Friday, March 2, 2012

Bersyukur la kita

Kadang-kadang kita terlupa dengan apa yang kita miliki, tetapi kita sering ingat dengan apa yang orang lain ada & mungkin kita suka mengeluh kenapa hidup kita tak seperti hidup orang lain??

Sebagai orang mukmin, sebenarnya kita dilarang untuk menyesali nasib, apatah lagi menyalahkan atau menghina pemberian Allah. Apalah sangat ujianNYA kalau hendak dihitung dengan nikmat yang Allah kurniakan, sama ada yang kita sedar atau tidak, yang pasti tidak mampu dibilang manusia.

Jangan sesekali kesal atau kecewa dengan ciptaan Allah sama ada kita mengalami kecacatan, kekurangan dan sebagainya. Jika kita mengeluh, sedangkan kita sedang menikmati rahmatNYA, bermakna kita tamak dan menutup mata atas nikmay yang telah kita miliki selama ini.

Sebaliknya bersyukurlah dengan apa yang ada. Setiap manusia sudah ada bahagian masing2 yang dikurnaikan Allah. Daripada Abu Hurairah katanya Rasullullah bersabda yang bermaksud. “lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripadamu dan jangan melihat kepada orang yang lebih tinggi. Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menhina pemberian Allah kepadamu”
 (Riwayah Bukhari)

Dalam apa jua perkara, kita hendaklah bersifat qana’ah dan sentiasa bersyukur disamping berusaha dan bersabar kerana setiap sesuatu itu ada hikmah tersendiri. Hayatilah firman Allah yang bermaksud “Boleh jadi kamu benci pada sesuatu pahahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah) Allah jua lah Yang Mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahui”
(Surah Al-Baqarah: 216)




0 comments: