
begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan
untuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...
Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000
orang Islam.

Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata.

Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari
kelemahan saya yang nyata. 

Tuesday, March 6, 2012

Masih mencari Cinta?


Ramai yang ingin bercinta sebelum berkahwin. Bagi mereka, apabila bertemu seseorang yang dapat menyentuh hati dan perasaan seperti di dalam filem-filem telenovela Korea, atau filem-filem Hindi barulah mereka akan bersedia mendirikan rumahtangga.

Selagi belum ada yang boleh mengusik hati dan perasaan, mereka akan menganggap semua itu bukanlah satu cinta sejati. Lalu mereka akan menjalani hidup mereka dengan berkhayal untuk menjumpai “Mr Right” atau “Ms Right” mereka.

Mereka akan berasa gembira dan ingin mendirikan rumahtangga apabila individu-individu ini tiba-tiba muncul dalam hidup. Itupun setelah mereka “betul-betul mengenali” individu ini, berselisih faham, bertekak dan berbaik semula, BARULAH mereka mendakwa diri mereka sedang dilamun cinta.

Apabila mendirikan rumahtangga, perasaan cinta itu dibawa bersama dengan harapan ia akan terus kekal begitu. Ramai yang terlupa atau tidak sedar bahawa tanggungjawab suami atau isteri adalah berbeza sekali dengan tanggungjawab sepasang kekasih, ia tidak terhad kepada menghantar dan menjemput dari tempat kerja sahaja. Ia lebih daripada itu.

Ada pula yang terlampau “bahagia” sehingga melupakan kedua orang tua. Ada juga yang berasa tertekan dengan kehadiran anak-anak yang dikurniakan oleh Allah.

Akhirnya alam perkhawinan mereka tidak menjadi seperti yang diinginkan, tidak seindah filem-filem telenovela Korea atau filem-filem cinta Hindi kerana ia akan diselubungi dengan pelbagai masalah.



ALAM PERCINTAAN SEBELUM BERKAHWIN
Bercinta sebelum berkahwin adalah sebahagian daripada budaya Hedonisme yang mengajar manusia fahaman “kebahagiaan hanya dicapai apabila ada keseronokkan di hati”. Akibatnya kebahagian itu hanya seketika kerana keseronokkan yang dilakukan kadang-kala mendatang masalah sosial dan masalah peribadi yang lain. Sedangkan Islam mengajar sesuatu yang lebih baik.

Budaya ini telah lama menyerap ke dalam masyarakat Melayu semenjak Hikayat 1001 malam dibukukan. Seseorang yang sedang khayal dan seronok bercinta dengan pasangannya akan menganggap diri mereka sedang menikmati kebahagiaan. Lalu kerana rasa bahagia inilah mereka membuat keputusan untuk mendirikan rumahtangga.

Persoalannya adalah mudah, mampukah kebahagian tersebut kekal 10 atau 20 tahun akan datang? Boleh atau tidak mereka berasa bahagia apabila hadir di antara mereka anak-anak dengan pelbagai kerenah.

WANITA MENGADU TENTANG CINTA KEPADA UMAR
Pada zaman Umar Al-Khattab r.a. sebagai khalifah, ada seorang wanita yang datang mengadu dan mengaku kepada beliau r.a. bahawa dirinya tidak lagi mencintai suaminya. Dia lalu meminta nasihat daripada Umar r.a. apakah cara terbaik dalam mengatasi masalah ini. Katanya hidup yang tidak dihiasi dengan cinta amat membosankan.

Lalu Umar berkata “Jika ada di antara kamu, wahai perempuan, yang tidak cinta kepada seorang di antara kami para lelaki, tidak usahlah hal itu dikhabarkan kepadanya (suami itu). Kerana hanya sedikit rumahtangga yang dibina berdasarkan cinta. Kebanggaan hanyalah (rumahtangga) yang didirikan atas dasar hasab.”

Hasab di sini bermaksud kemulian budi, sifat dermawan, sopan santun, akhlak yang baik dan sebagainya yang menyebabkan seseorang itu disegani. Dalam erti kata moden, imej yang baik.

Kata-kata ini membawa maksud bahawa, amat jarang sekali sesuatu perkahwinan yang membanggakan dibina berdasarkan cinta. Perkahwinan yang menjadi kebanggaan biasanya dibina atas dasar hasab yang baik.

Ini adalah satu kata-kata emas yang jika direnung, ia membawa maksud yang amat mendalam. Sebenarnya terdapat pelbagai elemen lain yang dapat mempengaruhi kebahagiaan dan kebanggaan sesuatu rumahtangga selain cinta dan seks.



DISEBALIK PERKAHWINAN
Sepasang manusia yang diijab-kabulkan akan melalui pelbagai ujian daripada Allah swt. Masing-masing akan melihat kelemahan dan kelebihan diri yang lain. Justeru akan muncul pula perasaan benci, marah dan sebagainya. Tambahan pula, sebagai manusia kita tidak akan lari dari melakukan kesilapan. Keadaan akan menjadi buruk apabila kesilapan-kesilapan yang dilakukan menghakis sedikit demi sedikit perasaan cinta yang menjadi asas perkahwinan tersebut.

Dititik inilah biasanya muncul masalah “suami curang” atau “isteri curang”. Masing-masing cuba mencari cinta baru dari luar rumah. Perilaku-perilaku ini seterusnya akan mewujudkan situasi yang amat buruk apabila perasaan cinta itu didorongi pula oleh nafsu seks.

Apabila cinta itu terhakis, apa lagi yang tinggal dalam perkahwinan? Adakah ia mampu bertahan sehingga ke akhir hayat atau sebaliknya. Kita melihat banyak kes-kes penceraian di dada akhbar setiap hari. Kebanyakkannya berkahwin kerana cinta semasa mereka dan bukannya kerana menganggap bahawa perkahwinan adalah suruhan agama.



APABILA CINTA TIDAK MENJADI ASAS
Berbeza keadaan dengan rumahtangga yang tidak dibina atas asas cinta. Percintaan hanya wujud selepas perkahwinan. Banyak rumahtangga yang berjaya dibina berpuluh-puluh tahun lamanya dan dapat bertahan sehingga dipisahkan oleh liang lahat. Semakin hari semakin mesra, semakin sayang, semakin bahagia.

Setiap hari kedua-dua pasangan sama-sama belajar mengenali satu sama lain. Berbeza dengan mereka yang mendirikan rumahtangga yang berasaskan cinta dan seks, mereka yang mendirikan rumahtangga atas sebab hasab akan menjumpai lebih banyak nikmat lain, mereka akan menjumpai kebahagian di dunia.

Atas dasar itulah kita sering lihat masalah penceraian adalah perkara biasa pada zaman sekarang. Padahal ia adalah sesuatu yang jarang didengari dalam masyarakat Melayu lama. Masyarakat Melayu lama berkahwin bukan kerana soal seks atau cinta, tetapi pernikahan mereka adalah berdasarkan hasab.

Siti Khadijah r.a. tidak pernah bercinta dengan Rasulullah s.a.w. . Beliau terpikat dengan Rasulullah s.a.w. disebabkan budi pekerti dan akhlak Rasulullah s.a.w. yang mulia. Perkahwinan beliau dengan Rasulullah s.a.w. kekal sehingga akhir hayat beliau. Faktor usia, harta dan keturunan bangsawan Rasulullah s.a.w. bukanlah faktor utama.

Terdapat beberapa riwayat hadith yang menceritakan bagaimana sayangnya Rasulullah s.a.w kepada Khatijah r.a. melebihi isteri-isterinya yang lain. Di antaranya :

Aisyah r.a. berkata, Aku tidak pernah cemburu kepada seorang pun dari isteri Nabi s.a.w seperti cemburuku kepada Khadijah karena Rasulullah banyak menyebutnya dan menyanjungnya dan setiap kali menyembelih kurban Nabi s.a.w. akan menyisihkannya sebahagian untuk dikirimkan kepada perempuan-perempuan sahabat Khadtijah. Kadang-kala aku berkata, “Seperti bumi ini tidak ada perempuan lain selain Khadtijah” Nabi s.a.w bersabda, “Demikian banyak kelebihan Khadtijah, dan darinya aku memperoleh anak. {
Riwayat Bukhari
}

Sejarah tidak melakarkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah melalui zaman percintaan bersama dengan Khadtijah r.a. sebelum mereka berumahtanggga. Malah Muhammad Hussein Haekal menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bimbang akan kedudukkan kewangannya apabila dicadangkan oleh Nurfaisah untuk berkahwin dengan Khadtijah r.a. {Sejarah Hidup Muhammad (terjemahan Ali Audah), Litera AntarNusa, Mac 2006, m/s 67}

Ini menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w tidak ada apa-apa hubungan dengan Khadtijah r.a. sebelum mereka berkahwin. Perkahwinan beliau r.a. dengan Khadtijah r.a. merupakan satu perkahwinan yang terhormat dan berasaskan hasab.

Ini adalah selaras dengan wasiat Rasulullah s.a.w. kepada kita agar memilih calon-calon pasangan hidup yang beragama dan bukannya berasaskan percintaan. Hanya mereka yang menjiwai agama adalah mereka yang mempunyai budi pekerti dan akhlak yang baik.



Kesimpulan
Amat bijak sekali sekiranya kita mengambil keputusan untuk tidak menunggu lagi kemunculan “cinta sejati” Sebaliknya kita mula mencari mereka yang mempunyai agama yang baik, kahwinilah dan belajar mencintai mereka selepas berkahwin, kerana kebahagiannya telah pun dijamin oleh Rasulullah s.a.w., malah Allah telah menjanjikan rahmatNya.
sumber: Tmn2syurga


Friday, March 2, 2012

Bersyukur la kita

Kadang-kadang kita terlupa dengan apa yang kita miliki, tetapi kita sering ingat dengan apa yang orang lain ada & mungkin kita suka mengeluh kenapa hidup kita tak seperti hidup orang lain??

Sebagai orang mukmin, sebenarnya kita dilarang untuk menyesali nasib, apatah lagi menyalahkan atau menghina pemberian Allah. Apalah sangat ujianNYA kalau hendak dihitung dengan nikmat yang Allah kurniakan, sama ada yang kita sedar atau tidak, yang pasti tidak mampu dibilang manusia.

Jangan sesekali kesal atau kecewa dengan ciptaan Allah sama ada kita mengalami kecacatan, kekurangan dan sebagainya. Jika kita mengeluh, sedangkan kita sedang menikmati rahmatNYA, bermakna kita tamak dan menutup mata atas nikmay yang telah kita miliki selama ini.

Sebaliknya bersyukurlah dengan apa yang ada. Setiap manusia sudah ada bahagian masing2 yang dikurnaikan Allah. Daripada Abu Hurairah katanya Rasullullah bersabda yang bermaksud. “lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripadamu dan jangan melihat kepada orang yang lebih tinggi. Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menhina pemberian Allah kepadamu”
 (Riwayah Bukhari)

Dalam apa jua perkara, kita hendaklah bersifat qana’ah dan sentiasa bersyukur disamping berusaha dan bersabar kerana setiap sesuatu itu ada hikmah tersendiri. Hayatilah firman Allah yang bermaksud “Boleh jadi kamu benci pada sesuatu pahahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah) Allah jua lah Yang Mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahui”
(Surah Al-Baqarah: 216)




Thursday, March 1, 2012

Siakap Kukus

 Ni menu cuti2 hujung minggu... Siakap Kukus


haha.. anak2 aku mmg tak suka tengok masak macam gini... terbongkang capsicum & tomato, cili padi lagi tu... 

 sekor lagi aku buat, penuh ngan sayur... haha lagi la histeria anak2 tengok, ermmm... tak faham aku ngan dia orang ni, nengok sayur dalam makanan ngalahkan tengok Alien... menjerit... tak suka!! tak suka!! korang tak suka, ibu masakkan benda lain... yang ni tuk ku & kekasihku..ahakkss


Ikan Siakap Kukus
Seekor ikan siakap (dibersihkan)
Bahan2 yang perlu di blend (quantity bahan2 agak2, tgk besar/kecik ikan tu)
Bawang Putih
Bawang Besar
Lengkuas
Halia
Serai
Bahan2 diatas, kalau tak nak blend, anda boleh potong kecik2 kesemuanya

Sayuran - di potong2 - Brokoli, Bunga Kobis, Timun, Carrot, Capsicum & Tomato 
Cili padi di ketuk or di potong kecik2
Bancuh sos tiram dengan sedikit air (aku letak sos tiram tu banyak sikit, so x payah letak garam dah)

Didihkan air dalam kukusan... Ikan yang dah dibersihkan di masukan kedalam loyang dan dilumurkan dengan bahan2 yang telah di blend. Masukkan sos tiram. Kukus selama 20 minit. Kemudian bukak penutup, masukkan segala macam sayuran & cili padi, kukus lagi selama 10 minit.  Siap... best makan ngan nasik... panas2 lak tu

Kari ikan Merah

kari ikan merah campuq terung mangga and tomato

Lagi Gambar kt Grand Lexis, PD

Hari kedua, sebelum check out, mandi lagi...


tak tau gaya apa tu... 
 Ni kalau dibiarkan, semalaman pun dia tahan duk kat dalam tu... 

Permandangan kat luar, nk check out... jalan kaki ke lobi











 Kakak Mia ngan adik Najla