haha.. anak2 aku mmg tak suka tengok masak macam gini... terbongkang capsicum & tomato, cili padi lagi tu...
sekor lagi aku buat, penuh ngan sayur... haha lagi la histeria anak2 tengok, ermmm... tak faham aku ngan dia orang ni, nengok sayur dalam makanan ngalahkan tengok Alien... menjerit... tak suka!! tak suka!! korang tak suka, ibu masakkan benda lain... yang ni tuk ku & kekasihku..ahakkss
Ikan Siakap Kukus
Seekor ikan siakap (dibersihkan)
Bahan2 yang perlu di blend (quantity bahan2 agak2, tgk besar/kecik ikan tu)
Bawang Putih
Bawang Besar
Lengkuas
Halia
Serai
Bahan2 diatas, kalau tak nak blend, anda boleh potong kecik2 kesemuanya
Sayuran - di potong2 - Brokoli, Bunga Kobis, Timun, Carrot, Capsicum & Tomato
Cili padi di ketuk or di potong kecik2
Bancuh sos tiram dengan sedikit air (aku letak sos tiram tu banyak sikit, so x payah letak garam dah)
Didihkan air dalam kukusan... Ikan yang dah dibersihkan di masukan kedalam loyang dan dilumurkan dengan bahan2 yang telah di blend. Masukkan sos tiram. Kukus selama 20 minit. Kemudian bukak penutup, masukkan segala macam sayuran & cili padi, kukus lagi selama 10 minit. Siap... best makan ngan nasik... panas2 lak tu
0 comments:
Post a Comment