Ni antara hobi aku yg mcam orang lain jugak.. membaca... baca apo? baca novel.. dan ni cara aku beli novel... ikut angin la.. hehehe .. bila tiba angin punting beliung aku rajin beli novel.. tak berenti beli.. habis satu buku, buku lain aku p carik... Kalau mcm x best beli sebuah.. tiga sekali aku beli... MK selalu bising, tamak katanya.. bukannya boleh baca sekali tiga pun... my syg MK.. memang la x boleh baca sekali tiga tp tak ke save tu, tk payah la 3 kali berulang nk p beli kan.. hehe..
la nie dia dh malas nk bebel kot.. tp aku pulak yg bebel kt dia, dia yg malas baca suh aku citer kt dia pulak... ngak mau aku.. sendiri p baca la, sendiri ambik mood.. hahaha. Angin membaca buku yg dh di beli mcm tu jugak.. bila angin rajin baca tu tiba.. mak aii.. payah nya aku nk berenti baca.. baca & baca sampai habis.. kek off pun sanggup tu.. pantang free skt.. kt bwh meja tu, letak buku kt riba & baca.. bila TGH lalu.. kelam kabut simpan.. (mcm la dia x prasan yek..) tapi bila malas baca.. buku yg aku beli ari nie.. alamat 2 bulan lg la aku baca.. peh tu ade lak yg memerli.. aikk tak nk baca ke.. meh sini i bacakan meh.. eeeeee
Dan yg kt bawah ni one of my favourite.. Ombak Rindu by Fauziah Ashari, terbit pd thn 2002 tp aku beli thn 2004.. Latest kt news, buku ni akan di adaptasikan ke filem pulak.. hehehe tak tau la best ke tidak.. boleh ke jadi 100 percent mcm dlm buku tu?... ko tunggu je la labu.. jadi ke idok.. hehehe
Ade la jugak bila time2 boring aku baca kt forum cari tu, ramai pulak yg marah bila Maya Karin akan membawa watak Izzah Amir.. x sesuai la, pelat la, kaku la, x mcm dr kg la.. bl.. bla..bla.. hahaha... mcm2 la korang ni. Watak Hariz yg macho & getlement tu akan di bawa oleh Aaron Aziz ( setelah di tolak oleh FA), beside Lisa Surihani jadi Mila... Errmmm... pada aku.. tak boleh la kita nk judje dia org kan.. kita belum tgk filem tu, tak boleh la suka2 nk mempertikaikan kemampuan org .. ye tak.. mana tau menjadi mcm dlm novel ni..
ni sinopsis dari belakang buku ni...
Sinopsis : OMBAK RINDU IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?
DAAAA
0 comments:
Post a Comment