Friday, August 26, 2011

Hati masih lagi terusik


Dah 2 minggu arwah pergi... Insyallah 4 hari lagi kita akan menyambut 1 syawal.... macam mana nak menghadapi tanpa seorang dari kami? Petang tadi sempat cakap ngan mak kt phone... Sayu bunyi suara orang tua tu... "Mak dah banyak hari tak masak, suh abah ko boli kek Bazar Ramadhan yo... lain sunguh la hidup ni raso eh..." aku nangih... kesian Mak ngan Abah dengan keadaan ini... Berfikir,  mereka yang pergi dulu... namun tadirNYA siapa kita nak menyangkal... Muda atau tua, kalau sudah ajalnya... AKAN PERGI JUA

Aku dah boleh bayang macam mana raya nanti... sayu dan sedih tanpa Angah.. Tahun ni memang giliran belah Abah untuk kami menyambut raya... selalunya raya kedua Abah akan buat open house... tapi tahun ni nampaknya diganti dengan kenduri tahlil... di kawasan kubur (ade bangsal) dan kt rumah.

Kami masih  lagi cuba membiasakan diri dengan kehilangan ini... tak baik kan meratap orang yang telah pergi.
Buat dua anak arwah (anak2 buah) ku itu...
Jangan meratapi mak yang dah pergi, doa2 anak2 tu penting... lepaskan mak dengan penuh ikhlas dan redho... pandang jauh, mungkin ade orang lain lagi yang lebih sedih dan menderita dari kita... sekurang-kurang kita dah berusaha sebaiknya... kita menjaga dia tika sakitnya..  kita pun tak sanggup tengok mak sakit macam tu.. Biarkan dia tenang di sana... moga syurga tempat mak.. Al-Fatihah..

kamu harus menjaga antara satu sama lain... jaga ayah jugak, kesian dekat ayah kamu, terpaksa berpisah nyawa yang pernah hidup bersama selama 22 tahun... moga dia terus kuat..    


Thursday, August 18, 2011

Angah An dalam Kenangan (1964~2011) - Part II



Hari ni, 18-8-11, dah seminggu Arwah pergi... Otak ni masih tak dapat melupakan kejadian Khamis mgg lepas (11-8-11).

Belum masuk subuh lagi (5.10am) aku dah bergegas ke HUKM lepas dapat SMS n calls dari adik2 lelakiku... "Angah nazak"...  dalam hati aku...Angah dah nak PERGI ke?? Allahu Akhbar... aku menangih, sepanjang jalan, memandu sorang2..... MK tinggal, selesaikan anak2 ke sekolah.  (Sorry to Put3 Nonee... nangih2 aku call ko subuh2 kelala tu sampai ko pun x faham apa yg aku cakap) ...lajunya dengup jantung ini  ... perasaanku masa tu? tak tau...aku hanya terfikir apa yang patut aku doakan tuk Angah? Doakan Allah ambik nyawannya di bulan mulia ni atau doa untuk dia terus bertahan untuk sembuh (ntah bila akan sembuhnya).. KELIRU...YA Allah, hanya KAU yang maha mengetahui....


Sampai di HUKM kebetulan bersaing ngan Along, Ibu Uda n Alip... aku tengok mak/abah/mizi/mizan/naquib, abg kamal n anak2nya ade... sunyi sepi suasana. Abah cakap... "tadi Angah toruk, Abah ingat dio nak poie dah...nafas dio mcm dh beronti"... keruh muka Abah, susah hati dan sedih nampak kt muka dia... Mak pun sama, nampak letih dan lembik... Hati orang tua mana yang tak gusar kan tengok anaknya macam tu.... Sebolehnya mereka tak nak anak2 mereka mendahului mereka mengadap Ilahi...Ayat pertama keluar dari mulut mak tuk aku....mak suh aku cepat2 mintak maaf kt Angah sebab dulu2 aku memang suka gaduh ngan dia... tapi aku tak nak. (macam la dia dah pergi sangat kan....)..  sampai sudah tak ku ucapkan....


Tengok keadaan Angah tenang tapi kami tak nak tinggalkan dia. Abang aku  n family dari Penang dah on the way... Acik Yan, adik mak yang tinggal berdekatan pun ade sama.. Semua dari kami yang berkerja, semua ambik EL..cuma Uwan kat kg... kesian dia yang resah menunggu khabar berita dari kami.

Sehingga ke tengahari, keadaan Angah macam bertambah tak ok, kesian dia... asik mengerang, badannya dah tak rasa apa, hiba sungguh melihat keadaan dia.. Ramai yang datang menziarah, sahabat2 Abang Kamal/Angah, staff2 office Abang, sedara mara, kawan2 aku jugak (thanks tu nurul n Kak Mar... lama Su tak jumpa Kak Mar, kita jumpa dalam keadaan macam ni pulak).. 

Ada kalanya kami duduk kt satu sudut, berkumpul adik beradik... Along bercerita Prof Ismail yang merawat Angah ade jumpa Abang Kamal... sampaikan berita yang tak tak baik. Doctor dah tak boleh nak buat apa2.. Doctor dah boleh lepaskan Angah balik.... segalanya dalam badan Angah dah tak berfungsi... rejected..  "MUNGKIN kita harus bersedia untuk menerima pemergian dia.".. SUBHANALLAH... kecewa rasanya...namun ketika itu kalau betul Allah menjemputnya, kami redho sesungguhnya Mati itu Pasti... Aku tengok sendiri macam mana dia muntahkan balik air yang diminum walaupun hanya dua sudu, dengan kesan hitam. Along cakap perut Angah dah berdarah... 


Hingga ke petang, akhirnya kata sepakat di ambil, bawak Angah balik ke rumahnya di Puchong. Aku, Abah,  family Abg Lang and Mizan balik dulu ke Puchong, tuk kemaskan apa yang patut. Letakkan katil kat ruang tamu...  dan masak apa-apa yang ade tuk berbuka puasa nanti. Mizi balik ke S/Alam tuk ambik family dia. Naquib n family balik seremban (ambik baju dan datang lagi nanti). MK pun ade tapi tak boleh ikut aku ke Puchong, kena balik rumah tunggu Farhan balik sekolah petang n ambik adik kt taska. 

Angah pergi dengan mudah dan Alhamdulillah sehingga akhirnya dia ingat apa yang berlaku disekelilingnya. Tak sampai setengah jam Angah kami letakkan di katil... mulanya kami ingat dia cekik.. duduk kan dia tuk dia split (ludah) air liur yang ada... namun itulah saatnya rohnya terpisah dari jasad... dia pergi tinggalkan kami semua dalam usia 47tahun, 11-8-11 jam 6.40 petang... Adik beradik kami yang tak ada ketika dia pergi- Naquib, Mizi dan Arip(duk kt kg)... Kecoh dengan tagisan kami yang bergema... Perginya dia sebagai seorang anak, isteri, mak, adik dan kakak... Memang kami tak sangka Arwah pergi secepat ini tapi apa kan daya, bukan kerja kita tuk semua tu. Kini kami harus terima yang dia dah tak ada, segala-galanya nanti TANPA dia.

Keputusan jugak di buat, jenazah arwah harus dikebumikan di kampung (selepas beberapa hari Arwah pergi, Abg Kamal ade cerita, Arwah pernah cakap, kalau dia dah tak ade, jenazahnya haruslah di mandi, dikapankan dan disemadikan di kampung kami, kampung Masjid Terentang, Batu Kikir, NS). Kawasan kubur tu pun dekat dengan rumah Abah, sebelah dengan kebun getah Abah.. Abah cakap bila2 time noreh, sekurang-kurangnya dia boleh singgah, sedekahkan Al-Fatihah..

Kesian tengok dua anak2 arwah. Yang sulung lelaki (21 thn) masih di kolej, yang  kedua, perempuan (16thn) masih bersekolah..Walaupun mereka dah besar2 tapi kesedihan tetap ade... ye la insan yang melahirkan mereka pergi... tapi aku ade nasihatkan anak perempuannya..."mak pergi, adik dah besar... banyak benda yang adik boleh buat untuk mak... kalau adik tengok Farhan dulu, lagi sedih..ibu dia meninggal masa dia kecik sangat2 lagi... masa masih menyusu lagi..., dia hanya merasa kehilangan tanpa boleh buat apa2 pun"...


Ni gambar Arwah yang Along ambik pertengahan June. masa ni dia org makan2 sempena birhday Mak yang ke 67 (18-6-11). Masa ni mak ngan Abah datang 2 minggu (12/6 till 25/6) tuk jaga Arwah. Tengok tu perut Arwah dah membesar, kaki pun dh mula membengkak... tapi masih lagi boleh berjalan..



Ni gambar pada 10-8-11 (malam), kami semua berbuka di bilik ini... Sebelumnya, tengahari, Arwah dimasukkan ke wad kecemasan kerana mengalami masalah sesak nafas , doc jugak ade buat 'tapping' kt perut arwah tu.. tengok dia malam tu, memang dia tak selesa, rimas... cuba keluarkan tiub oksigen tu, asik mengempas dua2 tangannya.., mengerang...cakap "badan ni dah tak rasa apa, apasal rasa macam ni, tak penah la rasa mcam ni...."). Malam tu jugak mak abah datang dengan family Naquib kt Seremban tu..



kasih sayang seorang suami yang tak ade tolok bandingnya... sampaikan Uwan Jara (mak pada mak aku)  nangih2 ucap terima kasih pada Abang Kamal sebab jaga cucunya dengan baik. "Wan duk umah Angah 2 minggu...(16/7 sampai 30/7)... Wan tengok sendiri mcm mano dia jago Angah"...hu..hu.. kami tau Wan...


tengok abang ipar aku, aku mesti teringat lirik ni-

ku berikan cintaku juga sayangku,
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga akhir waktu menjemputmu..   
                                                      (percaya padaku- Unggu)



Al-Fatihah untuk Arwah Norehan Baharom (1964~2011)


Tuesday, August 16, 2011

Angah An dalam Kenangan (1964~2011) - Part 1




Dah lima hari Angah pergi.. kami masih rasa sedih, kami masih rasa kehilangan. Dua minggu lagi nak raya (raya tahun ni kt Batu kikir lak tu), mesti akan terasa tak meriahnya.. kalau tak suara dia jer yang dengar dok atur tu, atur ni...(macam terngiang2 lak ari tu dia tanya..."Teh! ko ngan anak2 dah beli baju raya lom?") sob..sob..

Al-fatihah tuk arwah Norehan bt Baharom... moga Arwah Angah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, yang solehah...Abg ipar n anak2 dan kami sekeluarga jugak sekarang dalam proses menerima segala yang telah disuratkan dengan hati yang penuh IKHLAS dan REDHO. Segala perasaan TAK SANGKA dan TAK PERCAYA harus di buang jauh-jauh. Sesungguhnya... MATI ITU PASTI dan Allah menjemput kita TANPA mengira berapa usia kita..

Terima kasih pada mereka yang sudi menyedekahkan Al-Fatihah untuk arwah dan juga pada mereka yang berkesempatan menziarah beliau semasa sakitnya...juga terima kasih atas segala ucapan Takziah di FB n sms..

Ade 3 keping gambar arwah masa hari akhirnya kt hospital... senang2 aku post kt sini K..

lain family Hj Baharom tanpa ko Ngah.....

Wednesday, August 10, 2011

Pelajar Malaysia cedera dalam rusuhan di London





Seorang pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) jurusan Perakaunan sebuah kolej di London tercedera ringan dalam rusuhan di kota itu semalam.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata bagaimanapun, pelajar itu, Asyraf Hazlan, 20-an, tidak kritikal dan hanya cedera di bahagian rahang dan kini dirawat di Royal London Hospital.

“Pelajar ini tidak terlibat dalam rusuhan, tetapi beliau diserang oleh sekumpulan perusuh ketika keluar dari tren bawah tanah ketika dalam perjalanan menziarah rakannya untuk berbuka puasa di utara London.

“Beliau kemudian dipukul dan dirompak, tetapi telahpun dibawa ke hospital untuk rawatan, di mana beliau perlu menjalani pembedahan untuk merawat kecederaan itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama warga kementerian berkenaan dan agensi di bawahnya, di Institut Kemajuan Desa (Infra).

Dipetik Bernama Online, Mohd Shafie berkata keluarga mangsa, yang berasal dari Selangor, telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Beliau berkata Mara turut mengambil langkah berjaga-jaga dengan memindahkan pelajar di kawasan berisiko tinggi di kota itu ke sebuah penempatan di Leicester Square bagi menjamin keselamatan mereka. - TMI

Kanak-Kanak Meninggal Dunia 12 Jam Selepas Buka Puasa, Keluarga Masuk Hospital


KLANG: Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia setelah muntah dan cirit-birit selepas 12 jam berbuka puasa, manakala keluarganya dimasukkan ke hospital selepas mengalami simptom yang sama.

Bapa mangsa Mohamad Ali Khir, 37, berkata Nurdini, 11, dan keluarganya berbuka puasa dengan otak-otak serta air batu campur yang dibelinya di sebuah Bazar Ramadan berhampiran rumah mereka di Taman Seri Mewah, Fasa 2, Meru dekat sini, Ahad lepas.

"Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah berkenaan, perut saya mula berasa tidak selesa, dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga dan pembantu rumah mula muntah-muntah dan cirit-birit sehingga tidak larat untuk bangun ke bilik air," katanya kepada pemberita di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Selasa.

Selain Nurdini, anggota keluarga Mohamad Khir yang mengalami simptom sama ialah isterinya, Noraliti Ramli, 37, empat lagi anak mereka iaitu Mohammad Syafiq, 14, Mohammad Irfan, 13, Mohammad Fitri, 8, dan Mohammad Hazimi, 3, serta pembantu rumah yang dikenali sebagai Pati.

Beliau berkata Nurdini dijumpai terlentang di bilik air pada 6.10 pagi pada Selasa dengan suara dengusan kuat seperti lembu disembelih, manakala mata mangsa terbeliak dan mulutnya berbuih.

Mohamad Ali kemudian membawa anak perempuan tunggalnya itu ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, dan sebaik tiba di situ, mangsa disahkan meninggal dunia.

Beliau berkata sehingga kini, semua anggota keluarganya dirawat di hospital itu dan doktor belum mengenal pasti penyakit yang mereka hidapi.

Katanya, sejak awal Ramadan, Nurdini meminta untuk menikmati air batu campur serta otak-otak, namun beliau hanya berkesempatan membeli juadah berkenaan Ahad lepas.

Mohamad Ali berkata jenazah Nurdini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru di sini selepas waktu Zohor, petang semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara Supt Mohamad Shukor Sulong ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu manakala pihak hospital tidak dapat dihubungi. - BERNAMA -

Saturday, August 6, 2011

Damia berpuasa..


Tak sangka la pulak Damia boleh berpuasa tahun ni... Hari ni dah masuk 6 hari kita berpuasa ni, Mia  dah puasa 4 hari. Pagi semalam... bangun sahur, dia cakap macam tak sihat, tapi makan jugak, sebelum pergi taska (sekolah pun x pergi), dia muntah... sampai taska cakap dengan penjaga tu, kalau dia tak larat, suruh dia buka puasa... sampai ke petang waktu nak ambik dia balik, tengok dia menangih-nangih... rasa badan panas sangat... "la.. dah rasa tak sihat, kenapa tak buka puasa?"... penjaga taska- " dia tak nak kak, nak puasa juga"... hehe.. tengok jam kt tangan dah pukul 6.15pm... sayangnya kalau dia buka sekarang kan... tapi kesian pulak tengok macam dia tak larat sangat... 

Hari ni awal2 pagi dah cakap 'adik tak payah puasa ye'... mungkin dah terbiasa beberapa hari ni, dia tetap jugak bangun sahur tuk makan. Hari ni kena bawak dia pi klinik..


Masa hari kedua berpuasa ari tu... Mia mintak aiskrim, nak makan waktu buka... ye2 aku pi supermarket depan rumah tu beli aiskrim.. beli yang ni, supaya semua orang boleh rasa... sedap tau yang ni, aku suka... tapi, dia tak nak...



Adik nak aiskrim yang selalu tu.... aiskrim batang... tak mo yang ibu beli ni... sungguh.. dia tak sentuh pun aiskrim yang aku beli tu... (Ibu ngan abg An je la yang makan... ayah ngan abg daus pun tak mo...haha)... bila tanya the next day pulak, dah tak nak...

 dua aiskrim batang  favourite Mia...   

aiskrim tropicana yg sgt sedap...

Petang ni aku dan adik beradik yang lain balik kampung, berbuka puasa. Angah pun ada, dia yang nak sangat balik. Sian tengok dia... last aku jeguk dia 30/7/11, risau kenangkan dia. Sekarang ni, kadang2 tu macam dah tak ingat pulak benda-benda yang berlaku di sekeliling dia... orang datang ziarah dia pun, ade yang dia tak tau siapa. Takut la pulak kan. Adik Lily cakap mak dia sekarang bukan main sensitif. Tak boleh salah sikit, mesti nangis... sian jugak kat abang ipar aku, mcm dah buntu nak buat apa bila tengok keadaan Angah macam tu. Namun kami tidak sekali berputus asa tuk beriktiar, cari jalan tuk Angah sihat..   tengok nanti kalau aku boleh ambik gambar dia. Pada yang tau keadaan Angah aku, terima kasih atas doa kalian tuk tgk Angah sembuh semula.

Friday, August 5, 2011

Ally Iskandar Putus Tunang


SHAH ALAM: Personaliti TV3, Ally Iskandar mengesahkan ikatan pertunangannya dengan Naib Juara rancangan Gadis Melayu musim pertama, Nur Aishah Zainal telah putus pada 30 Julai lalu.


Tanpa berselindung Ally berkata, perpisahan itu berlaku disebabkan tiada keserasian di antara mereka walaupun hakikatnya mereka telah memutuskan untuk mendirikan rumah tangga yang dijadualkan hujung tahun ini.

“Kamu telah berusaha untuk menyelamatkan pertunangan kami tetapi tidak mencapai kata yang positif sehingga membuatkan kami mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan,” katanya kepada pemberita pada rakamkan program Mentor Raya di sini, Khamis.

Ujar Ally, perpisahan itu tiada kaitan dengan pihak ketiga ataupun konflik besar membabitkan mereka sebaliknya beberapa masalah lain yang datang secara berperingkat sehingga gagal untuk diselesaikan.

Katanya, mereka berdua pernah mengimpikan untuk menjadi pasangan bahagia dalam rumah tangga tetapi sayang sekali ia tidak dapat dilaksanakan seperti dirancang.

Malah ujar Ally lagi keluarganya turut bersedih dengan peristiwa itu lebih-lebih lagi mereka amat gembira semasa majlis pertunangan yang diadakan sebelum ini.

“Saya tak nafikan masalah ini meninggalkan kesan besar buat saya dan ia amat menyedihkan. Daripada dibiarkan melarat, lebih baik keputusan (memutuskan pertunangan) dibuat secara baik,” katanya.

Bagaimanapun ujar Ally, dia dan Nur Aishah masih berkawan baik dan tiada permusuhan di antara mereka.

Katanya, buat masa ini dia mahu memberi perhatian terhadap tugasnya sebagai pengacara TV3 dan enggan terlalu memikirkan masalah itu. -mStar Online

Wednesday, August 3, 2011

Hari Ketiga Puasa


Alhamdulillah... dah tiga hari kita berpuasa, baru tiga hari aku dah mcm tak ade idea nak masak apa...hehe, ari pertama kami mengulai daging batang pinang ngan kentang, buat air bandung cincau.. jugak sikit kuih dari bazar.

Semalam,  kami makan lauk dari Monceh... mak mertua aku bekalkan kt adik MK yang balik kg. Macam-macam Hjh Zahara bekal kan... yang mesti ade, rendang maman la kan n lauk lain jugak, stok tempoyak pun ade (buleh buat gulai kerisi ngan tempoyak or goreng bilis ngan tempoyak... n baru aku tau ari ni ade resepi nasi goreng tempoyak...hehehe, leh cuba tu...)

 Hari ni ingat nk mintak MK buatkan sambal udang tapi dia dia extra penat lak, aku lak lambat... (jammed sungguh bulan puasa ni, balik pulak tetap mcm biasa...5.30pm) so jwbnya bazar ramadhan la..., yg aku sempat goreng nasi jer..


kuih pelita ni lembut betul... tp lagi best kalau dalamnya ade sengkuang... tp ni tak ade.. Farhan pun suka makan ni..


air ni pun beli... air limau kasturi ngan asam masin.... mashammm... 

banyaknya plastik.... sungguh tak bagus kan...

 nasi goreng kelam kabut ari ni... nasi goreng seafood kununnya... (habis gak....) 

ikan kembung bakar... mati2 aku ingatkan seekor... rupanya sebelah... osah tul la kan.. makan je la,


Tembikai... MK selalu marah aku beli dekat2 rumah... mahal kata dia, beza sungguh dari harga yang dijual kt pasar... tp mana la tau kan, rasa nk makan masa hari dia tak gi pasar lak...nasib la kan, tp memang mahal... sebelah pun dekat RM6... dh la kering mcm tu...hehehe


 budak 6 tahun yang dah tiga hari puasa bersama....... Alhamdulillah... tu penat sangat la tu, lepas buka, terbaring mcm tu... Mintak-mintak habis la puasanya sebulan...Insyallah

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan 1432H



Selamat menyambut bulan Ramadhan1432H diucapkan pada semua. Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang sebelum2 ni.  Moga mendapat banyak kebaikan dan keredhaanNYA. Mogo di kurniakan kesihatan yang baik, juga untuk Angah aku, agar dia lebih sihat dan sembuh.


Semalam hari pertama puasa. Macam tahun2 sebelum jugak, aku bangun 4.30am tapi wahhh... ni kali pertama kami berpuasa di TPI ni (pindah bulan 10 tahun lepas)... dah atas bawah ni lenguh jugak la nak turun naik, kalau dulu, jerit dari dapur dengar ke dalam bilik... tapi setakat 2 hari ni, Alhamdulillah, tak ade masalah. Mengejutkan anak2 pun mudah. Semalam jugak Damia berjaya habiskan puasa dia, Alhamdulillah.. Harap hari ni jugak dan hari2 seterusnya sampai akhir Ramadhan, Insyallah. 

Damia tak macam Farhan. Farhan dulu masa 5 tahun pun dapat puasa setengah bulan, umur 6 tahun lagi la...penuh, darjah 1 & 2 jugak... Farhan jenih x pemakan orangnya, so puasa2 ni tak ade masalah dekat dia.  Kalau Angah sihat tentu dia suka dengar anak2 buah dia rajin berpuasa.  'Sunyi' sungguh rasa tanpa suara dia... moga ko cepat sembuh Ngah!!...