Friday, July 31, 2009

Friends anymore?? NO!



Macam rajin lak nak menulis pasal ini... Pergaduhan??? Selalu bertengkar kt office?? Gaduh or tak puas hati dengan Si Polan kt Department tu ke?? Dengan Si Sengal kt Department nie, mungkin ade kan. Sama la macam kt office aku nie.. Staffnya tak la ramai mana... tapi gaduh2 memang la x menjadi perkara biasa tapi adalah jugak berlaku, selalunya bertekak psl x sependapat dlm satu2 hal tu, biasa la kan... Aku malas nak campur... tapi kdg2 kita x cari gaduh tapi org yg dok suka cari salah kita, dan marah jugak la tp malas nak layan....paling yg aku buat DIAM!!!

Citer nie rentetan citer 2 hari lalu... Sorang bos kt Admin nie x puas hati dgn sorang Project Engineer nie... chinese vs chinese.. tp dari kaum yang lain la. Hainam vs Hakka... Pada aku tak ade apa pun. Bermula dgn over d phone, he 'raise his voice to me'... he shouldn't do that, he has to respect me as a Manager... bla bla bla, citer kt aku, bingit!! Apa masalahnya dgn "raise his voice"???, biasa la, manusia, tension tak habih2... masalah memanjang, Aku pun selalu jugak raise my voice kt rumah, tarak hal pun... hehehe tapi... balik pada yang nie... jangan la satu2 benda tu dibawak terlalu serius. Mungkin kita perlu take 5, tenang kan fikiran, bila dh ok sambung kerja balik and try to forget it... Nie tidak, lepas PE tu dh masuk off kul 11am, boleh dia cakap baik2 ngan PE tu, tanya tu, tanya nie, mcm x ade apa.. dah berejam kejadian tu berlaku... untill 4.30pm... Si PE nie lalu depan dia tiba2 aje she bring up the issuee... why this morning you raise your voice to me!!! Hallo mak cik!!! x ade benda lain nak tanya ka... Tarak hal jangan cari hal la...

Yang si PE nie pulak jenis hot tempered... so apa lagi perang la!!! no more friend friend.. Nama pun gaduh kan, so semua yang perkara buruk tu keluar la satu2 dari dari mulut yang memang tak berinsuran... Dan kebetulan our MD tak ade kt off...Dia orang perang mulut dgn suara yg kuat sampai PE ni out from d off... Hari Rabu & Khamis PE nie outstation & the Mak cik Manager tu MC... Penat bertekak kot... sakit hati punya pasal, MC dua hari... entah apa la yg difikirkan kt rumah tu...

Pagi nie masuk... dtg kt meja aku...I wanna fired him!!! Hah?? biar betul dia nie, senang2 je nk fired org. He doesnt deserve to be in this office.. If he don't quit, I'll quit, I'll give the resignation letter??? Hah!! so that serious??? Ini professional ke emosional??? Benda nie harus di bawa berbincang.. Tak semestinya you manager, u betul.. rite. People have to respect u but respect u kt org lain??? zero. Memang susah... our MD tak free hari nie nak melayan kehendak dia... Tak tau la apa jadi nanti...

Wednesday, July 29, 2009

Isu Rambut Damia

Bukan la bergaduh tapi bertekak je... hehe. Citer tentang rambut Mia nie mmg topik aku ngan MK bertekak... Dia tetap dgn pendirian dia x nak gunting rambut anak sorang nie.. tapi aku dah tak larat. Rambut dia makin lama makin panjang.. Memang la cantik eps hujung rambutnya perang... tp nak bela sampai bila... nie pun dh takat pinggang. Mia mmg tak rasa rimas coz dh dari lahirnya rambut tu tak pernah kami potong... hanya potong yg depan je. MK pulak, aku faham, dua anak lelaki, bila dapat yg nie, keterujaan dia dapat anak pompuan yang rambutnya mcm yg dia inginkan tu mmg tak habih2 lagi. Semalam lagi cakap benda yang sama.. Persetujuan tahun lepas kata nak potong rambut dia masa 5 tahun dah di tunda ke 7 tahun... lama tu bang!

Nak tgk rambut Mia.... See See.. panjang kan



Rambut Mia nie mengikut rambut aku. Along & Angah selalu ckp dulu rambut aku memang curl sgt2 mcm mee maggie tu...(anak mak yg nie je pulak rambut cm tu, kakak ku yg dua tu lurus rambutnya) kalau mak bela terus mmg mengancam tp malangnya mak tak suka, pantang rambut panjang skt, kena potong... tp walaupun selalu potong curl tu tak hilang malah sampai sekarang curl tu tetap ade...

Mak aku tak kisah sgt coz berpengalaman dgn rambut aku tapi my beloved mother in law itu??? My MIL memang selalu bising pasal rambut Mia nie.. Dia selalu kata , Kalau den nie, dah lama den ropang rambut adik nie... hehehe faham? meaning... kalau dia, dah lama dia potong rambut mia nie... mentalah lagi my MIL tak ade anak perempuan so tentang rambut2 panjang memang tak bokonan kek dio (tak berkenan kt dia.)



Dan sekarang... conclusionnya... aku tak kira, by the end of this year calendar aku mesti potong rambut Mia.. Tak kisah la apa MK nak kata tp sementara nie aku pujuk la dia hehehe. Aku memikirkan tahun depan dia dah nak masuk sekolah tadika. Plan tu nak masukkan dia Tadika Pasti (Tunas Islam), dah sah2 kena pakai tudung.... Kalau rambut lagi panjang dari sekarang bayangkan dh di pakaikan tudung, sanggulnya besar mana??? sape nak jawab. Niat kt hati nak dia dia pakai tudung darj satu dan seterusnya sampai bila-bila... so kalau rambutnya pendek kan memudahkan aku... tak gitu MK.

Monday, July 27, 2009

No more storytelling.... Yasmin Ahmad

Pagi nie terkejut dengan permergiannya... pagi semalam memang terdetik kt hati nk tgk apa citer terbaru kt internet since dia admitted to Damansara Spealist Jumaat ptg, tapi tak sempat... banyak pulak halnya. Keluar rumah 12.30pm bermula dari Pusrawi KL, melawat jiran kt ICU coz accident, ke Bukit Subang tgk adik yg baru keluar hospital dan ke Kundang.... akhirnya sampai rumah 9.45pm... Penat giler...

Nak kata dia nie pengarah kesukaan aku tak jugak coz pengarahannya mcm liberal skt tapi filem2 dia memang berbeza dari pengarah yg lain. As everybody knows filem dia mesti melibatkan pelbagai masyakarat, pelbagai kaum & keturunan, muhibbah. Yang menarik minat aku, idea dia yang kreatif dlm pengarahaan komersial (iklan) eps nak raya.., memang berkesan, brilliant. Tapi arwah nie yang paling aku ingat sekali masa jadi pengkritik undangan AF3, thn 2005, ntah concert yang keberapa, aku tak ingat, yang aku ingat konsert yang Akma keluar, kritikan dia tuk Akma selepas persembahannya di akhiri psl jamban Akma cantik???? Tak tau la apa yang dimaksudkannya....

Macam2 citer yg didengar, yang sedap dan yang tak sedapnya... terutamanya tentang citer lama beliau nie yang dahulunya adalah seorang lelaki, Zulkifli Ahmad, pernah menjadi naib juara bintang RTM thn 1975... ramai yang tahu dan mungkin jugak ramai yg tak tahu..kini media seolah mahu membongkarnya kembali, seolah mahu mengaibkan... Nauzubillah! Jangan la. Yang pergi tetap dah pergi, kita yang tinggal jangan la mengaibkan yang tiada ataupun keluarganya... sedih rasanya, kita sendiri tak sempurna.. nie kan pulak nak mempersoalkan apa yg telah dilakukannya...

Apa pun yang pernah di laluinya.. siapa la kita untuk menghakiminya. Hanya Allah saja yang tahu... Dari NYA kita datang, Dari NYA juga kita kembali, apa yang termampu oleh kita sebagi seorang saudara islam... sedekahkan untuknya... Al Fatihah..

Friday, July 24, 2009

Sopping again

Nie nak updated citer semalam. . Last 2 weeks dapat sms ade Jcard sale kt Mid Valley... so saja2 call the hotline number 1300803535 tanya bilakah agaknya kt Wangsa Maju pulak?? Thursday, 23 July 2009: 9am to 11pm. So Monday dh fill-up leave form, on-leave semata2 utk JCard sale.... fuhh terror tu..

Selalu dengar org suka ambik cuti & spending a day kt sale yg macam nie, berbaloi... terutamanya nak2 raya nie. Tak tau la betul ke tak, tak pernah buat pun, kalau dulu zaman bujang tak ade kisah pun baju2 raya nie, seminggu nak raya baru la g cari. Tapi perubahan zaman tu memang akan berlaku kalau dah kawin & beranak pinak nie, terutamanya kalau anak lebih dari sorang.. perancangan satu2 benda tu mmg penting.

MK free hari nie, so setuju ikut aku p Alpha Angel..hari ni hari sekolah so memang x ade yg ikut, Mia walaupun dia lum sekolah tp tak bawak jugak, so adil kan??? so boleh la aku bershopping dgn hati yg tenteram...

After b/fast sampai betul2 kt Parking Jusco tu 9.30am... awal lagi tu tp mak aiii.. tgk kt dlm org dh ramai... Kawasan lapang kt bawah tu di bukak betul2 utk baju kanak2 and skt space for bedsheet & comforter... Tengok kebanyakkannya 70% sale, tgk baju-baju tu mmg puas hati, mmg byk choice. Apa lagi si ibu nie mula la memilih utk sorang anak ke sorang anak... Start dgn si kecik 2 org tu dulu. Si abg besar dh kira adult, tu dh nak kena pergi ke 2nd floor. Teringat! An ada cakap dia nak pakai seluar panjang, dah tak nak dh pakai seluar yg sampai paras lutut tu lagi... malu la bu! An dah besar, Ustaz ckp pakai seluar panjang!! hehehe OK, betul tu anakku so 2 snails jeans for him + tshirt2. Mia pun sama gak beli seluar panjang jugak + tshirt2 & satu gown labuh, dah tak leh skirt pendek coz x leh duduk diam, duduk pun selalu tak sopan... bising Atuk Tikir nanti.

Tengok orang bertambah2 ramai.. dh habis satu bab kt bawah bergerak lak utk si teenage tu, sblm dtg dh siap ukuq pinggang & labuh for his jeans, baju x berani nak beli lagi coz kalau main beli je & tak berkenan kt hati dia, sure dia x pakai. Anak dah remaja nie tak sama ngan anak2 kecik yg lain, kalau budak berdua tu tak apa, beli ikut taste ibu ayah nya, tarak hal punya... Dalam mencari2 nie, ramai pulak MK jumpa kawan2nya... ex colleague dia masa kt Landmark dulu.

Yang best ttg Jcard sale, ade antara barangan tu dia org buat sale dlm sale, meaning dh sale 50%, dia org up lagi sampai 80%, buat annoucement ade kt department tu la, dpartment nie la... dah mcm org tak betul lak terkejar kesana ke mari. Tp ok la, beside baju raya anak2, dapat gak best rate for brg2 tuk diri sendiri like h/bag, purse, sun glasses & etc... nampak MK sengeh je... tu sendiri bayar la kan, tapi dia pun pandai beli advanced bday present tuk aku... murah ma!!!,

Dah habis semua, MK anta beg2 plastik nie ke kereta, x larat nak bawak. Then we had a lunch kt Johnny's... we had a good steamboat.




After that balik terus..Rasanya preparation for all 3 of them rasanya dah 90% siap so maleh dah nak fikir2 lagi... Baju2 & kasut2 tu dh letak tinggi2 dlm wardrobe so masing2 x leh asyik nak nak mencuba aje esp anak dara tu... tapi yg kelakar bangun je tidor pagi nie, soalan pertama keluar dari mulut Mia, hari nie hari raya ke bu??? tak... lambat lagi hehehe

Something happend to me this morning

Pagi Jumaat yang Mulia... Tapi apa yang berlaku pada aku hari nie??? heheh coz semalam aku cuti, hari nie cam mamai la skt kot. Tak tahu apa dalam kepala otak aku nie... Nak kata serabut byk masalah tak jugak tapi entah la... cam tak leh fikir dgn sebaiknya.

Aku macam dh lambat pagi nie, anak2 MK antar lagipun Sek Kafa An cuti hari nie so dia org boleh lambat sikit. Masuk kereta tengok minyak dah tinggal secalit. turn-off aicon & mulakan perjalanan, otw to Bndr Menjalara singgah kt Shell MRR tu tuk isi minyak. Selalunya kalau aku turun ade la Mat2 Bangla tu dtg tanya kita whether bayar cash or card, kl card buat sendiri la kan, Kalau cash pay to them... so since mcm x ade sape kt situ kena la p bayaq kt counter, depan aku ade few people, slow la.. OK! dah cakap how much to fill-up and at which counter.. bayar! ambil balance! aku terus naik kereta.. start engine & jalan....

Dah masuk Bndr Menjalara, mata aku tertengok kt meter minyak tu, kenapa jarum tu tak naik? HAH!!! aku lupa isi minyak!!! Waaaaa!! apa punya ngok la aku pagi ni, macam mana la boleh lupa nak isi minyak?????. Dah syok mengutuk diri sendiri, apa nak buat lagi, senyum je la, tarik nafas dalam2 & mengucap byk2... Nak call MK citer, takut dia gelakkan aku. Nak buat apa lagi, kena p isi minyak lagi la... "!! mengabih an duit je... Dah 15 tahun aku bawak kereta... ni la kali pertama benda2 mcm nie berlaku dlm hidup aku.. Korang sian tak kat aku kengkawan???

Wednesday, July 22, 2009

Masalah Besar Farhan

Gmbr Farhan dgn jam tangan hadiah dari ayah..., tak tau la berapa lama tahannya tu.



Dah tujuh tahun dh anak aku sorang nie... ingat lagi masa ambik dia dari kg, kecik lagi, baru setahun 6 bln.... nie dah darjah satu pun. Membesarkan dia & abgnya tak ade masalah, cuma masalah besar An nie... tak nak makan!!. Pagi nie aku dok marah2 kt dia coz hari2 bagi RM4 (RM2 for Sek Agama & RM2 for Sek Keb), suruh beli makanan yang mengenyangkan tapi apa yang aku jumpa dalam beg sekolah dia pagi nie??? pistol air mainan!!! Hah! biar betul An, Ibu bagi duit suruh An beli makanan bukan beli benda alah nie... bla bla bla... aku berenti bercakap bila tengok muka dia selamba aje.. adoiii!!!. Duit belanja dia yang di bekalkan tiap2 hari tu kalau tak di beli benda-benda mengarut nie, dia bawak balik masuk tabung, nak beli makanan??? Peratusan untuk itu memang la sedikit kengkawan... Tu la sebabnya baru 7 bulan sekolah, dah dekat RM100 masukkan duit dalam account dia, nape??? gara2 tiap2 hari bawak banyak duit lebih balik... Boleh gitu???

Sisa marah yang ade dalam hati aku nie terbawak-bawak sampai ke Taksa, tempat An & Mia tinggal, tak pasal2 aku termarah budak yang kerja kt situ... Aku tanya " Farhan tak makan ke Dik sebelum pergi Sek Petang? Tak! budak lain semua makan Kak! dia aje yang tak nak! Itu je? Dlm hati aku... tak ade ke inisiatif dia org nie bila berhadapan dgn budak2 yang macam nie? Tak nak makan apa-apa yang dia orang masak, roti ngan biskut tak ade ke? tak ade! So parents kena bawak sendiri kalau anak2 tak nak makan apa yang ade kt taska. Yang di bayar RM150 per month tu hanya tuk dia mandi & tukar baju selain tmpt berteduh selama 1 1/2 jam sebelum pegi sek ptg.. worth did? sakit hati je nak fikir... hehe

Tapi itu la, mcm aku nie dah tak ade pilihan lain, mcm terpaksa tinggalkan dia org kt sini coz itulah taska yang paling dekat dgn Sek Kafa. Dan bila di fikir jauh2 benda2 mcm nie, tak boleh nak salahkan dia orang juga. Business kat KL nie macam tu la.. tak payah nak mengada-ngada! kalau banyak songeh pi antaq hang kt tempat lain la. Tapi pernah satu hari An jawab soklan aku kenapa dia selalu tak nak makan kt taska. "Tak sedap la bu, tengahari makan mee hoon goreng la, mee goreng, nasi goreng, pulut & ntah apa2, An tak suka!... aku blank bila dia jawab macam tu. Bila tanya adik, betul ke? Betul... tapi adik makan je.. hehehe. Anak dara sorang tu memang x ade masalah langsung psl makan nie. Tu yang kadang2 aku pun mcm dh malas nak tanya hari2 samada dia makan ke tak. Selalunya adik yang akan bagi aku report whether Abg An dia makan ke tak. Kalau Ayah free, tengahari ambik dia dari taska p kedai makan depan tu makan nasi.. Memang la kita bagi suplement kt anak-anak nie tapi mana cukup kalau pyramid makanan tu tak diikut. Betul tak? Tapi walaupun masalah An yang satu nie memeningkan tapi pelajarannya Alhamdulillah, dia memang seorang budak yang bijak.

Tuesday, July 21, 2009

Shopping baju raya


Last saturday, my turns cuti, so dah set with MK few days before nak pegi KL (Wisma Yakin/Jln Masjid India) to shop our baju melayu n baju kurung for our 1st day raya... Daus tak ikut coz ade class tambahan so bwk baju melayu dia tahun lepas buat ukuran. Dah lama betul rasanya tak dtg sini... Gambar tu, tak dan pun nak g sogo coz nak cepat... odw sempat ambik gambo tu je. Parking kt belakang Panggung Coliseum, sampai dh 11.30am, bfast kt kedai mamak near to SSF. Me & MK had nasi kandar, Mia & An had their favourite roti boom...

Finished our breakfast, mulakan pencarian kedai nie... Bak Tailor, information getting from my lunch buddy, yang selalu dok citer kalau nak beli baju raya sedondon, sama colour dari ayah ke mak & anak2, pegi kt kedai ni... Kedai nie dekat Wisma Yakin, same row dgn Den Wahab collection tu. Since tahun nie MK dh tak nak pakai baju melayu yang di tempah coz tak sedap pakai, so kita decide cari ready mixed baju melayu & kurung, mungkin harganya lebih kurang je. Year 2008 & 2009, sama! beli kain & tempah dkt lady tailor kt Pinggiran... hehe MK selalu cakap mahal tali dari beruk! memang betul! beli kain for 5 of us about RM200 tp upah tempah... 2 kali ganda mahal!


Ingatkan awak je la manusia yg datang membeli, yelah memandangkan puasa somewhere 20th next month... & raya? lagi la about 2 months to go, tapi rupanya ramai jugak yg hajatnya sama seperti kami... semuanya tujuan yang sama, di kedai yang sama, ade yang dtg menempah tetapi kebanyakkan beli yg dah siap je... Bila cakap je nak same colour for our family, Puan Ema tu dah start promote baju2 kt kedai dia. One type of kain nie memang di buat khas untuk adult & kids... For lelaki dewasa dan kanak2, baju melayu leher cekak musang or teluk belanga, for dewasa prpn & kanak2, baju kurung pahang or kebaya... cantik gak, baju prpn dia siap dengan bid2 lagi kt lengan and leher baju. Dah decide colour, cuba saiz2 yang sesuai.. Size XL for MK, M for Daus, L for me, 8y for An & 5Y for Mia... Bila tengok2 harga boleh tahan gak RM250 before discount for adult tapi itu kerja Mk la nak bargain macam mana. Tang tawar menawar nie, dia mmg expert.. makan berejam gak la kt kedai tu. Yg budak berdua tu biasa la, dah lama2 mcm tu mana boleh tahan... mula2 aku tegur elok2 tp dh lama2 menjerit jugak la..Ibu kan standard la!

My youngest brother, Naquib called kata dh ambik mak & abah dari kg and odw to Tmn Gemilang... so nak cepat2 selesaikan benda nie. MK masih pujuk akak tu turunkan harga lagi.. sampai ke budjet duit yg dia bwk ari ni la, dia x nak tambah2.. at the end dia dapat RM190 per pair (3 pairs) for adult & RM86 & RM72 for d kids. Tapi kena ambik later coz kena potong seluar yg labuh tu & some more nak tukar An punya style of baju melayu tu, MK nak the 2 boys pakai cekak musang sama dgn dia bknnya teluk belanga... and no kebaya for Mia, mesti baju kurung Pahang same as ibu!! Ohh macam tu, OKEY. DONE! dah selesai satu perkara... kena balik cepat, cari lauk & masak nasi for my parents & Naquib satu family, yg singgah kt rumah sebelum nak pergi tengok one of my adik kembar addmitted kt Sg Buloh Hospital. Chow!

SHOUT AWARD 2009

Last Friday, 17/7/09 berlangsungnya buat pertama kalinya Shout Award 2009 presented by 8TV, mungkin idea dari CEO handsome lagi kreatif tu, Izham Omar!. Live from Stadium Putra, Bukit Jalil, KL. Teruja gak nak tengok coz nomiee cam best2 je terutamanya band group and a few tv series kesukaan aku. Aku tgk sorang2 kt dlm bilik, geng yg lain tu tgk citer apa ntah kt astro kt hall depan.

Apa yang boleh dikata, memang happening la, dengan funky conceptnya, gempak!. Cara anugerah tu sendiri di bawa secara santai dengan audience yang mak aii... ramainya... Ade jugak a few singers and band yg selalu dengar namanya tapi x pernah tgk dia orang perform mcm One Buck Short and Jin Hackman dan yang lain2 yang rata-ratanya dia org nie memang talented la, memang boleh perform live, mmg best la. YEA! Malaysia Boleh!!!

Dan antara sebab lain kenapa ramainya manusia datang untuk tengok anugerah ini kerana kedatangan 19 year old hip hop reggae singer all the way from Miami (i'll think he's a Jamaican), Sean Kingston. Aku pun apa lagi, syok jugak tgk anugerah nie sambil tunggu mamat tu perform live, nak tgk best tak, yg sekarang nie tgh popular dgn lagu Somebody Call 911...fire burning, beside lagu2 yg dah mmg hits mcm Beautiful Girl, Take u there & etc...

Anugerah demi anugerah di beri... dan yang paling best masa Anugerah Best on Screen Chemistry... and the winner... Upin dan Ipin TV Series. Damia terjerit-jerit suka, cute sgt tgk nur fathiah aka upin dan ipin naik ke pentas... kita org ye2 tepuk tangan depan tv..best!

Ni gambar Adik Nur Fathiah A K A Upin & Ipin, aku save dari budiey.com, terfikir dlm pala otak aku nie... sapa la agaknya dalam badan upin dan ipin tu yek?? tak lemas ke?? nape la buat besar sgt??? bla bla bla...


Beside that suka gak dpt tgk si 'hantu' Zack Imran tu menang Favourite TV Host, ishhh..sape tu? hehehe, Naz Habibur Rahman and Fresh TV Series Award, GHOST... citer tu cm x betul skt tp aku suka tgk.. esp season 2 yg dh habih last week.
Tunggu punya tunggu bila la si Sean Kingston nak nyanyi nie, dah lewat nie, esok kita org nak pegi KL carik baju laya, baju melayu & kurung, yea! anak2 sumer aku dh hambat p masuk tidoq... hehe tp ibunya masih tercangak depan tv.

Biasa la kan kalau jemputannya tu penyanyi ala-ala terkenal cam tu memang la di letaknya yang akhir sekali... sabar je la. Sebelum mamat nie perform dia sampaikan satu award dulu... eeeeee cepat la! Akhirnya masa yg di tunggu tiba jugak..Sean Kingston nyanyi... tp malangnya dan dgn frustnya... dia tak nyanyi live, hampeh tul! babe!! dia miming!! wa cakap lu! Apa yang aku tengok dgn mata dan dengar dgn telinga aku nie tu la dia, diputarkan his famous number tp dari mulut dia yg aku dgr yo yo & dia ikut nyanyi lagu tu skt2... Kenapa boleh jadi mcm tu? Entah! Sedangkan yang aku tgk dari mula tadi Malaysian People proved it they can perform LIVE!! kesian...

Aku tunggu dia nyanyi about 3 songs tp mmg sumernya hampeh... tp peminat2 yg kt bwh tu mcm kena histeria menjerit2.. Apa yang dia org jeritkan pun aku tak tau, kalau dia betul2 perform live lain la... that's what we expect la kan. tp hakikatnya... Kalau penyanyi kita tak nyanyi live masa2 mcm nie... x habih di hentam & dikritik tapi kalau penyanyi luar buat mc tu... x jadi hal pun. Mulut aku tak renti merungut pasal mamat Jamaican nie sampai MK cakap.. dah la, tutup tv tu, poie tdo, nak memokak cam tu bukannya dio dongar pun! Betul gak tu..hehehe.. ok la... jgn lupa gosok gigi, basuh kaki & doa tdo...zzzzzzzzzz

Monday, July 20, 2009

Farhan's Birthday-Part4: Last copek of photos

Breakfast awal on Ahad coz nanti nak bagi dia org mandi-manda sebelum check out at 12pm. So kita pergi breakfast kt luar, lps breakfast jalan2 kt laut yg berdekatan...

Photobucket Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket Photobucket

Farhan's Birthday-Part 3: More Photos





Di beri peluang main air, apa lagi... memang susah sangat nak suruh naik tp dh nak Maghrib.. pujuk-memujuk, esok kita dtg lg ye....

Malamnya mcm penat nak pegi dinner jauh2.. so kami pergi buffet dinner kt dlm tbr je. Before check in kami di beri jadual acara yg akan di adakan malam tu di Pavillion Stage. Ade movies kartun2 for kids, Drag queen show and stunt show from China. Nikmati hidangan... lupa nk snap gmbo makanan coz masing2 kelaparan...

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Lepas movie for kids, ada drag queen show dari TBR staff... staff lelaki tau..AUW!!! Macam2 baju yg dia org pakai, biasa la lelaki pakai baju seksi perempuan... geli u!

Photobucket Photobucket

Next, stunt show (tak tau exactly apa nama persembahan nie).. Ngeri rasanya...tp dia orang memang terkenal dengan benda2 nie. Dah biasa... relax je chinese girl tu melipat-lipatkan badannya, byk benda pulak yg di pegangnya tu...
Photobucket Photobucket Photobucket

last copek photo later...

Farhan's Birthday - Part2

Sampai kt Tiara dah pukul tiga lebih. Turun dulu kt infront office for check in matters, kena isi itu dan ini, and collect rooms keys. Room Country View nie booked through TBR website @RM200 per night. Boleh tahan gak biliknya, selesa utk kami sekeluarga..

See the cup cakes yg i tempah dari Nasrin...
Photobucket Photobucket

Ini dia birthday boy yg nakal nie...Happy 7th Birthday to Muhammad Farhan b Lokhman
Photobucket Photobucket

Gambar2 small bday party kami anak beranak... mana ayah??? ooo sibuk jadi tukang ambik gambar!
Photobucket Photobucket Photobucket

Photobucket Photobucket Photobucket

Photobucket Photobucket

Habis part tu... masing2 dh start ngok-ngek nak turun mandi.. Tengah2 mandi... pihak tbr ada buat few games for kids...
Photobucket Photobucket Photobucket

Nie budak-budak kena cakap... saya suka badut... ye-ye je anak dara nie..
Photobucket Photobucket Photobucket

ayah & ibu...
Photobucket Photobucket

and preview show for tonight, all the way from China...
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

and more photos coming up next... byk sgt, penat menyusun!